Tuesday, March 19, 2013

AKU,DIA & TZM - AKHIR

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥

Dup..dap...dup...dap..dup..dap

Begitulah bunyi jantung Mustaqim yang sedari tadi berdegup dengan pantasnya. Sebelum subuh lagi dia sudah terjaga. Hari ini adalah hari bahagianya, hanya tinggal beberapa minit sahaja dia akan berjabat tangan dengan juru nikah dan sekali gus dia bakal memikul satu tanggungjawab berat iaitu tanggungjawab sebagai seorang suami. Jantungnya semakin tidak keruan bila juru nikah mula duduk di hadapannya. Soalan demi soalan yang ditanya oleh juru nikah merangkap Imam di kawasan itu dijawab dengan tenang. Segala nasihat yang diberikan diterima dengan hati yang terbuka.

Saat Mustaqim mula berjabat tangan dengan juru nikah,

“ Aduh, sejuk betul tangan kamu ni. Istighfar banyak-banyak, tenangkan hati.” Pesan Imam.

“ Sedia ?” soal Imam lagi. Mustaqim hanya mengangguk.

“ Aku nikahkah dikau dengan Naurah Musfirah Binti Nordin berwalikan hakim dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Mustaqim menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan perlahan, dengan lafaz bismillah dia mula melafazkan,

“ Aku terima nikahnya Naurah Musfirah Binti Nordin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”Suaranya bergema disetiap pelusuk masjid. Saat tangannya digoncangkan, dia merasakan bagaikan ada sesuatu yang mengalir masuk ke dalam tubuhnya.

“ Sah....?” soal Imam, saksi-saksi mengangguk mengesahkan lafaz akad nikah tersebut.

“ Alhamdulillah..........” semua mengangkat tangan memanjatkan kesyukuran pada yang esa. Doa dibaca dan di aminkan oleh para hadirin.

Mustaqim sempat melirik ke arah Naurah. Pandangan mereka bersatu, senyuman terbit di bibir masing-masing.

 ♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Assalammualaikum Puan Isteri.” Sapa Mustaqim selepas selesai sesi bersalaman dan juga bergambar.

Tangannya mula memegang erat tangan isterinya. Naurah hanya tersenyum malu, sedari tadi sepatah perkataan pun tidak keluar daripada bibirnya yang ada hanyalah mimik muka dan juga senyuman yang tidak lekang-lekang daripada bibirnya. Perjalanan pulang daripada masjid ke rumah pun Naurah hanya membisu, hanya jari jemari mereka sahaja bermain-main di antara satu sama lain.

“Dah sampai rumah tak jawab lagi salam tadi, tak jawab dosa tau.” Ucap Mustaqim lagi. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah sambil iringin dengan saudara-mara yang lain.

“ Wa’alaikumsalam Encik Suami.” Jawab Naurah perlahan.

“ Lega hati, ingatkan dah hilang suara tadi.” Mustaqim mengusik. Naurah menjeling sekilas, pantas sahaja dia menyiku pinggang Mustaqim.

“ Saya ada surprise untuk awak,” bisik Naurah.

“ La...dah sah jadi suami isteri masih ber saya awak lagi? Puan Isteri...tak mahu panggil abang ke?” balas Mustaqim sambil tersenyum nakal.

“ Cuba tengok tu....” Naurah tidak menghiraukan langsung permintaan suaminya. Dia masih malu, Mustaqim hanya menurut. Saat dia mengalihkan pandangannya, bagaikan mahu gugur jantungnya bila dia melihat motorsikalnya yang hilang dua bulan yang lalu kini berada di hadapan matanya. Matanya terkebil-kebil, bagaikan tidak percaya yang itu adalah motor nya.

“ Naurah....macam mana motor ni ada...” Mustaqim kehilangan kata-kata. Dia memandang Ali yang berada tidak jauh daripadanya, cuba meminta jawapan. Bagaikan faham maksud Mustaqim, Ali hanya menunding jari ke arah Naurah.

“ Sayang......” panggil Mustaqim dalam nada hairan. Naurah hanya tersenyum.

“ Ini semua rancangan Naurah. Dia yang sembunyikan motor kau, dia yang minta aku hantar ke bengkel tukar enjin dan cat semula motor ni supaya nampak baru. Aku hanya menurut sahaja.” Ali datang mengangkat kedua belah tangannya bagaikan pesalah yang sedang menyerah sambil memberi penjelasan.  Kunci motor TZM itu kini bertukar tangan. Pandangan Mustaqim beralih kepada Naurah semula. Geram!

“ Sayang ni....siap la dia nanti. Suka main-mainkan orang.” Naurah tergelak kecil sambil menjelirkan lidahnya. Saudara mara yang ada tersenyum-senyum melihat gelagat pengantin baru itu.

“ Aik....garangnya dia. Saja nak buat surprise, untuk suami saya juga bukan untuk orang lain.” Balas Naurah. Mustaqim sudah pun mula membelek-belek motornya.

