Friday, August 10, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 44

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

“ Hoi perempuan tua tak sedar diri. Dah tua ganyut macam ni ada hati nak rampas tunang orang!!” Dhiera meluru mendapatkan Mustaqim dan Zalia lalu menghamburkan kemarahannya. Mustaqim terkejut dengan kehadiran Dhiera. Malu! Ramai mata yang memandang ke arah meraka.

“ Dhiera..!! apa semua ni? You better watch your mouth!” giliran Mustaqim pula menengking Dhiera. Zalia yang sedari tadi lemah terus pengsan bila diherdik Dhiera. Dhiera menjadi kaku bila melihat Zalia pengsan. Hilang semua marahnya. Pemandu Zalia dan Rohaizad meluru mendapatkan Zalia yang sudah terkulai di dalam rangkulan Mustaqim.

“ Rohaizad, tolong tengok-tengokkan Puan Zalia.” Arah Mustaqim, tangan Dhiera ditarik kasar menuju ke keretanya. Hatinya panas, darahnya mendidih dengan kelakuan Dhiera. Dhiera cuba meronta, namun rontaan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Mustaqim, Dhiera terus diheret. Mahu atau tidak Dhiera akur, tubuh kecilnya terhenyak dikerusi kereta saat Mustaqim menolaknya ke dalam kerata.

Kereta Mustaqim berderum laju membelah jalan. Dhiera hanya membatukan diri, memandang muka Mustaqim pun dia tidak berani ini kan pula bersoal jawab. Dia sedar dia salah bertindak, bertindak secara melulu tampa usul periksa. Tapi hati wanita mana yang tidak panas bila melihat tunang sendiri berpelukkan dengan wanita lain? Lama membatukan diri, Dhiere cuba mengangkat muka bila dia rasakan kereta yang dipandu Mustaqim semakin lama semakin laju. Membulat matanya bila dia melihat jarum meter semakin bergerak ke kanan dan terus ke bawah, kereta yang dipandu Mustaqim semakin laju dan laju. Dhiera mula kecut perut.

“Abang.....abang dah gila ke bawa kereta ni laju-laju...?” soal Dhiera, cemas.

“ Ye....memang aku dah gila! Aku gila dengan perangai kau! Biar kita mati sama-sama, masuk kubur sama-sama. Baru puas hati kau kan??” jerit Mustaqim. Saat itu hanya kemarahan sahaja yang menguasai diri.

Dhiera mula menangis, kecut perut dengan cara pemanduan Mustaqim yang sangat bahaya. Wajah ayah dan emaknya mula terbayang-bayang di kepala.

“Abang...tolong lah. Dhiera merayu pada abang tolong lah perlahankan kereta ni...tolong lah bang.Dhiera tak mahu mati. Dhiera minta maaf...maafkan lah Dhiera...abang....” Mengongoi-ngongoi Dhiera menangis mohon simpati pada Mustaqim.

Tubuhnya dipeluk erat matanya dipejam rapat, ngeri apabila Mustaqim cuba memotong kereta-kereta yang lain yang menghalang perjalanannya dalam masa yang sama air matanya tidak henti-henti mengalir. Perasaan yang takut teramat sangat menyelubungi diri, hatinya tertanya-tanya adakah ajalnya sudah tiba?.

Lama kelamaan Dhiera dapat rasakan kereta mula bergerak perlahan dan berhenti. Cepat-cepat matanya dibuka semula. Tidak tahu di mana dia berada sekarang, yang pastinya kereta Mustaqim berhenti di bahu jalan dan dia dapat melihat sebuah tasik ataupun bekas lombong yang terbentang luas. Pohon-pohon rimbun yang menghijau beserta air yang tenang membuatkan hati Dhiera sedikit tenteram. Mustaqim pula menyandarkan tubuhnya, tangannya masih kejap memegang stereng kereta dan dadanya masih lagi turun naik menahan marah.


“Arghhhh!!!” jerit Mustaqim sekuat hati. Tangannya dihentakkan ke stereng dengan kuat. Dhiera tersentak, terkejut dengan jeritan Mustaqim. Sepanjang perkenalannya, dia tidak pernah melihat Mustaqim semarah ini. Benar dia sering dimarahi Mustaqim atas sikap kebudak-budakkannya,tapi bukan dengan cara yang begini.

“ Kenapa Dhiera? Kenapa buat abang macam ni?” soal Mustaqim. Suaranya mulai kendur dan dia sudah mula membahasakan dirinya abang, bukan lagi ber aku dan kau.

“ Kenapa Dhiera langsung tak mahu faham, kenapa Dhiera masih lagi buat perkara-perkara yang abang tak suka? Kenapa Dhiera perlu malu kan diri sendiri di depan boss abang? Dihadapan orang ramai? Apa Rohaizad tak cerita ke kenapa abang terpaksa minta dia temankan Dhiera?” soal Mustaqim lagi. Dhiera hanya tunduk ke bawah.

“ Abang dah tak larat lah dengan semua ni.” Mustaqim melepaskan keluhan berat. Membuntang mata Dhiera bila mendengar kata-kata Mustaqim. Hatinya yang sedikit tenang kembali berkocak.

