Wednesday, September 26, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 46

...HAPPY READING... 
♥♥ **************************************************** ♥♥
 
“ Assalammualaikum Kak Leha.....” suara nyaring dari seorang wanita membuatkan konsentrasi Mustaqim sedikit terganggu, lantas dia memalingkan kepalanya ke arah suara itu. Hati nya berbunga riang bila melihat seraut wajah yang memang sedang dinantikan saban hari.

 “ Wa’alaikumsalam, ha Zah..Nurien..lambat sampai hari ni?” Balas Kak Leha mesra.

“ Ada kerja sikit di tadika, tu yang lambat sikit. Hari ni akak masak apa? Perut saya dah berkeroncong ni.” Ujar Zah sambil memegang perutnya. Kak Leha ketawa kecil.

 “ Ada lemak ikan patin, akak ada simpankan sikit. Nurien..kenapa monyok je muka tu tak sihat?” Sedari tadi Mustaqim memasang telinga mendengar perbualan mereka, bila Kak Leha menyebut nama Nurien dengan pantas dia mengangkat muka. Mata mereka bertentangan buat seketika, Nurien cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah Kak Leha. 

“ Tak ada apa la kak, penat sikit.”

 “ Mana tak penat, buat kerja sampai lewat pagi. Tadi pun sempat dia mengigau kak.” Sampuk Zah

“ La...Nurien buat apa sampai tak tidur?”

“ Buat kertas cadangan tuk jadikan tadika tu pusat jagaan harian.”

 “ Wah..bagus tu. Tapi tidur tu kan keperluan, jangan abaikan.”

 “ Betul tu kak, saya pun puas nasihatkan dia. Eh...budak tu hari-hari ada kat kedai akak, hari ni siap bawa laptop, kertas bagai. Apa dia buat office ke kat sini?” soalan daripada Zah membuatkan Mustaqim hampir tergelak, namun ditahankan sahaja. Berpura-pura tidak mendengar.

 “ Ish kau ni Zah, aircond di tempat kerja dia rosak, katanya panas macam duduk dalam oven. Sebab tu dia tumpang sini. Eh bersembang je, sekejap ye akak ambilkan lauk.”

Kak Leha terus bangun menuju ke dapur, bila bertembung dengan Mustaqim mereka sama-sama tersenyum. Senyuman Kak Leha yang penuh makna kepada Mustaqim.

“ Wah lebarnya senyum...” sindir Kak Leha, Mustaqim sekadar tergelak kecil. Dia mula menyusun kertas-kertas yang berselerakkan dan menutup laptopnya.

 “ Dah nak balik Mus?” soal Kak Leha lagi.

 “ Ha’ah kak, ada meeting sekejap lagi. Terima kasih beri saya tumpang di sini. Saya pergi dulu ye kak, assalammualaikum.” Sempat lagi Mustaqim melemparkan senyuman ke arah Zah yang sedang terkulat-kulat memandangnya dan dalam masa yang sama Mustaqim juga sempat memandang wajah Nurien yang keruh. Kasihan melihat gadis itu, ingin sahaja dia mengapai tangan mulus itu lalu menggengamnya erat sambil membisikkan ke telinganya,

“ Everything will be alright, I’ll be there for you, always, always and always.”

♥♥ **************************************************** ♥♥
 
 
 “ Macam mana ni Nurien?”

“ Tayar bocor la Kak Zah, entah langgar apa flat terus.”

 “ Kita minta tolong orang la, ha kat depan tu ada kereta kita tahan ye,” Zah memberi cadangan.

“ Tak payah la kak, saya boleh buat sendiri.” Zah memberikan pandangan pelik ke arah Nurien.

“ Betul ke boleh? Akak pernah cuba buat, hilang separuh nafas tahu.” Tampa mempedulikan Nurien, Zah melambai-lambai ke arah kereta putih yang sedang menuju ke arah mereka. Kereta itu mulai perlahan dan berhenti, bila cermin kereta diturunkan,

“ Eh...awak ni yang buat kerja kat kedai Kak Leha tadi kan?”

“ Ye saya, apa masalah ni?” soal Mustaqim yang baru sahaja keluar dari keretanya.