“ Sebagai denda.........” tampa diduga Mustaqim terus mengangkat Naurah dan didudukkan di atas motornya. Terjerit Naurah dengan tindakkan Mustaqim yang secara tiba-tiba itu. Mustaqim telah pun berada di atas motornya. Enjin pun sudah dihidupkan. Rindunya dia kepada motor itu tak terungkap dek kata-kata.

“ Eh...eh...awak, takkan la dengan baju pengantin nak naik motor ni. Turunkan saya.” Pinta Naurah. Dia mula ngeri bila motor itu bergoyang-goyang.

“ Tak boleh, awak kena ikut saya naik motor ni. Ini denda untuk awak.” Motor Mustaqim mula berderum, bersedia untuk meninggalkan pengkarangan rumah Naurah.

“ Jangan pergi jauh-jauh sangat, lepas ni ada photoshoot!” Jerit mak andam dari jauh. Mustaqim menabik tangannya. Dia mula menekan minyak, tubuh Naurah hampir melayang, cepat-cepat dia memeluk erat pinggang Mustaqim. Mustaqim hanya tersenyum, motornya bergerak meninggalkan pengkarangan rumah Naurah.

“ Kita nak ke mana ni? Dengan tak ada helmetnya. Kena saman nanti macam mana?” soal Naurah kaget, sudah bertahun dia tidak menaiki motor, fobianya terhadap motorsikal kembali.

“ Kita ke syurga......” jawab Mustaqim bersahaja. Dia menekan minyak, motorsikalnya menderum dan sekali lagi Naurah terjerit.

" Awakkk....!!!"

 Pelukkan dieratkan.



 ♥♥ **************************************************** ♥♥

EPILOG



Mustaqim berdiri sendirian di balkoni dari biliknya. Pandangannya dilemparkan ke halaman rumah Naurah. Majlis persandingan mereka berjalan dengan lancar pada siang harinya. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang tidak melepaskan peluang untuk hadir ke majlis mereka. Mustaqim sempat mengerling Naurah yang sedah lena di atas katil, letih sangat lagaknya.

Mustaqim memandang langit malam yang gemerlapan ditaburi bintang-bintang yang bersinar, hatinya tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa dengan apa yang dia ada sekarang ini. Benar lah, setiap yang pahit ada manisnya. Segala kesukaran, kepahitan yang terpaksa ditempuh akhirnya mereka bersatu juga. Kebahagiaan yang berlipat kali ganda menyelubungi keluarga itu.

Bukan dirinya dan Naurah sahaja yang mengecapi bahagia, malah orang-orang di sekelilingnya turut terkena tempiasnya. Fika dan Syafiq telah berbaik, tiada lagi Syafiq yang panas baran. Dia kini menjadi seorang suami dan ayah yang sangat penyayang dan mula menghargai keluarganya. Dia dulu yang tidak boleh berjalan kini sudah mampu berdiri sendiri berkat kesabaran Fika yang setia menjaganya. Naurah lah orang yang paling gembira sekali bila melihat Fika dan Syafiq datang ke majlis mereka siang tadi.

Dhiera dan Rohaizad juga bakal disatukan tidak lama lagi. Mustaqim mengeluh lega bila Yassir sudah boleh menerima kehadiran Rohaizad dalam keluarganya. Pada mulanya Yassir sangat marah bila dia dan Dhiera memutuskan pertunangan. Kecewa benar dengan Mustaqim sehinggakan untuk memandang wajah Mustaqim pun dia tidak mahu.

“ Keluar lah kau. Aku tak mahu tengok kau di sini lagi.”

Itu lah kata-kata Yassir yang terakhir sebelum Mustaqim meninggalkan rumah. Sedih kerana terpaksa mengecewakan hati lelaki yang telah banyak mambantu dirinya. Tapi bukan itu pintanya. Namun, hatinya berbunga riang bila melihat Yassir turut hadir di majlis mereka. Sebaik sahaja mereka bertemu, tampa sebarang kata Yassir memeluknya erat. Faham lah dia yang Yassir sudah memaafkan dirinya.

Masih segar di ingatannya bila mana Dhiera terperanjat bila dia memperkenalkan Naurah sebagai bakal isterinya. Merungut-rungut dia kerana Mustaqim tidak berterus terang. Mujur lah Dhiera sudah ada Rohaizad yang sangat menyayangi dirinya, tidak la dia marah malah tumpang gembira.

“ Dhiera dah lama impikan akak tuk jadi kakak ipar Dhiera. Dapat juga akak jadi kakak ipar Dhiera. Abang Mus kan abang Dhiera juga.” Dhiera memegang erat tangan Naurah.

Arman juga sudah kembali hidup bersama dengan isterinya dan tidak lama lagi Aniq bakal mendapat adik. Syukurlah. Emak dan ayahnya sama seperti biasa, tidak banyak bercakap. Apa yang dirasakan baik maka baik lah bagi mereka. Senang hatinya mereka boleh menerima Naurah dan Naurah cepat mesra dengan meraka, dalam sejam bertemu Naurah telah pun menjadi buah hati mereka.

