Thursday, May 2, 2013

AI'NYRA VS AIRUL - 4

...HAPPY READING... 
 ♥♥ ****************************************************  ♥♥


                Ai'nyra memerhatikan Kak Syikin dan anaknya Farah menutup pintu kedai dari dalam kereta, tidak lama kemudian kedua-duanya masuk ke dalam kereta.

                “ Wah…best juga ya kereta Toyota Wish ni, luas dan selesa.” Puji Kak Syikin sebaik sahaja memboloskan dirinya ke dalam kereta.

                “ Kenapa Nyra tak guna je kereta abang Nyra ni. Dia bukan ada kat sini pun kan?” soal Kak Syikin lagi. Ai'nyra memandu tenang sambil tersenyum.

                “ Malas lah kak, kereta orang. Kereta kita ada, guna la kereta kita. Ni pun sebab terpaksa, perlukan kawasan yang luas tuk kek-kek tu. Kalau tak Miss White tu juga yang saya angkut ke hulu ke hilir.”

Ai'nyra mendapat tempahan untuk menyediakan kek majlis perkahwinan dan beberapa dozen kek cawan untuk para tetamu. Kerana itu lah dia perlukan ruangan yang besar untuk membawa kek-keknya ke rumah pelanggannya. Memandangkan rumah pelanggan itu agak jauh ke pendalaman, Ai'nyra kurang yakin untuk menghias kek itu terlebih dahulu. Dia mahu pastikan dia dan kek-keknya selamat tiba baru lah dia akan mula menghias.

                “ Abang Nyra tak beri ye Nyra guna kereta dia?”

                “ Abang tak kisah pun kak, saya je yang segan sikit. Ye la harta orang.”

           “ Macam tu pula, akak tengok Nyra macam confident je bawa kereta tahu ke jalan ke rumah pengantin ni?”

                “ Tahu, Nyra kan dah pernah sampai sekali. Agak jauh juga ke dalam. Akak duduk diam-diam nak tidur pun tak apa, dah sampai nanti Nyra kejutkan.”

                “ Tak mahu lah akak, buatnya Nyra salah jalan boleh juga akak tolong tengok-tengok kan, kalau akak tidur silap haribulan Nyra men’ deco kek dalam ladang kelapa sawit je la nanti.” Ai'nyra tergelak kecil dengan kata-kata Kak Syikin.

                  Ai'nyra meneruskan pemanduan sehinggalah dia tiba di rumah pengantin tersebut. Kemah-kemah sudah siap dipasang, pelamin juga sudah siap dihias. Sebaik sahaja dia memakirkan kereta, dia sudah pun disambut oleh adik pengantin. Terus sahaja mereka di bawa ke dapur. Ai'nyra perasan banyak mata-mata yang memandang dirinya. Dia hanya mampu tersenyum.

                 “ Kak Nyra boleh buat kerja di sini. Tak ada orang ganggu akak nanti. Akak ada kat atas tu, baru je lepas kena marah dengan Mak Andam.” Ramah gadis itu berbicara.

                 “ La…kenapa kena marah?” soal Ai'nyra

                 “ Excited terlebih bila tahu akak datang, masa tu juga dia nak keluar jumpa akak. Mak Andam pula tengah sibuk menyolek, mana tak kena marah.” Sedang mereka berbual, tiba-tiba bahu Ai'nyra ditepuk perlahan daripada belakang. Segera dia menoleh.

                 “ Awak ni…. Sofia kan? Yang masuk rancangan Chef Dessert tu. Tapi budak Ain ni panggil awak Nyra pula. Keliru makcik jadinya. Tapi makcik pasti awak ni Sofia, betul tak?” beria-ia makcik itu bertanya pada Ai'nyra. Ai'nyra dan gadis bernama Ain itu tergelak sama.

                 “ Betul la tu makcik. Nama akak ni Sofia Nur Ai'nyra, tapi dia lebih suka orang panggil dia Nyra daripada Sofia.” Makcik itu mengangguk-angguk lalu dia memusingkan badannya ke arah kumpulan wanita yang sedang memotong sayur dan dalam masa yang sama mendengar perbulan mereka.

                “ Ha…kan betul apa yang aku kata, dia ni la yang wakin Negara bertanding tu.” Bersungguh-sungguh makcik itu bercerita.

               “ Ok lah makcik, makcik jangan la ganggu Kak Nyra, nanti tak siap pula kek.” Pintas Ain.