“ Tayar bocor, entah apa la yang Si Nurien langgar tadi, terus flat tayar ni.” Cerita Zah bersungguh-sungguh, namun Nurien sedikit pun tidak bersuara, memandang Mustaqim pun dia tidak mahu.

“ Benci sangat kah awak dengan saya?” Mustaqim bermonolog sendiri. Hatinya sedikit terguris.

“ Mari saya lihat,” Mustaqim menolak tepi perasaannya, lalu membelek tayar yang pancit.

“ Tak payah susah-susah la, saya boleh betulkan sendiri.” Tiba-tiba Nurien bersuara di tangannya sudah pun memegang peralatan menukar tayar.

 “ Boleh ke?” soal Mustaqim kurang yakin.

“ Apa awak ingat perempuan tak boleh ke buat kerja-kerja macam ni.” Balas Nurien dengan angkuh. Dia mula meletakkan jack dibawah kereta dan kemudiannya terpinga-pinga tidak tahu tindakan apa yang seterusnya. Tindakan bodoh sombong Nurien itu membuatkan Mustaqim tertawa sendiri.

“ Kalau salah letak jack tu, boleh kemik kereta awak tahu. Sudah-sudah la tu, biar saya yang buat.” Mustaqim memulakan tugas dengan penuh teliti dan pantas sehinggalah tayar yang bocor itu dikeluarkan.

 “ Besarnya besi, tengok ni.” Mustaqim menunjukkan besi yang berbentuk L melekat di tayar.

 “ Kena ganti tayar baru la kan?” soal Zah.

 “ Nampak gaya macam tu la, lagi pun tayar ni pun memang dah patut diganti. Tak mengapa, biar saya gantikan dengan tayar simpanan dulu. Lepas ni boleh la dibawa ke bengkel.”

“ Ni semua awak punya pasal. Besi ni mesti dari tapak projek awak tu.” Tuduh Nurien.


 “ Nampak gayanya memang betul apa yang awak katakan tu. Saya pun cam dengan bentuk besi ni. Tak mengapalah, biar saya yang gantikan tayar awak tu sebagai tanda maaf.” Mustaqim masih berlembut. Mustaqim kebali ke bonet kereta untuk mengeluarkan tayar simpanan,

 “ Maafkan saya, di mana awak simpan tayar spare?” soal Mustaqim.

“ Hai...takkan tempat tayar spare pun awak tak tahu, tadi tunjuk terror sangat.” Sindir Nurien, dia segera ke belakang dibontoti Zah. Saat Nurien menyelak alas bonet kereta itu, didapati tempat simpanan tayar kosong.

“ Allah.....akak saya lupa la nak letakkan semula tayar tu. Kelmarin basuh kereta, kemas bonet sekali. Ish macam mana boleh terlupa ni?” Nurien menepuk-nepuk dahinya. Terbayang-bayang tayar kereta tersandir di dinding rumahnya. Bila dia terperasankan Mustaqim sedang tersenyum sinis, serta merta wajahnya merona merah, malu dengan kata-katanya kepada Mustaqim sebentar tadi.

“ Aduh....macam mana ni Nurien?” Zah mengeluh kesah.

“ Tak apa, saya dah panggil orang dari bengkel datang bawa kereta ni ke bengkel, dalam lima belas minit sampai lah. Jangan risau ye.”

“ Nasib baik la encik ada, terima kasih banyak-banyak ye.” Ucap Zah.

“ Panggil saya Mus cukup. Mari la duduk dalam kereta saya dulu, sementara nak tunggu lori sampai, sejuk sikit. Panas sekarang ni.” Pelawa Mustaqim.

“ Oh..terima kasih la Mus, akak memang tengah panas ni. Eh Nurien mari lah,” ajak Zah.

“ Tak mahu lah, biar la saya tunggu di sini, di neraka nanti lagi panas.” Nurien masih berdegil. Mustaqim mengeluh perlahan.

 “ Apa la dosa saya sampai awak benci sangat dengan saya ni, suka hati awak lah.” Belum sempat Mustaqim melangkah, lori pun tiba. Mustaqim tidak bercakap langsung dengan Nurien sehingga lah keretanya siap berada di atas lori dan bersedia tuk di bawa ke bengkel.

