Wednesday, May 15, 2013

AI'NYRA VS AIRUL - 5

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥
       

             Airul menyandarkan tubuhnya di kerusi. Dia menguap beberapa kali dan matanya mulai layu dan akhirnya dia terlelap. Tidak sampai lima minit, lena Airul terganggu dek deringan telifon yang membingitkan telinganya. Airul merengus marah dengan segera mencapai ganggang telefon dan menjawabnya dengan nada yang malas.

                “ Hello YMN Auto And Services .” Jawabnya.

            “ Hello Airul. Kau buat apa? Berkali-kali telefon bunyi baru sekarang di jawab?” suara lelaki di corong telefon membuatkan kantuknya hilang.

                “ Err…saya ke tandas tadi Boss.”

            “ Tandas ke tidur? kau on call malam ni, mana boleh tidur. Ni ada kereta break down di Jalan Semarak depan kedai kek. Kau bawa Tow Truck sekali kasi tarik itu kereta. Biar Leman jaga bengkel. Aku dengan Zaki tak habis lagi betulkan kereta di sini. Pergi sekarang aaa, jangan tunggu-tunggu.” Arah lelaki dalam pelat Cina yang Airul gelarkan sebagai boss.

                “ Okey Boss, saya gerak sekarang.” Talian di matikan, kunci lori dan peralatan segera dicapai. Malam ini memang giliran dia dan dua orang lagi rakannya kerja sehingga malam. Bengkel kenderaan yang lain paling lewat tutup jam 7 malam, berbeza dengan bengkel tempatnya bekerja yang pada kebiasaannya akan tutup pada jam 11 malam dan akan dibuka setiap hari walaupun pada hari ahad. Perbezaan ini lah yang membuatkan YMN Auto And Services lebih maju berbanding dengan bengkel-bengkel kereta yang lain.

                “ Leman, aku pergi tarik kereta kejap.” Airul masih sempat berpesan dengan rakan sekerjanya yang kusyuk memberus bahagian enjin kereta yang akan di overhaul.

 ♥♥ **************************************************** ♥♥


                Airul memperlahankan lori bila dia ternampak sebuah kereta Proton Satria Neo yang tersadai ditepi jalan. Puas dia mengamati nombot plat kereta dan akhirnya dia tersenyum lebar. Hatinya berbaur girang, bagaikan baru menang loteri sahaja lagaknya. Sambil bersiul riang, dia memberhentikan lori dan terus keluar menghampiri kereta Satria tersebut. 

                “ Hmm, karma..karma…karma..” ucap Airul sebaik sahaja melihat wajah Ai'nyra yang cemberut sebaik sahaja melihat Airul.

                “ Tu la…tahu masak..makan…masak makan, bab kereta? Satu benda pun tak tahu.” Sindir Airul dengan penuh riak.

                “ Awak…boleh tak malam ni jangan buat saya naik darah. Tolong lah, entah apa majal la hari ni terpaksa tengok muka awak. Huh! Cepat lah betulkan mana yang patut!” bentak Ai'nyra.

                “ Kalau kau nak cepat sangat, buat la sendiri. Berlagak je lebih.” Airul sengaja provoke Ai'nyra dan membuatkan kesabaran Ai'nyra semakin berkurangan.

                  “ Hei, kalau saya tahu, saya tak panggil la mekanik datang sini.”

                “ Nak pun mengaku tak tahu. Ingatkan nak buat-buat tahu je tadi. Tu la asik masak..makan je, sesekali cuba ambil tahu hal kereta. Tidak la menyusahkan mekanik macam aku ni yang terpaksa keluar malam-malam semata-mata nak betulkan kereta yang rosaknya…alahai…very the kacang one!” Ai'nyra mengetap bibirnya lama cuba mengumpulkan sisa-sisa kesabaran yang ada.

                 “ Awak ingat memasak ini senang ke? Kalau tak kena cara masakkan awak takkan sedap tahu!” giliran Ai'nyra membela diri. Tawa Airul meledak keluar.

