Tuesday, May 11, 2010

NOTA CINTA - PART 11

...HAPPY READING...

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:Q3_yjx2mXuLztM::careerbuilder.typepad.com/photos/uncategorized/working_moms_mothers_day_1.jpg&t=1&h=183&w=275&usg=__z1VUo9vv3aYp-M8F_tINrtE31Dw=

Sarah sedang tekun menyipakan laporan bulanannya, tiba-tiba telefon di atas mejanya berbunyi. Sarah menekan butang HF yang ada di telefon itu..

" ada apa Min...?" soal Sarah

" Cik Sarah.....En Faruq nak jumpa....." jawab Min ringkas

" ok....thanks..."

Sarah bergegas keluar dari biliknya. Setelah sampai ke bilik GM...Sarah dipelawa duduk.

" ada apa En Faruq..? "

" saya nak tau progress tentang apa yang dah kita bincangkan dalam meeting minggu lepas.." ujar En Faruq.

" oh....saya dah siapkan layout untuk iklan jawatan kosong tu...and saya pun dah dapatkan quotation dari pihak Merto dan NST untuk iklan kita ni..."

" hmmm...bagus....macam mana pula dengan Jobstreet...?"

" saya dah call Jack....dia akan uruskan semuanya...ini saya ada bawa salinan layout iklan..dan juga quotation...En Faruq tengok la and bagi komen mana-mana bahagian yang tak sesuai...saya boleh ubah..."

Faruq meneliti layout iklan jawatan kosong tersebut.

"ok..jawatan Draughtsman,Reseptionist,Clerk and Site Supervisor...hmm...good...simple...tapi padat....saya suka....awak dah boleh hantar pada pihak akhbar..."

" terima kasih En Faruq.....macam mana pula dengan perbelanjaan....guna duit Petty Cash atau minta bahagian Kewangan yang sediakan...? " soal Sarah

" tentang iklan ini...biar saja Kewangan yang uruskan..Petty Cash untuk para pekerja.."

"ok En.Faruq....saya akan minta Min sediakan surat pengesahan untuk En Faruq tandatangan..setelah selesai....iklan ini akan keluar di dada akhbar Metro dan NST pada hari Sabtu dan Ahad ni..." terang Sarah dengan ringkas

Faruq hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

" cepat sikit la ye...petang ni saya tiada di office..."

" baiklah...saya keluar dulu..."

" eh...nanti....masih ada beberapa perkara yang ingin saya bincangkan dengan awak dan juga Hakim....mana la Hakim ni dari tadi saya panggil...tak muncul-muncul..."

Faruq duduk menyandar di kerusinya sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

Selang beberapa minit, Hakim selaku Penyelia Projek muncul di muka pintu bilik Faruq.

" maaf saya lewat, ada urusan dengan supplier tadi..."

" ok..takpe...kita sambung perbincangan kita....sepertimana yang saya dah maklumkan minggu lepas, syarikat kita telah berjaya mendapat kontrak Kerajaan yang bernilai hampir 6 juta ringgit di Pagoh Johor...dan sekarang ini comfirm...projek ini milik kita"

" ya...saya tahu tentang itu dan kerajaan akan pump in wang pendahuluan untuk kita memulakan projek pembinaan tak lama lagi..."

" hmm...bagus...jadi....kita hanya ada sedikit sahaja waktu untuk menyediakan tenaga kerja....so mengikut perancangan awak....berapa ramai tenaga kerja yang kita perlukan untuk projek ini..?" soal Faruq

" tenaga buruh....kita perlukan dalam 400 orang En Faruq....itu tak masuk pekerja teknikal lagi.."

" Kerajaan menggalakkan kita agar kita mengurangkan pengambilan pekerja asing...dan memberikan tumpuan kepada pekerja tempatan...apa pendapat kamu Sarah..? " soal Faruq

Sarah diam seketika,

" bagi saya....untuk projek ini....kita perlukan buruh asing..kita tak boleh bergantung harap pada orang-orang kita....En Faruq lihat sendiri la...mana ada orang-orang kita nak bekerja kasar macam ni...kalau kerja pun..sekejap saja...lepas tu dia cabut...kita pulak yang susah..terpaksa cari pekerja baru...."

" jadi macam mana kita nak menyahut saranan Kerajaan tu...? "

" apa kata kerja-kerja teknikal seperti kerja-kerja electrical dan plumbing...kita sub kan kepada kontraktor bumiputera..even kita sedia maklum kontraktor non-bumi lebih berkualiti kerja-kerjanya...." Sarah memberikan cadangan.

