Tuesday, September 20, 2011

HEY DIELYLA - PART 6

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Tahun baru, hari baru. Diari baru. Diari lama kasi simpan lah. Ha…Kelas pun dah start. Life goes on seperti biasa.

Tapi ada satu yang luar biasa. DIELYLA……..

Satu kelas dengan aku. Suka la aku tengok budak tu. Tembam..!! Suka aku skodeng-skodeng dia dari jauh. Bila dia senyum, ketawa ke, mesti pipi dia yang tembab tu akan naik. Nampak bulat je dari belakang. Eee…geramnya aku, kalau dapat cubit tu best..!!

Budak ni lain la…tak macam perempuan yang lain. Kalau nampak aku, mula la tersenyum-senyum, tergedik-gedik minta perhatian. Tapi bukan Dielyla. Dia pandang aku pun tak, apa aku tak cukup handsome ke? Sampai pandang aku pun tak nak.

Tapi takpe..banyak masa lagi. Aku akan pastikan dia perasan akan kehadiran aku.

“ Dia dah lama rupanya perhatikan aku….” monolog Dielyla.

Sebaik sahaja Afdhal tiba di rumah, dia terus memberikan diari hitam pada Dielyla. Dielyla perasan wajah Afdhal tak ceria seperti biasa. Kebiasaannya setiap kali bertemu Dielyla, Afdhal pasti gembira walaupun ketika itu dia sangat letih. Bercakap pun tidak rancak seperti selalu.

“ Dielyla….saya outstation minggu depan…” Dielyla terdiam, pelik. Pada kebiasaanya Afdhal akan gelarkan dia dengan perkataan sayang, jarang sekali menggunakan namanya.

“ Awak nak ke mana pulak kali ni?” soal Dielyla lagi.

“ Saya akan ke Hong Kong….awak take care yer….”

“ Awak ni kenapa….ok tak…?”

“ Saya ok la. Dah lewat ni, tak elok kan lama-lama macam ni. Saya minta diri dulu, bye Sayang.” Ucap Afdhal perlahan dalam masa yang sama dia sempat mencuit lembut pipi Dielyla seperti kebiasaannya. Suasana tiba-tiba menjadi sayu. Seperti ada yang tidak kena dengan Afdhal, Dielyla dapat merasakannya. Namun perasaan itu diendahkan.

Dielyla tersedar dari lamunan. Kasihan pada Afdhal, keikhlasan dia mencintai Dielyla memang dapat dilihat dalam setiap perbuatannya. Tapi pada Dielyla, adakalanya dia sendiri keliru dengan perasaannya terhadap Afdhal samada dia cintakan Afdhal atau sebaliknya. Kekeliruan itu dilenyapkan sahaja. Dielyla tidak mahu serabutkan kepalanya dengan pelbagai persoalan.

“ Afdhal….maafkan saya….” Hatinya merintih sayu.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Yeah, first time dapat ngedate dengan Dielyla. Terima kasih la Prof sebab jadikan kami berdua sebagai partner untuk projek kali ni. Konon kan, dah buat appointment dengan Pengurus Syarikat LimeWork, konon nak pergi berdua.

Aku saja je bunyikan telefon, konon pengurus tu call aku kata batal, hahahaha..aku memang genius!!

Seronok juga spend time dengan Dielyla, pada awalnya malu-malu kucing gitu, lama-lama nah…ketawa pun tak ingat dunia. Tak kisah la, yang penting kau tetap maintain comel. Itu yang aku suka. Senyuman kau boleh buat aku gila bayang.

Aku seronok sangat bila dengan dia. Bila aku dengan Zaara, aku tak rasa pun keseronokkan yang macam ni. Lagi pun aku bukan buat apa pun dengan Dielyla, tawaf Midvalley. Tengok wayang cite kartun. Makan-makan, minum lepas tu balik. Best..!!

Kalau keluar dengan Zaara, mau dia hangkut aku masuk dari satu kedai ke satu kedai. Baju ni sesuai ke tidak, kasut ni cantik ke tidak, alahai…letih. Ajak tengok wayang katanya tak best. Kalau nak makan, tempat-tempat yang ekslusif aje.

