Thursday, October 4, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 47

...HAPPY READING... 
♥♥ **************************************************** ♥♥
 
 
“Awak apa khabar?”

“ Baik alhamdulillah, siapa ni?”

“ Awak lupa dengan suara saya ke Cik Naurah Musfirah Binti Nordin.”

Mustaqim tersenyum sendiri saat dia menyebut nama gadis itu dengan lengkap. Masakan dia boleh lupa, selamanya nama itu akan terpahat di hati juga di kotak ingatannya.

“ Awak dah salah orang,”

“ Betul saya dah salah orang?” Soal mustaqim lagi.

“ Betul lah, sudah la saya tak mahu diganggu.”

“ Tapi saya sangat yakin yang saya tak salah orang. Sekiranya saat ini saya datang ke rumah awak, minta awak tunjukkan kad pengenalan awak boleh?” Meleret sudah senyuman Mustaqim. Pastinya gadis itu berwajah kelat, kembang kempis hidung menahan marah.

“ Apa hal pula saya kena tunjukkan kad pengenalan saya? Awak ni siapa polis ke siap nak minta kad pengenalan orang?” Ternyata kesabaran gadis itu mula tergugat.

“ Memang saya polis, polis yang sentiasa berkawal di hati awak. Polis yang tidak membenarkan mana-mana lelaki lain masuk ke dalam hati awak. Kecuali lelaki yang sorang itu.” Terdengar keluhan daripada gadis itu. Mustaqim semakin seronok.

“ Gila ke apa dia ni? Lelaki yang mana pula?” suara gadis itu semakin meninggi.

“ Lelaki ini...” jawabnya pendek.

“ Lelaki mana? Awak jangan macam-macam tahu, saya report polis nanti, jangan cabar saya!” gadis itu semakin hilang sabar.

Lelaki ini yang selalu mencintamu Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubari ku – Anuar Zain

Sebaris lagu itu dinyanyikan. Naurah terdiam di hujung talian.

“ Saya lah lelaki itu, sekarang ni awak dah ingat?” Klik! Naurah mematikan talian.

♥♥ **************************************************** ♥♥
 
 
Mengeletar tangannya saat dia menerima telefon daripada Mustaqim. Dia bertanya sendiri, bagaimana Mustaqim boleh memiliki nombor telefonnya. Puas berfikir, baru lah dia teringat dia ada memberikan nombor telefon kepada bengkel yang membaiki tayar keretanya.

“ Kenapa dia sangat degil! Tapi.....macam mana dia boleh yakin seratus peratus bahawa aku adalah Naurah bukan Nurien?”

Selepas keretanya dihantar ke bengkel, Mustaqim menawarkan untuk menghatarnya pulang. Belum pun mendapat persetujuannya, Zah telah bersetuju. Dia tidak mampu berkata apa-apa selain menurut. Sebolehnya dia tidak mahu Mustaqim tahu terlalu banyak tentang dirinya. Namun setelah keadaan mendesak, Naurah tiada pilihan lain dan secara tidak langsung Mustaqim telah tahu di mana rumahnya.

Episod kereta rosak tidak berakhir di situ, seawal jam sepuluh pagi tiba-tiba sahaja dia dikejutkan dengan bunyi hon kereta dari luar rumah. Langsir rumah segera diselak, alangkah terkejutnya dia bila melihat Produa Kelisa miliknya kini betul-betul berada di hadapan rumahnya. Baru sahaja dia berkira-kira untuk menalifon bengkel menanyakan tentang keretanya, tup..tup sudah ada di hadapan rumah.

“ Kenapa susah-susah hantar ke sini, saya boleh datang ambil sendiri.”

Ucapnya perlahan. Sempat dia memerhatikan wajah Mustaqim. Ceria benar nampanya dia, sedari tadi asyik tersenyum. Senyuman yang suatu ketika dulu pernah menjadi igauan dalam tidur malamnya, senyuman yang sering dia rindu, senyuman yang mampu meluluhkan hatinya.

