Monday, May 10, 2010

NOTA CINTA PART 10

...HAPPY READING...

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.alfa-mobile.com/images/couple_talking.jpg

" Morning sayang........" suara Adam yang ceria kedengaran di corong telefon Sarah

" morning to you to dear...."

" Sarah buat apa tu...sorry Adam tak dapat nak call Sarah...lepas balik kerja semalam ingatkan nak call....tapi tau-tau Adam dah terlelap jer...bila sedar dah pukul 4 pagi...."

" Adam tak tukar baju ke...mandi...makan....?"

" semua tak.....memang baru sampai rumah, lepas tu saja jer la baring-baring kat katil.....terlelap terus sampai ke pagi tak sedar apa pun....."

" ala...ala...kesiannya dia...penat sangat la tu..."

" tak pe..hari ni dah ok....Sarah macam mana hari ni...sihat...family lak macam mana..sihat juga..?"

" erm.....ayah...ibu...kakak...semua sihat....Sarah jer yang tak sihat....demam...."

" yer ke Sarah...semalam sihat jer...bila Sarah demam...dah makan ubat...dah pergi klinik..? "

Adam mula merasa resah apabila mendengar kekasih hatinya sakit.

" tak perlu pergi klinik...sebab Sarah pasti doktor pun tak boleh nak sembuhkan demam Sarah ni tau....kesian Sarah kan...? ucap Sarah dalam nada yang manja,

" Sarah demam apa ni sayang....? risau la pulak...."

" Sarah demam.....demam rindu kat orang tu........"

Adam terdiam buat seketika, lalu dia ketawa

" Sarah ni.........buat Adam risau jer.....demam rindu rupanya.....tapi cute lah...." Adam sambung ketawa lagi.

" orang tengah demam dia kata cute....huh..! " Sarah berpura-pura merajuk

" ala...ala....kesiannya dia.....demam rindu yer....takpe ni doktor cinta dah ada...boleh la ubatkan Sarah....."

" nak ubatkan macam mana tu...?"

" buat masa sekarang ni....Sarah cuma perlu dengar jer suara doktor....lepas balik nanti....kita jumpa ya...doktor belanja ice cream....ok...? "

" hrumm..dah dengar dah...rasa kurang la sikit demam tu....."

" ok...cuba dengar apa yang doktor nak cakap ni...sure demam tu boleh kebah...."

" wah...hebatlah doktor ni...ha cepat la cakap...tak sabar nak dengar ni..." Sarah semakin seronok bergurau dengan Adam

" I love you sayangggggggg........." ucap Adam

Sarah tersenyum apabila mendengar ucapan Adam.

" I love you too...three.....four......five.....six....seven....sampai infiniti......" jawab Sarah

" wah...bertuahnya Adam....orang kat sana tu sayang kita sampai infiniti....."

Sarah hanya ketawa, ketawa dengan bahagianya.

" so....dah baik demam tu....? " soal Adam

" sikit......belum dapat ice cream lagi....."

" ok sayang....nanti Adam bagi ye...."

" ok dokey.....if Adam tak bagi...Sarah tuntut...."

" iyer la sayang.......hmm....Sarah buat apa tu......"

" err....Sarah nak tolong kakak kemaskan meja makan, kiteorang baru jer habis makan...nanti Sarah tit tot Adam eh..."

" tit tot....? apa tu Sarah....?" soal Adam kebingungan

" hahahhaa......" Sarah ketawa lagi

" nanti Sarah massage la Adam...."

" oh.....tit tot tu massage la yer...? Sarah....Sarah.....ada-ada jer dia ni.....if Sarah ada kat depan Adam sekarang ni...sure Adam dah tarik pipi Sarah...hahaha...ok lah sayang....Adam tunggu...."

" hrumm..ok...Assalammualaikum....."

" Wa'alaikumsalam....." jawab Adam

Adam tersenyum sendiri apabila mengenangkan keletah Sarah yang pelbagai, dia kini benar-benar merasakan apa itu kebahagiaan.

http://www.templates.com/screenshots/wallpapers/a-free-wallpaper-rendering-a-loving-couple-riding-a-bicycle-with-heart-shaped-wheels-.0.20.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

Setelah selesai kerja-kerja mengemas dapur, Sarah menyertai keluarganya di ruang tamu. Surat-surat yang berada di atas radio dicapai. Sarah membuka surat-suratnya satu per satu.

" eh kak.....Fatin dah nak kawin la kak...." ujar Sarah memecah suasana

Ketika itu, ayahnya sedang membaca surat kabar, kakaknya sedang membaca majalah manakala ibunya sedang melipat baju.

" Fatin mana pula tu Sarah.....?" ujar Farah

" ala...bestfriend Sarah masa sekolah dulu...akak ingat tak...anak cikgu Farid.." Sarah cuba mengingatkan kakaknya.

" oh...ingat dah....ayah dia pernah ajar akak subjek Sains....bila dia nak kawin..?"