“ Jadi sekarang macam mana, awak nak ikut saya ke? Atau awak nak pergi sendiri. Maklum lah kereta saya tu buruk, mana la layak dengan orang yang macam awak ni.” soal Mustaqim berbaur sindiran.

“ Ikut lah, buatnya apek tu bawa lari kereta saya, siapa nak jawab.” Balas Nurien.

“ Kalau macam tu, jemput la naik.” Nurien tiada pilihan, dia akur. Hatinya masih sakit dengan sindiran Mustaqim bertambah sakit bila melihat Zah sudah pun terlelap di dalam kereta Mustaqim.

♥♥ **************************************************** ♥♥
 
 
 “ Naurah......”

Naurah memalingkan wajahnya bila terdengar suaranya dipanggil. Keadaan jalan yang agak sesak dengan kenderaan sedikit pun tidak mengganggu pendengarannya. Namanya sangat jelas kedengaran di telinganya. Saat mata bertentangan, hatinya girang tidak terkata, orang yang sangat dirindui kini berada di hadapan mata.

 “ Mama......!!” jerit Naurah. Dia melihat mamanya sedang melambai-lambai tangan ke arahnya beserta dengan senyuman.

 “ Tunggu...mama datang.” Naurah sekadar mengangguk. Senyuman masih lagi tidak lekang dibibirnya.

 Toonnnneeeee................ bunyi hon dari sebuah trailer membuatkan dia tersentak.

 “ Mama......!!!!!!!!!!!!” dengan sekelip mata tubuh mamanya melambung ke udara saat trailer yang sarat berisi muatan itu melanggarnya.

“ Mama.....!!!!!!!!!!!!” air matanya mula mengalir, dia ingin segera mendapatkan mamanya. Kereta yang bertali arus tidak dihiraukannya. Air matanya menitis lagi bila melihat tubuh mamanya terkulai ditepi jalan. Segara dia memangku kepala mamanya.

“ Mama.....jangan tinggalkan Naurah...mama.....Naurah minta maaf. Mama...bangun...bangun ma...” Naurah terus mengoncangkan tubuh mamanya, dengan pandangan yang sayu, mamanya mengusap lembut kepalanya dan akhirnya tubuh mamanya menjadi kaku tidak bernyawa.

“ Mama....!!!!!!!!!!” jerit Naurah.

“Astagfirullahhaiazim.......” berdebar-debar dadanya, nafasnya juga seakan tersangkut. Terasa seolah-olah rohnya ditarik secara kasar masuk kembali ke jasadnya. Berkali-kali Naurah meraup wajahnya yang basah dek peluh. Dia menoleh kiri dan kanan bagi memastikan dia berada di mana. Setelah mendapati dia berada di atas sofa di ruang tamu rumahnya, Naurah melepaskan nafas kelegaan. Bersyukur kerana dia hanya bermimpi.

 “ Mama....” ucapnya perlahan, secara tiba-tiba sahaja sisa air mata pada mimpinya sebentar tadi mengalir. Sejak akhir-akhir ini mamanya sering hadir di dalam mimpinya dan mimpinya kali ini paling teruk. Terbit rasa bimbang di hati. Ingin sahaja dia menalifon rumah untuk bertanyakan keadaan mamanya namun niatnya dibatalkan.

“ Sampai bila nak macam ni Naurah? Memang mama banyak buat salah, tapi Naurah kena ingat sejahat-jahat seorang ibu, seburuk-buruk seorang ibu, dia tetap ibu kita, dia yang melahirkan kita, syurga kita terletak di bawah telapak kaki dia Naurah.” Perbualan antara dia dan Pak Said tempoh hari kembali menerjah ingatan.

“ Naurah tahu tu, tapi..entah lah Naurah masih belum bersedia. Kenapa abah kata macam ni, dah tak sudi ke terima Naurah dalam keluarga abah?” Lirih sahaja suaranya. Selepas kejadian Syafiq dan Fika ditangkap khalwat, dia terus keluar daripada rumah membawa diri. Baginya sudah tiada apa lagi yang tinggal di situ, yang ada hanyalah kenangan pahit. Dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dari satu Negara ke Negara yang lain. Kecewa, ya dia sangat kecewa dengan mamanya, kerana itu sebolehnya dia mahu berada jauh dari mamanya.