              “ Wah…makcik nak sikit ye kek ni. Jangan lupa simpankan untuk makcik.” Ujar makcik itu sedikit berbisik, mungkin bimbang orang lain mendengar.

              “ Iya lah, iya…nanti saya simpankan. Dah jom makcik, tolong saya bawa keluar bunga telur dari dalam stor.” Ain menarik tangan makcik itu meninggalkan Ai'nyra.

              “ Orang famous macam tu la.Tukar nama pun orang boleh perasan.” Sindir Kak Syikin. Ai'nyra menyengih sahaja lalu dia memulakan kerjanya. Masih banyak mata-mata yang memandangnya bila dia mula menghias kek.

             “ Pandang lah makcik, pandang lah…” bisik hati kecil Ai'nyra.

 ♥♥ ****************************************************  ♥♥


Airul menggaru-gurukan kepalanya yang tidak gatal bila melihat keretanya dihimpit dengan kereta depan dan belakang. Hatinya mulai panas bila melihat Toyota Wish Putih yang berada di belakang keretanya. Kenapa perlu meletakkan keretanya begitu hampir dengan keretanya. Bagaimana dia ingin keluar?
“ Salleh, macam mana nak keluar ni?” soal Airul.

“ Erkk….Alhamdulillah. Sedap betul nasi minyak tadi kan Airul.” Balas Salleh tanpa menjawab soalan Airul. Lantas Airul menyiku perut Salleh yang masih lagi penuh dengan makanan.

“ Aduh…senak la perut aku!” adu Salleh.

“ Yang kau bercerita pasal nasi minyak tu nak buat apa. Ni ha…kereta tak boleh keluar ni yang patut kau risau kan. Ikutkan hati aku mahu je aku langgar kereta beso kat belakang ni. Menyusahkan orang betul!” rungut Airul.

“ Sabar lah, kau ni tahu nak marah je. Belum tua mana muka tu dah kedut seribu tau. Kereta beso tu je yang kau nak langgar, kereta hijau depan ni taknak pula kau langgar, kenapa sebab kereta depan ni kereta kecil macam tu? ” Masam manis wajah Airul yang terpaksa menelan sindiran Salleh. Ada betulnya juga kata-kata Salleh. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya, kenapa dia marah pada kereta putih itu.

“ Jom lah kita pergi jumpa Syafik, minta dia buat pengumuman alihkan kereta. Bukan ke ni majlis adik dia.” Airul hanya menurut.

“ Fik..ada kereta block kereta Si Airul ni. Kau boleh buat announcement tak, minta tuan punya kereta tu alihkan kereta dia.” Syifik sempat meninjau ke arah kereta Airul, lalu dia menganggukkan kepalanya.

“ Kalau kereta depan ni, aku tak pasti kereta siapa sebab sebelum ni tak ada pula kereta ni tapi yang belakang kereta kau tu kereta awek cantik tau taraf selebriti. Jom ikut aku jumpa dengan dia.” Jawab Syafik sambil menyengih.

“ Ah kalau muka je cantik tapi otak letak kat lutut, tak guna juga.” Rungut Airul. Hatinya semakin panas bila Syafik mengatakan yang pemilik kereta itu adalah perempuan.

“ Kau ni….anti betul dengan perempuan.” Balas Salleh.

Mereka berjalan menghampiri kemah pengantin, Salleh teruja melihat kek yang cantik tersusun kemas di atas meja. Airul pula cuba mencari awek mana yang Syafik maksudkan. Lalu matanya tercatap pada seorang gadis yang dia rasanya wajah itu tidak pernah hilang daripada fikirannya. Nafasnya mula turun naik. Dia menghampiri Syafik yang sedang bercakap dengan gadis itu.

“ Oh, maaf lah. Masa saya park kereta tadi tak ada pula kereta di hadapan kereta tu. Sengaja saya rapatkan sikit untuk bagi ruang orang lain untuk parking sama.”

“ Kau sengaja nak kenakan aku kan Sopiut!” tiba-tiba Airul datang menerjah. Ai'nyra sedikit terkejut bila melihat Airul di situ.

“ Eh..kau ni dah kenapa Airul? Tiba-tiba nak marah.” Celah Salleh kehairanan.

