Thursday, March 28, 2013

AI'NYRA VS AIRUL - 1

...HAPPY READING... 
 ♥♥ **************************************************** ♥♥


Sofia Nur Ai’nyra memakirkan kereta, telefon dicapai dan segera mendail nombor yang sudah siap sedia tertera di skrin. Sekejap-sekejap dia menjeling ke arah kotak kek yang berada di tempat duduk penumpang di sebelahnya. Dia tersenyum puas, untuk minggu ini sahaja dia telah menerima banyak tempahan kek, tidak kurang juga pencuci mulut dan kuih muih tradisional. Alhamdulillah.

“ Tingkat berapa puan? Oh… baiklah, saya dah ada di bawah sekejap lagi saya sampai.” Talian dimatikan, telefon cepat-cepat dimasukkan ke dalam tas tangan dan Ai’nyra segera keluar daripada keretanya. Kotak kek dikeluarkan dengan berhati-hati, dia tidak mahu ada sebarang kecatatan pada keknya.

Ai’nyra mengatur langkahnya berhati-hati sambil menatang kotak kek tersebut. Tiba-tiba telefonnya berdering. Ai’nyra mengeluh lemah, kotak yang berisi kek diletakkan perlahan di atas lantai. Telefonnya segera dicapai dan terus dijawab. Panggilan daripada pelanggan tidak boleh tidak dilayan.

Setelah memperjudikan masa depannya, dengan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Eksekutif Kewangan dan menumpukan sepenuhmasanya dengan perniagaan kek dan pastri, dia sedar dalam bidang ini terlalu banyak persaingan, dia harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Sebelah tangan memegang kotak, sebelah tangan lagi memegang telefon. Ai’nyra meneruskan langkahnya menuju ke lift. Sambil berbual sambil menunggu pintu lift terbuka. Sebaik sahaja pintu lift terbuka, Ai’nyra segera masuk dan tanpa dia sedari seorang lelaki yang berada di dalam lift ingin keluar. Tidak semena-mena mereka bertembung, bahu mereka berlaga. Ai’nyra hilang keseimbangan, kotak kek terlepas daripada tangannya. Bagaikan mahu gugur jantungnya melihat kotak kek itu tergolek jatuh.

“ Kek..!!” jerit Ai’nyra, terbayang-bayang rupa kek yang pada awalnya cantik dihias kini hancur. Dia tidak jadi masuk ke dalam lift.

“ Maafkan saya Cik….maafkan saya.” Telinga Ai’nyra berbulu bila dia mendengar perkataan maaf itu. Matanya mencerlung memandang ke arah pemilik suara itu. Bagaikan singa lapar yang mahu menerkam mangsanya.


“ Apa maaf..maaf? senang je awak minta maaf ye. Mata tu letak di mana, lutut?” Ai’nyra menghamburkan kemarahannya ke arah pemuda yang melanggarnya itu.  Dia terus mendapatkan kotak kek yang tergolek tidak jauh daripanya. Saat dia membuka kotak itu, hancur luluh hatinya melihat kek yang sudah tidak serupa kek. Hancur, semuanya hancur! Ai’nyra bagaikan mahu menangis.

“ Cik……” pemuda itu cuba menyentuh bahu Ai'nyra. Ai'nyra menepis kasar, riak wajahnya berubah bila melihat tangan dan jari pemuda itu kotor kehitaman.

“ Euuu…..jangan nak sentuh saya dengan tangan awak yang kotor itu! Sudah lah jatuhkan kek saya, sekarang ni awak nak ambil kesempatan pula ya? Saya report polis baru tahu!” sekali lagi Ai'nyra menghamburkan kemarahannya.

“ Ekeleh….blah la. Jijik la konon dengan tangan aku ni. Aku dah minta maaf dah cukup baik lah. Tangan kotor ni la punca rezeki aku tahu!” Bidas pemuda itu, hatinya juga panas bilamana bertalu-talu dia dimarahi. Sama-sama bersalah.

