Sunday, April 24, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 23

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Usai solat Isyak, Naurah merebahkan tubuhnya ke atas katil. Matanya sempat menjeling ke arah helaian nota yang berada di atas meja,hasrat di hati ingin mencapai nota tersebut namun tubuhnya dirasakn begitu berat , seolah-olah tidak membenarkan Naurah bagun dari tilam empuknya. Naurah menurut sahaja kehendak tubuhnya itu, pandanganya kini dihalakan ke arah siling, fikirannya mula melayang teringatkan peristiwa yang berlaku petang tadi bersama dengan Mustaqim. Naurah tersenyum-senyum sendirian.

“ awak…..jom kita balik…..” pinta Naurah sebaik sahaja Mustaqim selesai menyanyi.

“ kenapa….?”

“ segan lah…tengok….semua orang pandang kita….”

“ ala…..buat tak tau jer lah….awak kena biasakan diri tau…buatnya satu hari nanti saya jadi penyanyi….ha..lagi banyak mata yang memandang….bukan setakat pandang…siap kejar lagi….”

“ eleh……perasan…belum jadi penyanyi lagi dah fikir bukan-bukan…..” ejek Naurah

“ kan saya kata tadi….seandainya……..”

“ hmm.....awak serius nak jadi penyanyi…?” soal Naurah.

“ ada cita-cita tu….tapi nanti dulu lah…….”

“ kenapa nak nanti pulak…awak ada bakat……Matt pun dah suruh awak masuk program reality…cuba nasib…”

“ saya tak nak jadi penyanyi yang tiada pelajaran…..awak faham kan…?”

“ hmmm….maknya..lepas awak ambil SPM la baru awak nak mula langkah yer…?”

“ betul tu sayang……kerjaya penyanyi ni tak menentu masa depan nya….masa orang tangah suka kan kita ok lah…bila dah tak suka…..? dengan adanya pelajaran…boleh la saya buat kerja lain…cari rezeki untuk isteri dan anak-anak saya…..”

“ jauhnya awak fikir….sampai ke isteri..anak-anak…..calon isteri awak…dah fikir nak macam mana….or awak nak penyanyi juga yang jadi teman hidup awak…” duga Naurah.

“ saya nak awak jadi isteri saya…boleh…?” soalan dari Mustaqim buatkan Naurah terkedu, dia kehilangan kata-kata, namun jauh di sudut hatinya sudah pun menjawab soalan dari Mustaqim itu.

Mustaqim perasan, riak wajah Naurah mula berubah manjadi kemerah-merahan, ingin sahaja Mustaqim ketawa tapi ditahankan sahaja.



“takpe….awak simpan dulu jawapan awak….bila dah tiba masa yang sesuai…saya akan tanya semula…tapi……sekarang ni….saya nak tanya soalan lain pada awak….boleh tak sayang…?” pinta Mustaqim.

“ erm…ok tanya la….tapi jangan tanya soalan cepu mas macam tadi…terkedu saya jadinya….”

Tawa Mustaqim akhirnya meledak juga, Naurah hanya memberikan jelingan tajam.

“ sayang ni……macam-macam lah…..ok..tak tanya dah soalan macam tu…saja nak test…”

“ suka eh ketawakan saya……hmm..cepat lah tanya..sebelum saya berubah fikiran…” ugut Naurah.

Keadaan menjadi sepi buat seketika, yang kedengaran cuma suara siulan sang gagak yang sedang bertenggek di kabel elektrik. Mustaqim menarik nafas dalam-dalam lalu dihelakan perlahan.

“ erm…..selama kita berkawan…dah nak dekat setahun dah…macam-macam awak dah tau pasal say akan…? kisah hidup saya…family saya….betul tak…?”

“ betul….kenapa….?”

“ cerita awak pula macam mana…? awak tak pernah cerita pun kan….maksud saya….secara detail…..”

“ hmm……awak tak tanya…….” jawab Naurah pendek.

