Thursday, October 13, 2011

HEY DIELYLA - PART 7


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Aku dan Zaara adik beradik, itu la kenyataan yang harus aku telan. Pertemuan dengan Datuk Azmi petang tadi benar-benar buatkan aku…….. argh..!! aku tak tau nak kata apa.

Menurut dia, dia dan mak tak pernah bercerai. Tapi nenek kata lain, nenek kata ayah aku dah ceraikan mak dan kawin dengan perempuan lain.

Menurut dia, nenek menjadi punca utama perpisahan mereka. Nenek memang tak suka kan dia. Tekanan demi tekanan yang nenek berikan pada mak, sehinggakan mak meroyan selepas melahirkan Zaara. Ya Zaara, adik kandung aku..!!

Nenek larikan mak dengan aku, dan tinggalkan Zaara bersama dia. Dia pernah cari aku dengan mak, tapi nenek langsung tak benarkan dia jumpa dengan kami. Tapi nenek cerita lain, katanya ayah aku tak pernah cari kami.

Dalam diam, aku akui ada benarnya cerita Datuk Azmi.Aku masih ingat ada seorang lelaki datang rumah kami, tapi dihalau nenek. Esoknya kami berpindah ke tempat lain. Nenek oh nenek…kenapa la nenek buat macam ni.

Patutla bila aku kata aku ingin ke KL sambung belajar, mati-mati nenek tak bagi.Aku ikut keras kepala aku, aku pergi juga. Apa aku nak buat kat kampung tu, hujung negeri pula tu.

Rupa-rupanya ini la hikmahnya.

Aku nak call nenek la untuk penjelasan..

Hujan lebat membasahi bumi Johor pagi itu. Dek kerana keadaan jalan yang licin dan sukar untuk melihat, Dielyla berhenti rehat di R&R Pagoh. Dia duduk di satu sudut bersama secawan teh panas dan seketul pau ayam, dia kembali membaca diari Arman.



DIELYLA…..MAAFKAN AKU..!!!!

Ya Allah..lepas satu..satu masalah menimpa…

Aku bergaduh dengan nenek semalam…itu satu hal…lagi satu tentang Dielyla….

Kepala aku agak berserabut, bila aku nak ke café, aku nampak Dielyla tolak Zaara. Ketika itu aku dah tak fikir lain, aku marah bila orang tolak adik aku. Ya bila perasaan marah mula mengusai diri, aku hilang pertimbangan, aku hilang kewarasan.

Aku marah Dielyla semahunya, seolah-olah segala gelodak dalam hati ni aku luahkan kepada dia. Kesiannya Dielyla. Aku dah hina dia………..yang bukan-bukan aku katakan kepada dia..

Bila keadaan dah reda Faiz masuk bilik, kemudian dia pula marahkan aku.Ketika itu memang aku panas hati, tapi bila Faiz terangkan kedudukan sebenar, kenapa Dielyla tolak Zaara. Aku tergamam. Bagaikan batu menghempap kepala.

Ya Allah…disebabkan amarah itu la aku dah lukakan hati Dielyla. Patutnya aku selidik dulu, bukan aku tak tahu perangai Zaara. Menyesalnya aku……

Dielyla…maafkan aku…maafkan aku…..

Esok..!! first thing first…..aku akan jumpa Dielyla. Kalau sanggup melutut di depan dia. Aku sanggup. Salah aku, aku patut terima semua ini.

Cepatlah hari siang. Aku tak sabar………Dielyla…maafkan aku…..

Tak tertelan pau yang baru sahaja masuk ke mulut Dielyla saat membaca luahan hati Arman.Dia turut merasakan penyesalan yang Arman alami.

“ Andainya aku ke kolej pada hari itu, apakah dia benar-benar akan melutut depan aku..?” bisik hati kecil Dielyla.

“Ahh…untuk apa kau persoalkan sekarang, perkara dah berlalu..” monolog Dielyla lagi.


Dielyla dah hilang…..

Genap tiga bulan, bayang Dielyla langsung taknampak kat kolej. Puas aku cari dia, tapi kawan-kawan dia pun tak tahu Dielyla ke mana. Berita terbaru yang aku dapat, memang Dielyla dah berhenti belajar dan kini dia berhijrah ke tempat lain. Ada yang kata dia ke oversea.