“ Hei Minah, jangan tahu nak salahkan orang saja. Kalau kau tak sibuk bergayut di telefon benda ni semua tidak akan terjadi. Bikin panas lah!Ish Minah ni, sekali aku tetak dengan spanar, boleh pengsan kat sini juga!” Pemuda itu sudah keluarkan spanar bersaiz 21 daripada poketnya lalu menyuakan kepada Ai'nyra.

Terkejut bukan kepalang bila Ai'nyra melihat spanar besar yang menghampiri wajahnya. Timbul rasa gentar dihatinya. Namun dia berlagak seolah-olah tidak takut dengan ugutan pemuda itu.

“ Hei Mamat! Jangan nak berlagak la dengan spanar besar awak tu. Ingat saya takut. Dasar lelaki, suka ambil kesempatan ke atas wanita yang dianggap lemah. Awak silap orang la. Saya sikit pun tak takut!” Ai'nyra yang sedang duduk di atas lantai kini bangun. Dia memandang tepat pada anak mata pemuda itu. Lantas dia menyepak kaki pemuda itu sekuat hati.

“ Adoi...!!!! kurang ajar punya perempuan!” pemuda itu meraung kesakitan sambil memegang ketingnya yang perit. Saat dia mengangkat muka.

Pap!! tanpa pemuda itu sedari, Ai'nyra sudahpun menyepuk keknya yang hancur itu ke muka pemuda itu.

“ Padan muka! Tu la jangan ingat perempuan ni lemah!” Ai'nyra mencicit lari meninggalkan pemuda itu. Dia harus larikan diri, lari Ai'nyra…lari…!!!

“ Argh!!! Kurang ajar!Hei…jangan lari!!!” Jerit Airul dan cuba mengejay Ai'nyra, malangnya gadis itu bagaikan peleset dalam sekelip mata gadis itu hilang daripada pandangannya.

 “ Tak apa, kau tak kenal ini Airul la. Ada LRT, ada bas, ada hari boleh balas!” bentak Airul sambil meraup sisa-sisa kek yang ada di wajahnya. 

♥♥ **************************************************** ♥♥

Sikit-sikit dulu eh... so macam mana, ada yang kurang garam, kurang asam dalam episod pengenalan ini..? Jangan segan-segan untuk berikan pendapat anda. Pendapat anda sangat saya hargai. Terima kasih. 


Ini hero & heroin dalam cerita ini...

Tasha Manshahar sebagai Ai'nyra
Afiq Muiz sebagai Airul

10 comments:

MaY_LiN said...

hehehe
menarik..
tapi cane nak sebut name nye ai'n tuh

Unknown said...

suker n teruja gak...

Unknown said...

best2......nk lg

nabilah_2908 said...

@May Lin

susah eh nak sebut Ai'nyra ?

macam ni..

Ai-Nee-Ra --> macam ni la sebutannya..hehe... :)

@Norihan

terima kasih, saya cuba yang terbaik :)

@Emyliana

nanti saya sambung lagi yupp...terima kasih.. :)

MéuzAngelo™ XXIII said...

header dh siap edit.. pape hal roger dalam blog saya..

[LINK HEADER]

ein said...

awal awal dah perang ...

best nak lagi...

MéuzAngelo™ XXIII said...

sorry salah bagi link.. ni link yg betul:
http://dl.dropbox.com/u/14842507/05_lovesegment.png

Anonymous said...

I do not even know how I ended up here, but I thought this
post was great. I do not know who you are but definitely you are going to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!


Here is my blog; silk scarf

soatot said...

visit homepage Chloe Dolabuy websites aaa replica bags site link best replica bags

shegheth said...

click to read g5d49d2o78 louis vuitton fake replica bags in gaffar market replica bags online pakistan replica hermes bags n4x27t9u33 replica bags paypal Get the facts q3u21r4i64 Ysl replica replica bags on amazon