" erm....bulan depan...dia buat kat Shah Alam....kak.....teman Sarah eh...? "

" Sarah ajak la A.........."

kata-kata Farah terhenti apabila Sarah memberikan isyarat mata agar kakaknya tidak meneruskan kata-katanya. Sarah masih belum bersedia untuk menceritakan tentang Adam kepada ayah dan ibunya. Bagi Sarah ianya masih lagi terlalu awal. Sarah juga bimbang kalau-kalau ibunya tidak dapat menerima Adam.

Tiba-tiba ibunya pula bersuara.

" ha...bagus la tu....dah nak kawin dah...yang Sarah ni bila lagi...umur tu dah 25 tau..bukan muda lagi...."

" ala ibu ni.......awal lagi la....if ada jodoh Sarah kawin gak bu....." Sarah menjawab

" awal Sarah kata.....Sarah tau tak..umur ibu baya Sarah ni...ibu dah beranakkan Sarah tau....tengok si Syira anak Mak Ndak tu.....dah anak dua dah....Sarah bila lagi...? takkan umur 30 baru nak kawin...baru nak beranak....? "

" Sarah lain....Syira tu lain....."

" lain apa nya......kalau ibu pergi kenduri..jumpa sedara mara...jenuh mulut ibu ni nak menjawab bila orang tanya bila Sarah nak kawin...kalau sarah susah sangat....biar ibu jer carikan..tak pun kalau ada yang datang meminang...ibu terima terus....macam mana...? "

Sarah mula panas hati denga kata-kata ibunya. Dek kerana perasaan hormatnya masih menggunung, Sarah hanya mendiamkan diri.

" Sarah satu hal.....Farah ni pulak...sampai bila nak menjanda.....sampai ke tua....? hampir setahun lebih Mus pergi....sudah-sudah la tu....kalau macam ni lah kan....entah ibu sempat atau tak nak tengok anak-anak ibu berumah tangga...menimang cucu....." ibunya mengeluh keras sambil tangannya ligat melipat baju

Farah terasa hati dengan kata-kata ibunya, dia bangun lalu menaiki tangga menuju ke biliknya. Begitu juga dengan Sarah, dia mengambil kunci keretanya yang tergantung di tempat meletakkan kunci. Bukan niat untuk bersikap kurang ajar dengan ibunya. Tapi dia perlu juga menjaga hatinya.

" ayah.....ibu...Sarah keluar kejap....nak pusing-pusing kampung...."

" ha..tu la....adik beradik sama jer...bila kita cakap sikit....taknak dengar...semua angkat kaki...kita ni bercakap untuk kebaikkan dia juga....anak.....anak....." keluh si ibu sekali lagi

Tajuddin yang sedari tadi mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara.

" Yam........dah lama saya diamkan...tapi hari ni....awak dah lebih.....tepulang pada awak samaada nak terima atau tidak apa yang ingin saya katakan ini..sepertimana anak-anak tak tahan dengan leteran awak...macam tu juga dengan saya....kita ni dah tua Yam....bawa-bawa lah berubah..."

" apa.....? apa yang Yam cakap tadi salah ke...?" soal Mariyam

" ya..salah.....anak-anak kita tu dah besar...pandai lah mereka uruskan hidup mereka sendiri..pedulikan kata-kata orang...cukup-cukup lah mereka selama ini menurut segala kemahuan awak...."

Mariyam hanya mendiamkan diri.

" awak nak samakan si Syira tu dengan Sarah...si Syira tu..SPM pun tak habis tau.....dah padan la tu dia kawin awal....kalau dia bekerja..berapa sangat la dia akan dapat...kerja penat gaji rendah....kan lebih baik dia kawin.....Sarah tu pula....baru setahun lebih bekerja....dah tentulah dia nak kumpul duit dulu...bina hidup dia dulu....takkan la melulu jer nak terus kawin...takkan lah dia nak mengharapkan si suami sahaja sedangkan dia mampu....pernah tak awak fikirkan tentang ini...? "

" awak sibuk nak carikan jodoh dia....andainya rumah tangga mereka musnah...awak nak ke dipersalahkan...? bagi saya....ini kehidupan dia...pandai-pandailah dia tentukan sendiri...kita sebagai orang tua hanya mampu menasihati mereka sahaja...."

" saya buat itu semua untuk mereka juga bang....." Mariyam menjawab

" untuk mereka atau untuk merialisasikan impian awak...? Farah tu minat bidang fesyen...tapi awak beriya-iya suruh budak tu masuk maktab...jadi cikgu...budak tu ikutkan juga walau separuh rela....lagi satu....awak ingat semudah tu ke untuk Farah lupakan arwah suami dia...? agaknya kalau saya dah meninggal...mungkin tak sampai setahun awak dah cari penganti...."

Hati Mariyam pedih dek kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Takkan semudah itu dia akan mencari penganti suaminya.

" apa abang cakap ni...takkan la sampai ke situ....."