Nordin Group Cooperation kini berada di bawah tanggungjawabnya, dengan bantuan Rohaizad dan kakitangan yang lain serta pemantauan daripada ibu mertuanya, kini dia semakin yakin menerajui syarikat itu. Bercerita tentang ibu mertuanya, dia dan Naurah perasan yang Zalia kerap menghabiskan masanya bersama dengan Datuk Karim. Kata Naurah kepadanya,

“ Jika itu pilihan mama,Naurah tidak ada bantahan. Lama mama hidup sendiri, dia juga berhak bahagia.” Sejauh mana hubungan itu, hanya Zalia dan Datuk Karim sahaja yang tahu. Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

Lamunannya terhenti bila dia terdengarNaurah sedang menangis. Segera dia menoleh ke arah Naurah, Naurah sedang tidur tapi dalam masa yang sama dia menangis. Cepat-cepat dia mendapatkan Naurah.

“ Sayang..kenapa menangis ni?” Mustaqim menggoncangkan tubuh isterinya perlahan. Sebaik sahaja mata Naurah terbuka, dia terus bangun dan memeluk Mustaqim erat. Dia menangis lagi, dalam esak tangisnya dia menyebut,

“ Ayah....ayah...”

“ Kenapa dengan ayah, sayang mimpikan ayah?” Soal Mustaqim sambil mengusap kepala Naurah.

“ Ayah datang tadi, dia senyum je. Tapi bila Naurah panggil ayah, ayah diam. Lepas tu ayah terus pergi tinggalkan Naurah.” Adu Naurah bersama esak tangisnya. Timbul rasa simpati Mustaqim pada Naurah. Pasti Naurah sangat rindukan ayahnya sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi.

“ Ayah datang nak jenguk Naurah tu. Dia senyum sebab dia tumpang bahagia dengan Naurah. Abang kan ada. Abang janji abang akan jaga Naurah macam abang jaga nyawa abang sendiri.” Dia melepaskan pelukkan, wajah Naurah yang basah dek air mata ditatap.

“ Abang janji tak akan tinggalkan Naurah?” soal Naurah.

“ Insya’Allah kalau diizinkan Allah, hingga ke akhir hayat kita akan bersama.” Mustaqim melemparkan senyumannya, cuba menyakinkan Naurah, sisa-sisa air mata Naurah dikesat perlahan.

“ Sayang tidur lah. Abang ada.” Naurah mengagguk perlahan, tubuhnya direbahkan ke katil semula. Mustaqim menutup lampu, dan ikut baring di sebelah Naurah. Tubuh Naurah didakap daripada belakang erat.

 “ Ayah, saya berjanji pada ayah. Saya akan jaga Naurah, jaga keluarga ini dan syarikat ayah seperti nyawa saya sendiri. Insya’Allah saya akan pertahankan sedaya yang mampu.” Hati kecilnya berkata-kata seolah-olah bapa mertuanya berada di hdapannya.

“ Tidur lah sayang, mimpi yang indah-indah. Abang ada, abang akan selalu ada.” Sempat Mustaqim bisikkan ke telinga Naurah. Pelukkannya dieratkan. Mereka sama-sama hanyut di alam mimpi.


TAMAT


♥♥ **************************************************** ♥♥

Alhamdulillah....berakhir sudah kisah Naurah dan Mustaqim.

Terima kasih yang tak terhingga buat semua pembaca yang sudi meluangkan masa membaca kisah ini. Kebiasaanya setiapkali ada episod baru, jumlah visitor yang datang ke sini hampir mencecah 300 dan ke atas. Mungkin ada yang beranggapan, apa sangat lah 300 tu, tapi bagi saya sangat besar dan kebiasaannya pembaca datangnya daripada

dan lain-lain lagi...

Kepada May Lin, Ein dan para Anonymous yang tidak jemu meninggalkan  komen setiap kali episod baru dikeluarkan, terima kasih tak terhingga. Sangat menghargainya.Tengah-tengah malas nak update, dapat pula komen daripada kalian semua, bersemangat sedikit untuk teruskan cerita ni..boleh pula macam tu kan? hehehe..



TERIMA KASIH......!!!!

Well...projek apa selepas ni? erm....tak pasti lagi nak buat cerpen atau novel. Nanti lah saya khabar-khabarkan ye. (^_^)V

5 comments:

Anonymous said...

Hehe,kn btul naurah yg sorok moto tu..
Hmm buat cerpen la.cepat.hehe

Anonymous said...

Congrats... Best cerita ni.... i loike...

ein said...

Wah... terharu nya....

The end ... mus dengan naurah jua... best..

Tahniah untuk penulis..

MaY_LiN said...

yeayyyyy
hepi ending..
nak SE..

Anonymous said...

👍👍👍👍
Best.....tak rugi baca seharian.....