Aku bertambah buntu, kat mana aku nak cari Dielyla..?? selagi aku tak bertemu dengan Dielyla, selagi aku tak mohon maaf kepada dia, selagi itu la aku takkan tenang..

Masalah bertimpa-timpa. Zaara tak boleh terima kenyataan ini, dia lari dari rumah pula. Datuk Azmi…maksud aku papa seakan tidak kisah dengan tindakan Zaara. Katanya dia yakin Zaara selamat. Pulak dah……

PAPA……Ya..aku dah boleh terima semua ini. Aku dah mula panggil Papa dan kini aku tinggal di rumah agamnya. Isteri papa yang aku panggil mama turut selesa dengan kehadiran aku. Cuma nenek, nenek seakan-akan mengasingkan diri dari aku.

Oh nenek pula….mana dengan Zaara…Dielyla lagi…..ketiga-tiga perempuan yang aku sayang menyerabutkan kepala aku…

Ya Allah…berikan lah aku kekuatan untuk tempuhi segala ujian daripada Mu…ketemu kan lah aku dengan Dielyla agar aku boleh memohon maaf kepadanya, ketemu kan lah aku dengan adik ku Zaara, Kau pelihara la dia, Kau lindungi lah dia di sana dan…Nenek…moga Kau dapat melembutkan hati tua itu. Aku sayang mereka….

Dielyla sebak membaca rintihan hati Armaan, dia tertanya-tanya apakah kesudahan kisah Zaara dan neneknya, lalu dia menyelak lagi ke muka sebelah.Bagaikan ketagih, Dielyla sukar untuk berhenti membaca coretan Arman.


6 bulan…..

Sudah enam bulan aku biarkan diari ini sepi tampa sebarang coretan. Hati aku kosong, dulu kerana Dielyla aku kerap menulis, macam-macam cerita tentang dia yang aku kongsikan di sini.Tapi kini Dielyla tiada, puas aku mencari tapi Allah masih belum berikan peluang untuk aku bertemu dengan dia.

Mungkin ini balasan atas dosa-dosa aku yang lepas. Aku tak akan berputus asa, aku yakin hari itu akan tiba.

Zaara..dia kini berada di New York, apa dia buat....entah la...dan nenek...

Nenek dah pergi tinggalkan aku, tapi aku lega kerana Papa dan nenek sempat berbaik. Alhamdulillah, nenek pergi pun dalam keadaan yang menyenangkan.

Al- fatihah buat nenek, damai la nenek di sana...

Moga episod sedih aku berakhir di sini....

Buat masa ini, cukup lah sampai di sini coretan aku. Seandainya aku bertemu dengan Dielyla, aku akan ceritakan di sini, jika di takdirkan kami tidak akan bertemu, bermakna ini la coretan terakhir.

Akan aku simpan diari ini sebaik mungkin. Mungkin anak-anak, cucu-cucu aku (kalau ada) boleh membacanya, boleh jadikan pedoman. Jangan mereka sesekali ulangi kesilapan aku……

Dielyla……..aku rindukan kau…moga kau baik-baik sahaja di mana sekali pun kau berada.

Tap..!!! setitis air mata jatuh di atas diari Arman, Dielyla mengambil tisu lalu mengelap titisan air mata itu. Jarinya pula menyeka sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.Nafas di tarik dalam-dalam, lalu dilepaskan kasar.

Dielyla mula bangun, bajunya dikebas-kebas membuang sisa-sisa pau yang jatuh di atas bajunya ke bawah. Beg tangannya dicapai dan langkah di atur menuju ke keretanya. Perjalanan harus diteruskan.



Puas aku cari kau,merata tempat aku geledah, akhirnya jumpa juga.

Tersenyum sendiri bila aku baca semula apa yang telah aku coretkan lima tahun yang lalu dan kali ini aku masih lagi tersenyum kerana penantian aku selama ini akan berakhir tak lama lagi.

Aku akan bertemu dengan Dielyla, dia akan hadir dalam majlis reunion yang Zaara anjurkan nanti.