" betul tu En Faruq, saya pun sudah fikirkan perkara ini...malah saya juga ada sediakan senarai sub kontraktor yang boleh bekerjasama dengan kita...."

Faruq mendengar penjelasan pekerjanya dengan teliti.

" kita boleh ambil mereka...tapi kita kena pastikan kewangan syarikat mereka kukuh..." Sarah mencelah

" itu pun saya dah fikirkannya...malah saya dah minta laporan kewangan yang sudah siap di audit dari mereka....sekarang ni masih lagi dalam penilaian.." Hakim menjawab.

" bagus...saya bangga dengan kamu semua....ok...jangan lupa esok kita ada satu lagi meeting bersama board members..saya nak kamu terangkan pada mereka tentang projek ini...boleh Hakim..?"

" Insya'Allah En Faruq...saya akan cuba..."

" ha..Hakim...tak lama lagi anak CEO kita akan pulang dari luar negara, so lepas ni awak dapatlah ketua baru....dia akan jadi Project Manager...Sarah.....lupa saya nak tanya...bila awak nak buat sesi interview...?"

" erm.....3 minggu dari sekarang...sebaik sahaja iklan disiarkan...kita akan beri masa seminggu untuk calon-calon pekerja menghantar resume mereka..."

" ok..saya amat berpuas hati....so kalau tiada apa-apa lagi....kamu semua boleh la menyambung kerja-kerja kamu...."

" kami minta diri dulu yer En Faruq...." Hakim meminta izin.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:hIpn_wA-FO_2pM::ag.arizona.edu/pima/gardening/aridplants/images/Caesalpinia_pulcherrima_flowerCU.jpg&t=1&h=192&w=263&usg=__Gdu3k4TkpccZElyPoS3H22GH4S8=

Sebaik sahaja Sarah keluar, otaknya ligat memikirkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Tiba-tiba dia tersentak apabila mendapati telefon di dalam poket seluarnya bergetar.

"siapa pulak yang call ni....Adam....tak mungkin...time-time macam ni dia sibuk.." desis hati kecilnya.

Sarah mengeluarkan telefon dari poketnya, dia melihat nama pemanggil yang tertera di skirin telefon.

" hrumm...Razif lagi.....sampai bila la dia nak berhenti ganggu aku..." Sarah mengeluh

" Cik Sarah......" Yasmin dalam perjalanannya ke bilik En Faruq datang menyapa Sarah

Sarah melemparkan senyuman kepada Min..

" Surat tu dah siap Min...?" soal Sarah

" dah Cik Sarah....cuba Cik Sarah tengok dulu...mana tau kalau-kalau saya ada buat silap.."

Sarah mengambil surat dari Min lalu membaca isi kandungan surat tersebut.

" hmm...ok...perfect....oh ya....lepas En Faruq dah sign surat ni...awak boleh tak hantar terus kat Financial Department...malas la pulak rasanya nak ke sana..."

" boleh jer Cik Sarah.....boleh jumpa dengan Yazid...."

Min tersenyum sebaik sahaja dia menyebut nama Yazid selaku Eksekutif Kewangan yang menguruskan segala hal ehwal kewangan syarikat.

" amboi...amboi...tersenyum sampai ke telinga.....Min..kalau dah suka tu teruskan jer la sampai bila nak berkawan jer...."

" erm....malu la Cik Sarah...takkan la saya nak mulakan dulu..."

Sarah menggeleng-gelengkan kepalanya, lalu tersenyum

" nak saya tolong....? boleh jer....nanti kita cerita lagi....ini ada salinan quotation...nanti attach kan sekali dengan surat tu yer..."

" terima kasih Cik Sarah..."


♥♥ **************************************************** ♥♥

http://kingchilog.files.wordpress.com/2008/07/heart-break-jeremy-patten.jpg

" arghhh...!!!!!!!!!!!!!!!! " Razif menumbuk pintu biliknya

" kenapa kau tak jawab Sarah......benci sangat ke kau dengan aku...?"

Razif memandang biliknya, lalu dia tersenyum, kemudian ketawa. Biliknya penuh dengan gambar-gambar Sarah.

" Sarah..............aku bersumpah...kau akan menjadi milik aku juga satu hari nanti......!!!"

Pisau yang ada di atas mejanya di ambil lalu membaling pisau tersebut ke muka pintu biliknya.


4 comments:

humayra said...

woo..dendam..

Mr JePz said...

woo0o0o0...bhye woo cter nih..dah stat bab2 yg menarik dh nie..huhuhu..kan ku tggu smbungan nye nnti...hohohho..

nabilah_2908 said...

hye humyra..

hrumm...myb... ;)

nabilah_2908 said...

hye JP...

ngeee...thnks (^_^)