Wednesday, May 30, 2012

AKU,DIA & TZM - PART 40

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Kereta Ford Harrier putih milik Mustaqim berhenti betul-betul di hadapan rumah Yassir. Isteri dan anak-anak Ali turun terlebih dahulu diikuti pula dengan Ali.

“ Kau tak nak masuk ke?” soal Ali sebelum keluar dari kereta Mustaqim.

“ Eh...masuk la bang. Saya nak parking sekejap.”

“ Macam teragak-agak je, risau Yassir marah?” Mustaqim menggeleng perlahan.

“ Tidak la, abang masuk la dulu.” Mustaqim cuba berdalih.

“ Iya lah, jangan risau la takkan si Yassir tu nak makan kau pula.”

Mustaqim mengngguk, di kiri kanan jalan berhadapan rumah Yassir penuh dengan kereta. Ramai tetamu yang datang, perlahan-lahan dia memandu mencari ruang untuk memakir keretanya. Dia sempat mencapai sebuah bag kertas sebelum keluar. Setibanya di hadapan rumah, Mustaqim disambut mesra oleh Yassir. Ceria sungguh wajah Yassir sebaik sahaja kelibat Mustaqim mula kelihatan. Sedikit sebanyak hatinya berasa lega. Tangan lelaki itu dikucup penuh hormat.

“ Ingatkan kau tak datang tadi,” sapa Yassir. Mustaqim sekadar tersenyum sambil matanya liar mencari seseorang.

“ Kau cari siapa? Kalau Aniq ada di hujung sana sama-sama dengan kawan dia, kalau cari Dhiera dia ada di dapur sediakan makanan untuk tetamu.” Panjang lebar cerita Yassir. Mustaqim jadi kelu untuk berbicara panjang dengan Yassir, dia sendiri tidak tahu kenapa.

“ Mari lah duduk dulu, kita berbual. Lama betul aku tak jumpa dengan kau. Apa cerita sekarang, kerja kau ok?” soal Yassir lagi.

“ Maaf bang, busy sikit. Kerja macam tu la, makin banyak lagi-lagi bila En Saifullah bercuti untuk menunaikan haji.”

“ Apa la yang nak dimaafkan, aku faham. Cuma kau cuba la fahamkan anak dara aku tu, makan hati dah dengan kau. Jiwa muda macam tu la Mus, kalau kata aku, nasihat aku sikit pun dia tak mahu dengar, asik menganjal je. Kata dia je yang betul, sebab tu aku pilih kau tuk menjaga dan mendidik dia.” Mustaqim merenung mata Yassir dalam, dia benar-benar meletakkan harapan yang tinggi pada Mustaqim.

“ Insya’Allah bang, saya akan cuba yang terbaik.”

Perbualannya terganggu bila terlihat kelibat Dhiera keluar daripada rumah sambil menatang dulang berisi kuih. Manis sahaja gadis itu, tapi gadis itu masih tidak berjaya mencuri hatinya.

“ Dah pergi la pada dia, lama dah dia tunggu tu.” Ucap Yassir sambil ketawa. Mustaqim mengangguk dan terus mendapatkan Dhiera. Langkahnya terhenti bila tangannya dipaut Aniq.


“ Uncle Mus....mana hadiah Aniq” kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun itu tidak segan silu meminta hadiahnya. Mustaqim mengusap kepala Aniq lembut sambil mengeluarkan sebuah kotak berbalut dengan pembalut hadiah lalu dihulurkan kepada Aniq.

“ Yeay..!! terima kasih Uncle Mus. Tapi ini je ke? Kan ada lagi kat dalam beg tu?” Aniq menjuihkan bibirnya.

“ Ini untuk Mak Su Aniq.”

“ La...bukan birthday Mak Su, kenapa dapat juga?”

“ Masa birthday Mak Su, Uncle Mus tak bagi hadiah, sebab tu Uncle Mus bagi hari ni.” Aniq mengangguk perlahan, gayanya seperti ingin menyoalnya lagi.

“ Aniq....cepat kawan-kawan dah tunggu nak potong kek..” jerit Dhiera dari jauh.

“ Ok ! jom la Uncle Mus....” Aniq menarik-narik tangan Mustaqim. Mustaqim akur dan terus berdiri disebelah Dhiera dan sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk Aniq, tampa mereka sedar Yasmin dari jauh sedang memerhatikan mereka berdua.

Usai acara memotong kek, Dhiera dan Mustaqim pergi ke satu sudut yang agak jauh dari tetamu.

“ Terima kasih....” ucap Mustaqim sebaik sahaja Dhiera meletakkan sepotong kek di hadapannya.

“ Hmm...sama-sama.” Jawab Dhiera pendek, dari nada percakapan Dhiera, Mustaqim faham Dhiera masih merajuk dan kali ini dia benar-benar minta dipujuk. Tidak seperti selalu setiap kali Dhiera merajuk pasti dia akan pujuk dirinya sendiri. Mustaqim tidak akan peduli sekiranya rajuknya itu tidak munasabah.

“ Dhiera marah abang lagi?”

“ Dhiera marah ke tak ada bawa apa-apa perbezaan pada abang ke?” Mustaqim tersenyum sekilas.

“ Ok lah maafkan abang sebab marahkan Dhiera kelmarin.”