Mula-mula tu aku kekok la juga, tapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Yang benarnya aku tak suka, tak selesa pun yer juga.


Aku bukan nak membezakan, tapi itu lah yang aku rasa.

Dielyla tersenyum sendiri, tidak dinafikan dia juga gembira saat itu. Dia sendiri tidak menjangka yang dia akan keluar berdua dengan Arman. Tidak pernah terfikir pun untuk keluar bersama Arman.

Sejak dari hari itu la perasaannya kepada Arman semakin bercambah. Dari sehari ke sehari dia makin sayang pada lelaki itu. Dapat melihat dia dari jauh pun dia sudah cukup berpuas hati walaupun ketika itu Zaara berada di samping Arman.

Dielyla meneruskan bacaannya.

Aku tak sangka aku boleh jatuh cinta dengan kau, oppps…….JATUH CINTA??

Ye, aku tak boleh tipu lagi hati aku ni, aku memang cinta kan Dielyla..

DIELYLA AZMIRA BTE ZAIRI

Aku cinta pada mu……!!!!

Rasa-rasanya berani tak aku luahkan pada Dielyla nanti..hmm..

Selama ni, aku tak kenal apa itu cinta. Asal ada budak perempuan yang cun-cun berkenan dekat aku, aku on je. Termasuk la Si Zaara. Apa itu cinta, feeling berada di awing-awangan, feeling mandi tak basah, makan tak kenyang memang aku tak rasa semua tu.

Tapi aku rasa semua benda yang suatu ketika dulu aku katakan ianya mengarut bila aku mula mengenali Dielyla. Hebat betul kau ni kan Dielyla.

Bergetar tangan Dielyla bila membacanya. Nafasnya terasa sesak.Siapa sangka yang Arman menaruh perasaan kepadanya. Bagi Dielyla ianya sesuatu yang mustahil.

“ Dia cinta kan aku…? tapi, masa di café tu, dia………. ??”

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Wawa jangan nakal, Acu pergi kejap je….” Pesan Dielyla kepada Wawa.

“ Wawa nak ikut………”

“ Tak boleh sayang, Acu ada kerja. Wawa kan good girl, lepas Acu habis kerja kita pergi shopping. Nanti kita beli baju Princess yang Wawa nak tu, ok ?” Dielyla cuba memancing anak kecil itu.

“ Erm..ok lah..” gadis kecil itu menganggukan kepalanya tanda setuju.

“ Kak Ani..saya pergi dulu..”

“ Bawa kereta elok-elok, dah sampai bagi tau akak yer…”

“ Ok…Assalammualaikum…”

Dielyla cepat-cepat mengatur langkah menuju ke keretanya. Dia perlu tiba di destinasi sebelum petang. Dia ingin bertemu dengan Arman, semalaman dia menghabiskan masa tidurnya membaca diari Arman. Benar lah kata Zaara, hampir keseluruhan isi kandungan diari itu dibaca, kini baru lah dia tahu keadaan sebenarnya. Apa yang dia sangka kan sebelum ini adalah salah.

Esok, Zaara akan bawa aku bertemu dengan papa dia Datuk Azmi. Pada mulanya aku agak keberatan, setelah didesak berkali-kali akhirnya aku akur.

Datuk Azmi sendiri yang mahu bertemu dengan aku, aku tertanya-tanya kenapa. Apa dia nak aku kahwin dengan anak dia ke? Haish….mengarut lah..

Tak mengapa, tunggu la esok. Nanti aku akan ceritakan.

Tiap baris ayat dalam diari Arman bermain-main dibenaknya. Tiap baris ayat itu juga la menemaninya disepanjang perjalanannya menuju ke Johor.

Ya Allah………apa semua ni….
Aku dan Zaara adik beradik..??!!!!!

♥♥ **************************************************** ♥♥


Arman dan Zaara adik beradik ...?? nantikan sambungannya yupp....pang

1 comment:

Anonymous said...

sambung lagi!!!!!
nak lagi!!!!!
thumbs up:)