Ya Allah….tak tergambar bertapa gembiranya aku, tapi aku agak kaget juga nak berdepan dengan Dielyla. Macam mana la nanti yer…

Semoga Allah permudahkan segalanya…. :)

♥♥ **************************************************** ♥♥


Dielyla tersenyum puas apabila dia tiba di pintu masuk Puteri Specialist Hospital. Tampa berlengah dia terus memakir kereta dan terus menuju ka wad yang menempatkan Arman. Ketibaannya di sambut dengan gembira oleh keluarga Arman. Memang mereka sedang menunggu Dielyla, Arman perlukan Dielyla.

Zaara merenung mata Dielyla dalam, Dielyla pula membalas renungan itu beserta dengan senyuman. Tangan Zaara diraih lalu digenggam erat.

“Pergi la masuk, Arman dah lama tunggu……” ucap Zaara mesra.

Dielyla menoleh ke arah bilik Arman, pintu di tolak perlahan. Hatinya sayu apabila melihat Arman terlantar tak bermaya. Diari hitam Arman masih lagi berada di tangan.

“ Arman………”

Tiada sebarang respon dari Arman, Dielyla memanggilnya lagi.

“ Arman….saya Dielyla…datang jenguk awak…..”

Dielyla tersenyum bila Arman mula menggerakkan tubuh, dengan perlahan Arman membuka matanya.

“ Dielyla…..awak datang….betul ke ni..?” soal Arman seakan tidak percaya. Dia cuba untuk bangun. Dielyla cekap memaut lengan Arman, lalu dibantunya untuk bangun.

“ Terima kasih…macam tak percaya pula awak ada di depan mata saya sekarang ini…”

Dielyla tersenyum lagi namun dalam masa yang sama matanya mula berkaca.

“ Awak menangis Dielyla..?”

Dielyla sekadar menggeleng, sedaya upaya dia cuba menahan air matanya daripada tumpah.

“ Kenapa mata awak basah…?”

“ Nah…saya pulangkan balik diari awak…..” soalan Arman dibiarkan tampa jawapan. Diari dihulurkan kepada Arman, air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah juga.

“ Maafkan saya…sebab saya awak jadi begini…..” air matanya tumpah lagi.

Arman menarik lembut tangan Dielyla. Dielyla hanya menundukkan wajahnya.

“ Ini bahagian saya,saya redha menerimanya. Awak jangan nangis yer, nanti saya pun menangis sama.”

Tubuh Dielyla terhinjut-hijut menahan esak. Arman sekadar tersenyum.

“ Comel……” ucap Arman perlahan.

“ Awak dah baca semua sekali ? ada tak skip mana-mana ?”

Dielyla mengangkat wajahnya dan menggeleng perlahan.

“ Awak dah tahu isi hati saya ?”

Dielyla kembali menundukkan wajahnya. Arman masih lagi menggenggam tangan Dielyla.

“ Dielyla………pandang saya sekejap boleh ?” Dielyla menurut.Kini mata mereka bertentangan.

“ Sampai saat ini saya masih sayangkan awak, perasaan saya tak pernah berubah. Dielyla….saya nak awak dengar sendiri dari mulut saya yang saya Arman Azmi sangat mencintai awak Dielyla Azmira dengan setulus hati saya.”

Sejak dari tadi, Dielyla tak mampu untuk berkata-kata. Seolah-olah ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.

“ Kenapa awak diam? Maafkan saya kalau saya keterlaluan. Saya nak awak tahu, saya tak kisah seandainya saya dah terlambat, saya tak kisah seandainya hati awak sudah dimilik……..” Dielyla meletakkan jarinya di bibir Arman.

“ Hati saya sentiasa untuk awak, dari dulu………” Arman dan Dielyla sama-sama tersenyum. Tampa mereka sedar, mereka sedang diperhatikan dari luar.


♥♥ **************************************************** ♥♥

“ moga kau berbahagia di samping abang aku Dielyla……” Bisik hati kecil Zaara.

***TAMAT***

1 comment:

Anonymous said...

terharuuu...huhu..best cter ni:-)