“ Bukan kelmarin.....dua bulan yang lepas!” Dhiera meninggikan sedikit suaranya. Baginya peluang sebegini tidak boleh di sia-sia kan. Bukan mudah untuk menghamburkan kemarahan kepada Mustaqim, silap kata akan memakan dirinya sendiri. Lelaki sebijak Mustaqim memang payah untuk dijinakkan.

“ Ok..ok...maafkan abang. Masa tu abang tengah serabut banyak sangat kerja.”

“ Ala....bila la masanya yang abang tak sibuk? Cuba bagi tahu pada Dhiera?” Mustaqim menongkat dagunya, wajah Dhiera direnungnya lama.

“ Untuk masa depan kita juga kan?” jawab Mustaqim pendek, dia sudah kehilangan akal untuk memujuk Dhiera.

“ Ni untuk Dhiera, abang beli kat JB hari tu, harap Dhiera suka la.” Mustaqim menghulurkan sebuah kotak kepada Dhiera. Dhiera kelihatan teruja. Cepat-cepat dia membuka kotak yang bersaiz selebar kertas A4. Ada beberapa bungkus coklat Cadburry dan juga ada sebuah lagi kotak kecil bersama-sama dengan coklat tersebut.


“ Wah banyaknya coklat, abang nak suruh Dhiera gemuk ke?” soalnya dalam nada teruja. Mustaqim sedia maklum coklat adalah kegemarannya, tapi tidak tahu Dhiera sukakan yang mana. Maka setiap satu jenis coklat Cadburry itu dibeli.

“ Selama ni Dhiera makan coklat jadi gemuk ke?” Mustaqim menyoal kembali.

Dhiera tidak mempedulikan soalan balas dari Mustaqim, kotak kecil itu dicapai dan terus dibuka. Saat kotak itu dibuka, dia terlihat seutas rantai emas putih dan punyai kalung berbentuk huruf D dihiasi pula dengan beberapa butir berlian di atas huruf tersebut. Mata Dhiera mula berkaca.

“ Abang..cantiknya...” Mustaqim tersenyum lagi. Idea Rohaizad sangat bernas. Rohaizad yang mencadangkan agar dia membelikan rantai ini untuk Dhiera. Terima kasih Rohaizad! Ucap Mustaqim di dalam hati.

“ Suka?” Dhiera mengangguk-anggukkan kepalanya.

“ Bagus la tu...nanti Dhiera pakai ye.”

“ Abang tak mahu pakaikan?” Riak wajah Mustaqim berubah sedikit,

“ Tak manis dipandang orang, kan ramai kat sini. Walaupun kita dah tunang tapi tak semestinya kita boleh buat apa sahaja yang kita suka.” Mustaqim sudah memulakan syarahannya.

“ Ok..ok..Dhiera faham. Apa pun terima kasih.” Sengaja Dhiera mematikan kata-kata Mustaqim. Tidak tahan telinganya untuk mendengar bebelan Mustaqim. Dia tidak mahu merosakkan moodnya.

Tampa mereka sedari, dari jauh gelagat mereka diperhatikan oleh Yasmin. Memang lah senang hatinya melihat Mustaqim melayan Dhiera dengan baik, malah bertambah-tambah senang bila melihat Dhiera tersenyum dan ketawa. Namun dari gerak geri Mustaqim, dia dapat membaca apa yang bergolak di hati anak muda itu.

Apa nasib anak aku nanti? Hatinya berbisik.

♥♥ **************************************************** ♥♥


“ Mus....malam ni awak free tak?” soal Datuk Karim dari corong telefon.

“ Free juga, ada apa?” soal Mustaqim kembali.

“ Boleh tak datang ke rumah saya, ada beberapa dokumen yang saya nak serahkan pada awak untuk di bawa ke Johor nanti. Esok saya nak ke Jakarta sampai minggu depan, nak singgah office mana ada orang kerja hari minggu yer tak?” Datuk Karim ketawa kecil.

“ Insya’Allah boleh, lepas Isyak saya sampai.”

“ Molek sangat la tu, boleh makan malam sekali di rumah saya. Menantu saya masak sedap tau, boleh buatkan kita makan berpinggan-pinggan.” Bila mendengar perkataan menantu, hati Mustaqim terasa pedih, sangat pedih.

“Naurah itu milik aku..bukan milik anak kau!” jerit Mustaqim dari dalam hati.

“ Kalau macam tu malam nanti kita jumpa. Tak sabar saya nak merasa masakkan menantu datuk.”

“ Hahahah...iya lah. Assalammualaikum.” Datuk Karim mematikan talian. Mustaqim termenung sendiri sambil membayangkan wajah Naurah.

“ Kita akan bertemu malam ni sayang. Bertahan lah, akan ku bawa kau keluar dari neraka itu tidak lama lagi dan kita akan bersatu, bersatu semula. Orang-orang yang dah buatkan kita merana akan mendapat pembalasannya. Sabar ya sayang.”


♥♥ **************************************************** ♥♥

dapat kah Mustaqim bertemu dengan Naurah? nantikan episod seterusnya ya... (^_^)

2 comments:

MaY_LiN said...

nak naurah ngan mus

kail said...

sokong-sokong.... undi Naurah ngan Mus tak nak org lain