“ Apa maksud abang?” giliran Mustaqim mendiamkan diri, sengaja dia ingin berikan ruang kepada Dhiera untuk fikirkan apa yang cuba dia sampaikan.

“Apa maksud abang!” ulang Dhiera dengan nada yang sedikit tinggi. Suaranya sedikit bergetar. Hatinya bimbang, bimbang apa yang dia fikirkan menjadi kenyataan.

“ Dhiera pun tahu kan apa perasaan abang yang sebenarnya terhadap Dhiera. Sebelum kita bertunang lagi abang dah jelaskan sejelas-jelasnya kepada Dhiera tentang keadaan kita yang sebenar. Entah la Dhiera, abang penat sangat dengan ni semua.” Dhiera mula resah, tidak senang duduk jadinya.

“ Tak! Tak! Abang tak boleh buat macam ni. Tak! Dhiera tak boleh kehilangan abang, Dhiera cintakan abang. Abang nyawa Dhiera, Dhiera tak boleh hidup tampa abang. Tolong abang...tolong Dhiera merayu jangan tinggalkan Dhiera. Dhiera janji, Dhiera akan berubah, Dhiera akan cuba faham abang. Tolong jangan tinggalkan Dhiera.” Dhiera memaut tangan Mustaqim kejap, merayu jangan tinggalkan dirinya.

Ya dia sedia maklum akan perasaan Mustaqim terhadapnya. Ikatan pertunangan ini dijalinkan tampa rasa cinta. Yang ada cuma la rasa tanggungjawab, rasa terhutang budi yang tidak terhingga terhadap bapanya. Namun dia tidak begitu. Lelaki itu sudah lama berada di hatinya sejak dia masih di bangku sekolah lagi. Takkan ada lelaki lain yang mampu mengantikan tempat Mustaqim di hatinya. Sedikit pun dia tidak kisah akan perasaan sebenar Mustaqim terhadapnya, yang dia tahu Mustaqim akan menjadi miliknya dan dia pasti Mustaqim akan mencintai dirinya satu hari nanti.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Setelah mendapat rawatan dari doktor peribadi keluarganya, Zalia hanya tidur. Namun dia sempat bangun, mandi, makan dan solat dan kemudiannya dia tertidur semula hingga la waktu menganjak ke malam dan sebaik sahaja dia bangun, tubuhnya yang lemah kini terasa sedikit segar. Segera dia menunaikan solat Maghrib yang hampir tamat waktunya. Usai solat dia kembali merebahkan dirinya, kejadian petang tadi mula menerjah fikirannya.

Zalia mula resah, sekejap-sekejap dia berkalih ke kiri dan juga kanan. Dia malu, malu yang teramat sangat dengan Mustaqim dan dengan semua orang yang menyaksikan pertengkaran dia dengan seorang gadis muda yang telah menuduhnya ada hubungan dengan tunangnya. Kepalanya yang sedari tadi berat tidak mampu lagi menerima kata-kata gadis muda itu, lantas dunianya dirasakan gelap. Sedar-sedar dia sudah terbaring di atas katil.

Dia tertanya-tanya apa lah orang lain fikirkan tentang dirinya nanti. Seumur hidupnya dia tidak pernah di hina dengan seteruk itu sekali. Mujurlah ketika itu dia tidak berdaya, sekiranya dirinya sihat sudah lama tangannya melayang ke wajah putih gebu itu. Baru setahu jangung sudah pandai memaki hamun orang tampa usul periksa. Memang itu lah kepantangannya, dia tidak gentar sekiranya dia berada di pihak yang benar. Hatinya kembali sakit saat teringatkan wajah gadis itu.

“ Puan........” lamunannya terhenti apabila melihat Mak Diha berdiri di pintu biliknya, dengan sepenuh daya dia cuba bangun. Mak Diha lantas mendapatkan Zalia lalu membantu Zalia untuk bangun.

“ Puan dah sihat, nak makan tak, saya boleh bawakan ke atas.” soal Mak Diha.

“ Tak mahu la, kenyang lagi. Waktu Isyak dah lama masuk dah ni, biar saya solat dulu. Kalau saya lapar nanti saya sendiri cari makan di dapur.”

“Tak apa ke puan, puan tak sihat lagi ni. Puan minta saja lah pada saya, nanti saya bawakan ke sini.” Mak Diha bimbang.


“ Saya dah ok Mak Diha.” Zalia memandang Mak Diha sambil tersenyum cuba menyakinkan Mak Diha yang dirinya sudah sihat. Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil dari bawah. Zalia bingkas bangun meluru keluar dari biliknya. Kepalanya dijenguk sedikit ke bawah.

“ Ada apa Eman?” soal Zalia kepada pemandunya.

“ Encik Mustaqim ada di luar nak jumpa dengan puan, boleh ke?”

Bagaikan ada satu aura yang luar biasa bila dia mendengar nama Mustaqim disebut. Hatinya menjadi girang, dia sendiri tidak faham dengan perasaan itu. Sedangkan tadi dia sangat marah dengan Mustaqim. Marah kerana Mustaqim tidak pernah bercerita yang dia sudah bertunang.