" ha...tau pun awak ...... jadi saya minta....berubah la Yam...anak-anak dah cuba sehabis baik untuk menjaga hati awak....perasaan awak...cuba lah awak pula yang memahami mereka...keadaan dah berubah Yam.....tak macam dulu... "

Mariyam terdiam, dalam hatinya mengiyakan apa yang diperkatakan oleh suaminya.

" anak-anak ibu.....maafkan ibu......"

http://www.sherelaxes.com/imgs/momlittledaughter1761307-440.jpg

♥♥ ****************************************************♥♥

http://www.dianarosethegift.com/IMAGES/Loving_Couple_iStock_3504201XSmall.jpg

Sarah memandu perlahan Suzuki Swiftnya melewati jalan-jalan di sekitar kampungnya. Hatinya berasa tenang apabila melihat kehijauan kampung. Lima minit kemudian, dia sampai ke destinasi. Keretanya di letakkan di bahu jalan dan dengan perlahan Sarah mula berjalan di sisir pantai.

Pantai Pengkalan Balak yang satu ketikanya heboh mengatakan pantai itu tercemar dengan sisa kumbahan najis babi. Walaupun begitu masih ramai pengunjung yang datang menghabiskan waktu cuti bersama-sama keluarga.

Penampilannya cukup ringkas, Sarah hanya mengenakan seluar three quarter jeans berwarna Putih, t-shirt merah berlengan pendek dan bercermin mata hitam. Rambutnya dibiarkan tidak berikat.

Sarah melemparkan pandangannya ke laut yang terbentang luas. Sarah melepaskan keluhan.

" kenapa lah ibu tak mahu langsung memahami aku...memahami kakak.." hatinya berkata-kata

Dia teringat akan Adam, segera dia mengambil telefon dari dalam poket seluarnya lalu mendail nombor Adam.

" hye sayang...tadi kata nak tit tot.....? " jawab Adam

" erm...rasa malas la pulak nak menaip.." ujar Sarah sambil melabuhkan punggungnya di atas sebatang kayu balak yang terdampar di situ.

" Sarah kat mana ni....macam kat luar jer...."

" macam mana Adam tau..?" Sarah sengaja ingin menduga Adam

" Adam dengar bunyi angin yang kuat....and....bunyi air.......Sarah kat pantai ke...? "

Sarah tersenyum apabila mendengar jawapan Adam.

" yupp..kat tepi pantai ni.....kan best if Adam ada kat sini...." Suara Sarah mula sayu

" la...kenapa ni sayang.....tadi kan kat rumah...."

" takde pape..saja je Sarah cakap macam tu..jeles la tengok pasangan couple yang ada kat sini..." Sarah cuba menyembunyikan resah di hati.

" takpe la..lain kali kita pergi sama-sama eh..."

" Adam nak ke sini....?"

" eh...dan tentu la nak....memang Adam ada terfikirkan tentang ini...tapi Adam diamkan saja...tak tau apa reaksi Sarah nanti...yerla kita ni kan baru lagi..."

" hrumm...betul juga tu....tapi kalau Adam sudi nak ke sini..Sarah tak kisah..."

" next time Sarah bawa Adam yer...lama dah Adam tak ke Melaka..."

" iyer ke....sejak bila...?"

" sejak kami semua berpindah ke Singapura...bagi Adam...tiada sebab untuk Adam kembali ke Melaka, tiada apa yang tinggal....tapi......siapa sangka....Allah pertemukan kembali Adam dengan cinta hati Adam...and....sekarang Adam ada sebab kenapa Adam perlu kembali ke Melaka..."

" ya.....siapa sangka kan Adam....kini kita kembali bersama....sesungguhnya inilah suratan takdir kita...dan Sarah amat bersyukur di atas kurniaan ini..."

" Alhamdulillah........kalau boleh Adam nak kenal dengan keluarga sarah dengan lebih rapat lagi...itu pun if Sarah tak keberatan la...."

" Insya'Allah......masa itu akan tiba juga.....Adam sabar la yer...."

http://www.funxite.com/media/8848-heart-love-wallpapers.jpg

♥♥
**************************************************** ♥♥

jenuh berangan...sampai muka pun mula berjerawat...hehehe....emo21

ok lah nanti kan episode seterusnya ya...

6 comments:

Mr JePz said...

ehem3...besh2 epsode nih.....pnuh imaginasi cnta dan khayalan..huhuhu..bgus2...nnti dh rse leh wt novel,msti sy beli..kah3

Titianku....suzi said...

sweet story... x sab nk tggu seterusnye...

~cik tiram~ said...

romantik jugak adam nih.hikhik..

nabilah_2908 said...

hye JP..

erm...masih terlalu awal utk itu semua..hehe...thnsk tau...sy akan cuba buat yg terbaik... ;)

nabilah_2908 said...

hye titianku...

thnks cz sudi luangkn masa baca cerita ni..hehe...dh ada cerita baru..jemput la baca.. ;)

nabilah_2908 said...

hye love life..

hrumm...ok kan mcm ni..? or nk biarkan Adam tu serius sikit...mn 1..?