“ Salah dari pihak saya, saya perlu bertanggungjawab. Tidak la susah mana. Nah ini kunci kereta awak.” Mustaqim menyerahkan kunci kereta ke arah Naurah.

“ Err...terima kasih, mana bill nya? Sekejap saya masuk ke dalam ambil duit.” Tidak betah rasanya berdepan dengan Mustaqim lama-lama. Dari jauh kelihatan ada seorang lelaki sedang menunggu Mustaqim dalam keretanya.

“ Awak nak ambil handbag awak ke?” soalan dari Mustaqim buatkan dahinya berkerut.

“ Kenapa tanya macam tu?” soal Naurah kembali.

“ Sebab handbag awak ada dalam kereta tu. Awak lupa nak keluarkan semalam.” Membulat matanya, cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta mencari bag tangannya. Lega, bila mendapati semua barang-barangnya masih ada beserta dengan duitnya sekali.

 “ Tentang bill, tak perlu risau semua dah selesai. Ok lah saya minta diri dulu. Lain kali jangan cuai ye. Assalammualaikum.” Belum sempat dia berkata-kata Mustaqim telah pun pergi menginggalkan dirinya.

“ Handbag!” dia menjerit kecil.

Pastinya Mustaqim telah membuka dompetnya. Masakan Mustaqim boleh berlaku jujur dengan tidak membuka bag nya, mustahil sangat mustahil! Naurah mula resah, bukan ini perancangannya. Jika boleh dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan Mustaqim.

Yang berlalu itu biar lah, dia sudah mulakan kehidupan yang baru walaupun di hatinya lelaki itu masih lagi bertakhta. Dia juga tahu yang Mustaqim pun sudah mulakan kehidupan yang baru, jika tidak masakan dia boleh bertunang dengan adik Arman. Walaupun dia melarikan diri, namun dia tetap mengikuti perkembangan setiap orang yang dia sayang termasuklah mamanya, Mustaqim juga Fika.

 Telefonnya berbunyi lagi, dari pemanggil yang sama. Panggilan itu dibirkan tidak berjawab. Dia belum bersedia untuk menghadapi semua ini.

“ Kenapa semuanya kembali....” Naurah mengeluh lagi.

♥♥ **************************************************** ♥♥
 
 
Assalammualaikum, 
Kenapa awak tak jawab panggilan saya? 
Apa awak benar-benar sudah lupakan saya? Setiap minit, setiap saat tidak pernah sekalipun saya mampu lupakan awak.Usahlah berselindung di sebalik nama Nurine itu, setiap pergerakkan awak, saya tahu awak adalah Naurah. Maafkan saya kerana menyelongkar bag awak, saya tidak berniat jahat cuma inginkan kepastian. 

Awak.... Awak tak nampak ke? Bertahun-tahun kita terpisah dan kini kita dipertemukan semula. Apa awak tak rasa ke jodoh kita masih kuat? 
Perpisahan itu cuma lah ujian untuk kita dan kini Allah mahukan kita kembali bersama seperti dulu. Ini takdir kita, tak perlu lagi untuk awak nafikan. Apa masih tidak berbaki kah perasaan sayang dan cinta untuk saya?

Naurah Musfirah Binti Nordin, saya sangat cinta kan awak, percaya lah. Saya sanggup buat apa sahaja untuk merebut kembali cinta awak, cinta kita.

Butang ‘Send’ ditekan, harapannya menggungung mengharapkan Naurah akan membalas SMS nya. Ya dia sudah bertekad akan mempertahankan semula cinta mereka. Biar apa pun halangan, dia sanggup tempuhinya asalkan dia dapat hidup bersama dengan Naurah. Segala masalah ditolak tepi, misinya kini cuma satu, Cinta Naurah.

Tipu!!!!! Jika awak masih ingatkan saya, sayangkan saya awak takkan bertunang dengan perempuan lain. Apa awak ingat saya tak tahu segalanya tentang awak. Jika benar awak cintakan saya, awak takkan tinggalkan saya. Awak takkan biarkan saya bertunang dengan Syafiq. Awak takkan hilangkan diri, sedikit pun awak tak cari saya. Sayang kah itu? Cinta kah itu? Dasar lelaki semua sama, menipu tidak sudah-sudah! Cukup lah, saya dah penat dengan semua ini, jangan ganggu saya lagi. 