 Dia sudah terlalu penat dengan seribu satu masalah yang melanda dirinya. Dia ingin mencari ketenangan, mulakan hidup yang baru. Namun ketenangan yang dicari sedikit tercalar bilamana dia mendapat tahu mamanya sentiasa menjejaki dirinya. Semakin mamanya mencari dirinya, semakin jauh dia pergi sehinggakan dia sanggup menukar namanya supaya tidak dijejaki.

Seolah-olah faham dengan mesej yang Naurah sampaikan, mamanya tidak lagi menghantar penyiasat persendirian untuk menjejaki dirinya. Ketika itu baru lah dia benar-benar mendapat ketenangan, berbekalkan dengan nama yang baru, Naurah kembali semuala ke Malaysia dan menumpang kasih dengan keluarga Pak Said, bekas pemandu keluarganya. Merasa juga dia hidup berkeluarga punyai emak dan abah serta adik-adik Nabil dan Nabilah. Dia tahu mamanya masih lagi mencari dirinya, mengambil tahu tentang dirinya. Seminggu sekali mamanya akan menalifon Pak Said bertanyakan keadaan dirinya. Ya dia tahu, tapi kali ini dia sudah penat berlari, biar lah.

 “ Bukan macam tu Naurah, Naurah dah macam anak abah sendiri. Abah rasa tak ada salahnya kalau abah memberi nasihat pada anak abah betul?” Naurah mengangguk perlahan mengiyakan kata-kata Pak Said.

“ Naurah dah cukup matang untuk bezakan mana betul mana salah. Naurah fikir lah apa yang abah katakan ini. Tak kasihan ke pada mama lalui hari tuanya bersendirian. Sudah la tiada suami, anak pun melarikan diri. Memang dia pernah buat salah suatu ketika dulu, tapi siapa lah kita untuk menghukumnya? Serahkan sahaja pada Allah. Kita sebagai anak wajib berbakti pada ibubapa kita. Mahukah Naurah digelar anak derhaka?” hati Naurah tersentap dengan perkataan anak derhaka.

“ Derhaka kah aku?” Dia bertanya pada dirinya sendiri. Naurah menghela nafas panjang. Separuh daripada hatinya memang ingin bertemu dengan mamanya, namun seperti ada yang menghalang untuk dia melaksanakan niatnya.

 “ Jangan tunggu lama-lama Naurah, pergi la jumpa dengan mama selagi masih ada hayatnya. Takkan bila tubuh mama dah terbujur kaku baru Naurah nak datang? Saat itu semuanya dah terlambat, menangis air mata darah sekali pun mama Naurah takkan hidup kembali dan Naurah akan menyesal seumur hidup, itu kah jalan hidup yang Naurah mahu kan?” Naurah mengeluh lagi kata-kata Pak Said bagaikan pita rakaman. Kata-kata itu berulang kali bermain di benaknya.

 Naurah meraup wajahnya, rambutnya yang panjang melepasi bahu dikumpulkan lalu diikat. Perlahan-lahan dia bangun dan mengatur langkah menuju ke bilik air. Tanggungjawabnya kepada Allah masih belum diselesaikan waktu maghrib semakin hampir ke penghujungnya. Selesai solat maghrib, dia sempat membaca Al-Quran sehinggalah masukknya waktu isyak. Dia tidak berlengah terus sahaja menunaikan solat isyak. Dia kembali memperoleh ketenangan, kepada Allah dia meluahkan segala-galanya, air mata bertali arus mengalir tidak dihiraukannya. Ketika itu Naurah merasakan hanya ada dia dan Allah.

♥♥ **************************************************** ♥♥
 


0192633312


Berkerut dahi Naurah melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Hatinya tertanya-tanya siapa? Panggilan itu dibiarkan tidak berjawab dan tidak lama selepas itu sekali lagi telefonnya berbunyi dan panggilan itu dari nombor yang sama.

“ Hello.....” ucap Naurah teragak-agak.

 “ Assalammualaikum........”

Saat dia mendengarnya, suara itu terus menusuk ke hatinya. Dia mula rasa tidak keruan.



♥♥ **************************************************** ♥♥ 
 
 Milik siapa kah suara itu....??

2 comments:

MaY_LiN said...

tu mus!!!!
yeay!!!

kail said...

Mus....