Saat Salleh bertentangan mata dengan Ai'nyra, tiba-tiba sahaja dia tergamam, lidahnya terus kelu untuk berkata-kata. Baru kelmarin dia melihat Ai'nyra dalam majalah dan kini Ai'nyra berada di hadapan matanya. Sementara itu Ai'nyra pula mulai kurang senang melihat lelaki egois yang menyakitkan hatinya kini berada di hadapan mata. Dia tertanya-tanya kenapa lelaki itu selalu ada, dan setiapkali dia ada pasti dia akan menyakitkan hatinya.

“ Jangan nak perasan boleh tak? tak ada kuasa saya nak kena kan awak. Banyak benda lain yang lebih berfaedah tahu dari nak kenakan awak!” balas Ai'nyra.

“ Tak payah pura-pura baik depan orang la Sopiut oii. Kau memang dengkikan aku. Ish Minah ni, ada juga kena hentak dengan spanar saiz 21 ni, jadi arwah hari ni juga nanti.” Bebel Airul. Salleh sudah mula menarik-narik tangan Airul. Syafik pula memandang mereka dengan penuh hairan. Manakala Ai'nyra mengeluh berat lantas meninggalkan mereka dengan pandangan yang penuh kebencian.

“ Kau kenal ke dengan Cik Nyra ni?” soal Syafik.

“ Kenal, dia la yang sepuk muka aku dengan kek hari tu. Dia dengki lah tu. Tengok dia dah lari ke dalam. Kau panggil dia keluar sekarang, alihkan kereta dia yang gedabak tu kalau tak aku langgar.”

“ Sabar Airul…sabar. Kau ni tahu nak marah je. Masa kau jumpa dia kat kedai kek pun, kau tak bawa kereta kan? Jadi macam mana dia boleh tahu itu kereta kau? Cuba kau fikir balik.” Kata-kata Salleh buatkan Airul terdiam.

           Tiba-tiba Ai'nyra datang ke arahnya sambil membawa senduk besar yang panjang kayu pemegangnya hampir setengah meter. Mereka berpandangan sesama sendiri.

                “ Mana spanar awak yang saiz 21 tu? Nak hentak sangat tadi kan, mana? Saya pun ada juga  la senduk saiz 201 ni ha…nak rasa ke hentakkan senduk saiz 201 ni, mari lah mari. Pasti awak takkan lupakan muka saya ni seumur hidup awak!”

Ai'nyra sudah mula menghayunkan seduk ke arah Airul bagaikan pemain golf sahaja lagaknya. Dia tidak peduli pada orang ramai yang berada di situ. Hatinya cukup panas, cukup-cukup panas dengan lelaki itu. Lelaki itu perlu diajar. Airul, Salleh dan Syafik terkejut dengan tindakan Ai'nyra. Salleh menarik tangan Airul untuk lari meninggalkan Ai'nyra yang sedang naik minyak. Tanpa banyak soal Airul menurut, lari bersama-sama Salleh dan Syafik.

 ♥♥ ****************************************************  ♥♥


“ Sabar Nyra…sabar.” Kak Syikin cuba menenangkan Ai'nyra yang mula naik hantu dengan sikap Airul.

“ Nyra dah cuba kak, dah habis sabar. Tapi mamat tu…argh!!! Mental madness!!” ucap Nyra sambil menghentakkan tanggannya ke atas meja.

 “ Betul kak, mamat tu gila. Mental Madness, M kuasa dua nak lagi best M Square.” Sampuk Farah anak Kak Syikin yang sedari tadi menjadi pemerhati.

 “ Haish…apa ni, orang bercakap dia menyampuk. Jangan pandai-pandai nak gelarkan orang.” Marah Kak Syikin. Berbeza pula dengan Ai'nyra, dia memandang Farah dengan sebuah senyuman.

  “ Akak suka nama tu Farah, M Square. Dia sesedap mulut panggil akak Sopiut kita panggil dia M Square (M2)!” Ai'nyra memeluk bahu Farah erat. Ledakkan api kemarahan dia terhadap Airul mulai reda. Kak Syikin tidak terkata apa bila Ai'nyra menyebelahi anak gadisnya.

 ♥♥ ****************************************************  ♥♥
Kesabaran Ai'nyra teruji dek kerana keegoan Airul. Sampai mana kesudahan peperangan ini? masih kah ada ruang untuk Ai'nyra dan Airul berbaik? 
Tunggu episod seterusnya yupp.. (^_^)

2 comments:

MaY_LiN said...

sesuwei..
cik piut ngan abg erul

ein said...

Nama yang cute Sopiut ... M Square ... :)