Saat telefonnya berbunyi, hatinya berbunga riang bila mendapat tahu Naurah membalas SMS nya, namun setelah dibaca, hatinya pedih. Nafas dihela perlahan, dia harus memperbetulkan keadaan. Naurah nampanya marah benar. Ya dia akui silap dia kerana pergi meninggalkan Naurah, sedikit pun tidak mengambil tahu tentang Naurah. Kerana dalam fikirannya Naurah memang tidak layak untuk dirinya. Dia tak mampu sedikan kemewahan sama sepertimana Syafiq mahupun mamanya sediakan untuk dirinya. Dia tidak mahu Naurah hidup susah bersama dengannya.

Sayang...... Sungguh saya tak tipu. Ada sebab kenapa saya bertunang dengan dia. Bukan kerana cinta, tapi kerana terhutang budi dengan ayahnya. Kerana ayahnya saya mampu mengubah nasib saya, saya mampu samakan taraf saya sama sepertimana yang mama awak mahukan. 

Saya bukan lagi pekerja buruh yang tiada apa-apa. Ini lah diri saya sekarang. Jika awak di tempat saya, mampu kah awak menolak permintaan dia? Dia yang telah saya anggap sebagai ayah?Percaya lah, hati saya hanya pada awak seorang. Demi awak Naurah, saya sanggup putuskan pertunangan ini. 

Awak pun pernah rasa bukan, bertunang dengan orang yang awak tidak cintai dan bertapa gelisahnya bila memikirkan yang awak harus berkahwin dengan orang itu. Pasti awak faham, saya alaminya sekarang ini. 

Sayang......sampai bila kita harus berkorban untuk orang lain? Dah tiba masanya untuk kita perjuangkan cinta kita. 

Entah kenapa air matanya bergenang, sayu dengan kata-kata sendiri. Namun apa yang pasti itu adalah kata-kata yang lahir dari hati.

Tidak semudah itu.....banyak hati yang akan terluka. Mungkin ini lah takdir kita, hidup untuk berkorban untuk orang lain. 

Hati gadis ini terlalu sukar untuk dilembutkan. Apa lagi yang harus dia lakukan untuk memenangi hati gadis itu kembali? Namun ada sedikit kegembiraan lahir dihatinya kerana Naurah mahu juga membalas mesej-mesejnya.

Jangan mengalah sebelum berjuang sayang..... 
Awak.... Boleh tak awak jawab telefon, saya rindu...rindu sangat-sangat dengan awak. 
Tolong lah saya....penat la nak taip mesej panjang-panjang. Please sayang........ 

♥♥ **************************************************** ♥♥
 
 
Entah kenapa SMS terakhir dari Mustaqim buatkan dia tersenyum sendiri. Terbayang-bayang wajah Mustaqim merayu kepadanya. Dia dapat merasakan keikhlasan dalam kata-kata Mustaqim.

“Pernah kah Mustaqim menipu?” bisik hati kecilnya.

Konon sanggup berjuang, sanggup buat apa sahaja tuk pertahankan cinta. Tapi taip mesej sikit pun dah penat? Huh! Kata-kata manis semata-mata. 

Selang beberapa saat setelah mesej dihantar, telefon Naurah kembali berbunyi. Mustaqim menalifonnya, entah kenapa hatinya berbunga riang. Perasaan yang telah lama tidak dia rasakan.

 “Ya Allah, apa masihkah ada ruang untuk aku bahagia bersama dia? Berikan lah petunjuk Mu.”

Naurah sempat memandang langit di balik jendela sambil berdoa.

♥♥ **************************************************** ♥♥

3 comments:

Anonymous said...

Mustaqim kena menyakinkan naurah yg dia kini betul2 ingin menjadikan naurah the only woman in his life. Ada brani?

MaY_LiN said...

suka suka

ein said...

rindu mus ngan naurah...