                “ Memasak tu memang senang, campak-campak siap la. Ni bab enjin ni, salah sentuh kereta kau takkan jalan sampai bila-bila.” Jawab Airul angkuh, dalam pada itu dia sempat juga membuka bonet kereta Ai'nyra dan mula mengusik-ngusik di bahagian kotak suis. Dia yang melonggarkan salah satu contact point masa dia membetulkan Ai'nyra tempoh hari. Sudah tentunya masalah contact point yang membuatkan enjin kereta Ai’nyra mati secara tiba-tiba.

                “Cakap dengan Si M Square ni sampai bila pun tak habis.” Bentak Ai’nyra.

                “ Hei….siapa M Square?” sergah Airul

                “ Sibuk je nak tahu.”

                “ Jangan sesuka hati nak gelarkan orang ye, ingatkan aku tak faham ke M Square tu apa?”

                “ Ooo….kalau dia tu gelarkan orang tak apa pula? Kalau faham apa maksudnya?”

               “ Mentang-mentang lah aku tak masuk tv, tak bercakap dengan orang putih jangan ingat aku tak faham bahasa Inggeris. M Square tu M Kotak kan? Apa kena mengena M Kotak dengan aku ?”

              Sebaik sahaja mendengar kata-kata Airul, tawa Ai’nyra meletus keluar tak tertahan-tahan. Hilang segala rasa geram dan marah pada lelaki itu. Kata-kata Airul sangat lucu dipendengaran Ai’nyra. Airul memandang Ai’nyra kehairanan.


           “ Yang kau ketawa macam puntianak malam-malam ni apa hal? Ke kau memang puntianak menyamar jadi manusia?” sergah Airul yang merasa sebal kerana diketawakan. Dia bertanya pada diri sendiri, adakah salah apa yang dia katakana sebentar tadi. Ai’nyra cuba menahan tawanya. Gelaran puntianak langsung tidak buatkan hatinya terusik untuk marah. Apa yang dia nampak ketika ini adalah wajah Airul yang sangat-sangat lucu!

                  “ M Square..M Square……aduh..penat ketawa. Ok lah abaikan, kalau awak nak tahu betul ke tidak, balik nanti cuba-cuba tanya pada orang, cari dalam kamus ke tak pun tanya sahaja pada Pakcik Google, dia memang serba tahu.” Airul mengerutkan dahinya.

               “ Aneh-aneh sahaja kau ni. Siapa pula Pakcik Google tu? Pakcik kau?” soal Airul bersahaja. Sekali lagi tawa Ai’nyra meletus.

                    “ Buta internet ke apa mamat ni….” Monolog Ai’nyra sendirian.

                   “ Nanti-nanti je la. Ha…. dah siap ke tu? Menceceh je, kerja tak siap-siap juga!” Ai’nyra sudah letih untuk ketawa lagi.

                “ Dah la Sopiut, bak meh seratus ringgit.” Ai’nyra membeliakkan matanya bila Airul meminta sejumlah wang yang dirasakan tidak masuk dek akal. Masakan hanya mengusik-ngusik bahagian enjin boleh dikenakan sampai seratus.

                “ Jangan nak cekik darah ye. Takkan lah sampai seratus. Saya call boss awak sekarang juga. Jangan ingat saya tak tahu apa-apa pasal enjin, awak boleh kenakan harga sesuka hati. Mental Madness butul mamat ni, ish!”

                “ Apa kau cakap? Mental Madness, siapa yang mental kau ke aku? Yang dari tadi dok mengilai macam orang gila..bukan kau ke?” entah kenapa darah Airul mendidih panas bila dia digelarkan sebegitu.

                “ Awak lah, siapa lagi. Tak tahu lah apa majalnya hari ni terpaksa berdepan dengan awak. Argh..serabut tahu tak dengan saya-saya sekali boleh jadi gila! Kalau saya jadi awak, saya tak akan layan customer macam ni. Tunggu lah saya akan adu pada boss awak!”