“ Eh..jemput lah dia masuk. Minta dia tunggu sekejap ye, saya nak solat Isyak sekejap. Mak Diha tolong buatkan air tuk staff saya tu.” Melebar senyumannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Dhiera.....Dhiera...” laungan Husna dari luar bilik langsung tidak diendahkan. Setelah Mustaqim menghantar dia pulang, dia terus memerap di dalam bilik.

“ Dhiera...”

Dhiera memalingkan wajahnya saat bahunya disentuh lembut. Sempat dia mendongak melihat wajah Husna yang berdiri di sisinya. Tanpa berkata apa-apa tubuh Husna dipeluk erat. Dhiera menangis semahunya, meluahkan segala rasa kesakitan di hati. Husna mengusap kepala Dhiera perlahan. Dia sudah dapat mengagak pasti kawannya bergaduh lagi dengan tunangnya.

“ Apa dah jadi ni Dhiera, cuba cerita.” Soal Husna.

“ Dia...dia nak tinggalkan aku Husna.” Tangisan Dhiera semakin menjadi-jadi.

Husna melepaskan pelukan Dhiera. Wajah kawannya ditatap lama. Rasa simpati yang menggunung bila melihat wajah Dhiera yang keruh, matanya yang bengkak dek kerana terlalu banyak menangis. Dia tidak pernah faham dengan Dhiera, kenapa lelaki yang sering buatkan dia menangis, memendam rasa itu juga la yang dia tunggu. Walhal, masih ramai lagi lelaki yang baik diluar sana yang boleh berikan kebahagian buat Dhiera.

“ Dia buat apa pada kau? Dia ada pukul kau ke?” Laju sahaja Dhiera menggeleng, kejadian petang tadi diceritakan satu persatu sambil disulami dengan deraian air mata Dhiera yang tidak putus-putus keluar dari tubir matanya. Husna hanya mampu mengeluh berat.

“ Dhiera, lepaskan saja lah Mus tu. Dia tak cinta kan kau. Cari lah lelaki lain yang betul-betul cintakan kau, menghargai diri kau. Kau takkan tersiksa macam ni.” Nasihat Husna.

Pantas Dhiera mengeleng-gelengkan kepalanya lagi, tidak boleh menerima kata-kata Husna. Mustaqim adalah segala-galanya bagi dirinya, takkan mungkin dia akan membiarkan hubungan ini putus. Sudah lama dia menanti, sudah lama dia bersabar untuk memiliki Mustaqim, masakan semudah itu untuk dia lepaskan. Tidak! Husna hanya mampu mengeluh dengan kedegilan Dhiera.

“ Kau tahu kan macam mana perasaan aku pada dia?” Soal Dhiera.

“ Aku tahu, aku faham sangat Dhiera. Tapi sampai bila la kau nak tersiksa macam ni? Ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Sedar lah Dhiera, masih ramai lagi yang sayangkan kau.”

“ Tak!!! Aku sanggup buat apa saja tuk terus bersama dengan dia. Aku tak peduli, kalau aku kena mati sekali pun, aku sanggup!” terkejut besar Husna dengan kata-kata Dhiera.

Dhiera terlalu obsess dengan Mustaqim, sehinggakan mula hilang pertimbangan. Husna beristigfar beberapa kali di dalam hati. Husna duduk di sisi Dhiera, rambutnya yang sedikit kusut itu diusap perlahan.

“ Macam ni lah Dhiera. Kalau betul kau nak sangat dengan Mus tu, kau yang kena beralah. Kau tak boleh buat perangai macam ni, ikut rasa hati kau je. Kau kena la ikut rentak dia pula, kalau kau kekal macam ni sampai bila-bila pun Mustaqim takkan mahukan kau.”

“ Apa yang harus aku buat Husna?”

“ Simple, kau jangan buat perkara yang dia tak suka. Kau mesti tahu kan apa yang dia suka dan tidak? Cuba la kau faham dia walaupun dia tak pernah nak faham kau. Cuba pikat dia dengan perkara yang dia suka. Bila nampak kau dah berubah, dah matang, dah boleh memahami diri dia mungkin lepas itu perasaan dia pada kau akan berubah.”


Air mata yang masih berbaki di tubir mata Dhiera diseka perlahan. Sebuah senyuman terukir di bibir mungilnya. Cadangan Husna seolah-olah telah meresap di sanubarinya lantas membangkitkan semangatnya untuk terus berjuang mendapatkan cinta Mustaqim.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa walaupun Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. (^_^)

Nanti kita sambung lagi yupp.....dah siap draft dah...jumpa minggu depan (^_^)

2 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
bila mus nak jmp naurah ni..
aiseh..
tamo la mama naurah ngan mus..
xsesuai..

ein said...

huih firstly... slmt berpuasa n slamat hr raya...

rindu sgt kat naurah... bile mus nak jumpa naurah... cantum kan semula yg terputus...

seriau lah kalo ngan zalia

kami nak naurah ngan mus gakkkkk....