                Airul sekadar menyengih sinis seakan mengejek, ugutan daripada Ai’nyra sedikit pun tidak menggusarkan hatinya.

                      “ Kalau aku jadi kau, aku akan cakap baik-baik lagi pula dengan lelaki. Sopan santun, bukan macam kau ni dan kalau aku jadi kau, walaupun aku perempuan aku akan ambil tahu tentang enjin tak banyak pun sikit baru lah tak menyusahkan orang!” balas Airul.

                       Nafas Ai’nyra turun naik menahan kemarahan.

                     “ Hei…saya seribu kali tak hingin lah nak jadi awak. Belum tua mana dah gila!” Dalam kepala Ai’nyra terbayangkan yang dia sedang memegang sebiji kek yang busuk lalu ditonyoh-tonyohkan ke muka Airul dengan penuh perasaan geram!

                “ Apa kau ingat aku heran perempuan macam kau, huh! Biasa lah orang yang kata kita gila sebenarnya dia tu yang gila..” Airul sengaja menambahkan kemarahan Ai’nyra.

                  “ Rasakan, tadi sesedap dia je kenakan aku. Nanti lah aku akan cari maksud M Square tu. Kalau dia gelarkan aku dengan nama-nama yang tak elok, siap lah kau! Silap-silap kereta kau ni boleh meletup aku kerja kan…” gumam Airul di dalam hati.

                     Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari dada langit, satu cahaya yang sangat terang terbit dari langit menghentam ke bumi dengan bunyi yang sangat kuat sehinggakan mampu menggetarkan hati mereka. Ai’nyra dan Airul tergamam buat seketika. Fikiran mereka tiba-tiba menjadi kosong, jantung mereka sama-sama berdengup kencang bila menyaksikan kejadian itu. Setelah cahaya terang itu hilang mereka berpandangan sesama sendiri.

              “ Kau tak payah bayar lah, pegi balik dah lewat.” Kata Airul. Ai’nyra hanya menurut tampa sebarang bicara.

 ♥♥ **************************************************** ♥♥


                  “ Ai’nyra…….bangun dah pukul berapa ni?” suara yang sedari tadi sayup-sayup kedengaran di telinga dan tiba-tiba menjadi sebuah laungan yang sangat kuat membuatkan mata Ai’nyra segera terbuka.

                   “ Bangun pun, ingatkan dah pengsan tadi.”

                   “ Dah pukul berapa ni bu?” soal Ai’nyra terpisat-pisat.

                 “ Dah pukul 8, biasanya Nyra tak macam ni. Letih macam mana sekali pun pastinya Nyra akan bangun awal. Kalau Nyra period pun sama juga kan? Hari ni Nyra kenapa lain je, tak sihat?” soal Ibunya bertalu-talu sambil menyentuh dahi anaknya yang mamai.

                    “ Ok je bu. Hah! Pukul 8??” bagaikan baru tersedar lagaknya.

             “ Iya..dah pergi mandi.” Ai’nyra mengangguk sambil memerhatikan ibunya melangkah keluar daripada biliknya. Dia termenung sendiri, dia tiba-tiba berkata..

                “ Hari ni nak siapkan kereta Ustaz Rayyan, radiator nak kena ganti baru, lagi………” Ai’nyra terdiam.

                “ Eh…..kenapa pula aku terfikir pasal kereta Ustaz Rayyan pula ni? Siapa pula Ustaz Rayyan? Apa kena dengan aku ni?” Ai’nyra kebingungan.

 ♥♥ **************************************************** ♥♥

Dah kenapa pula Ai'nyra terfikir pasal kereta pula ye? apa pula kisahnya dengan Airul? tunggu episod seterusnya yupp.. (^_^)

5 comments:

MaY_LiN said...

aik..tertuka personaliti nak abg erul ke..?
hrrmmmmm

Anonymous said...

e cigarette reviews, e cigarette, best electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette reviews, electronic cigarette reviews

Shila Mohd said...

bila nk sambung ni.. xsabar nk bce..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Sarjen Pencerita said...

Salam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/