“ betul juga tu…..maafkan saya yer sayang…..saya terlalu mementingkan diri…..asik cerita pasal saya…pasal awak…sikit pun saya tak ambil tahu…..sorry…..”suara Mustaqim mulai kendur.

Naurah merenung wajah lelaki yang sangat dia kasihi dalam-dalam,

“ awak…..its ok….saya tak marah pun…saya ni…dari dulu..memang jarang bercerita tentang family pada orang…”

“ so….boleh awak cerita serba sedikit tentang awak…?” pinta Mustaqim

“ hmmm…..ok…nak mula dari mana…?”

“ nama awak…nama penuh awak….”

“ hahaha…….kelakar kan kita ni…..dah lama couple masih tak tau nama pasangan masing-masing….”

“ saya yang tak tau…tapi awak dah tau kan pasal saya….??”

“ ok lah….nama yang tertera dalam kad pengenalan saya ialah…..Naurah Mu…….”

Belum sempat Naurah menghabiskan kata-katanya, Mustaqim telah menyampuk.

“ Musfirah….Naurah Musfirah….betul…?”

Naurah menongkat dagu sambil memandang ke arah Mustaqim.



“ ha…..tau pun…..tadi kata tak tau…”

“ baru je tau……”

“ aik….bila…?” soal Naurah.

“ tadi…masa awak solat zohor lepas kita makan…kan awak minta saya pengangkan bag, masa awak keluarkan bag kecil name tag awak terkeluar sekali…dari situ lah saya tahu nama penuh awak….”

“ bukan name tag la sayang…kad matrik……” balas Naurah bersulamkan tawa kecil.

“ oh……mana la saya tahu…..” balas Mustaqim sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“ ok lah…..cuba bagi tahu apa lagi yang awak dah tahu pasal saya…..?”

“erm…..ayah awak…….nama ayah awak Nordin….atau lebih dikenali sebagai Datuk Nordin…betul tak…? Pemilik Nordin Group Corporation….”

Terlopong mulut Naurah, hatinya tertanya-tanya dari mana Mustaqim tahu tentang perihal keluarganya.

“dan mak awak….Datin Zalia…Datin Zalia yang menguruskan syarikat peninggalan ayah awak kan…?” sambung Mustaqim.

Naurah menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil mengetap bibir.

“ betul la tu…tapi tu bukan Mak saya…..tapi Mama…..” jawab Naurah pendek.

“ apa bezanya….maknanya Datin Zalia tu bukan mak awak lah yer…?bukan ibu kandung awak…? ” soal Mustaqim bertubi-tubi.

Kali ni Naurah menggeleng pula,

“ bukan…Datin Zalia tu memang ibu kandung saya…tapi saya panggil Mama….orang gaji Mama merangkap pengasuh saya…saya panggil Mak…”

“ oooo….bertuahnya awak..ada dua mak….”

Naurah tersenyum sinis apabila mendengar perkataan bertuah.

“ eh…..kejap…..macam mana awak boleh tahu semua ni…awak pasang spy eh….?”

“ Abang Ali yang tau…..masa pertama kali dia tengok awak….dia kata wajah awak mirip Datuk Nordin…bila dia tanya siapa nama ayah awak….terus saya terdiam..tak tau nak jawab apa….malam tu…terus dapat dengar ceramah free dari dia tau…”

“ hahaha…padan muka dia……” Naurah sempat menjelirkan lidahnya ke arah Mustaqim.

“ nakal kan awak ni…..takpe…takpe……” Mustaqim mula bagun,

“ eh sayang….awak nak ke mana…jangan la marah…saya memain je tadi…..”

Naurah mula risau, Mustaqim pula langsung tidak menghiraukan kata-kata Naurah, dia tetap bagun dan mula bergerak ke arah Naurah.

“ saya tak ke mana pun….cuma…saya nak….geletek orang yang mengejek saya…….”

Lantas Mustaqim terus menggeletek Naurah di bahagian pinggangnya. Naurah menjerit kegelian, Naurah bagun dan cuba melarikan diri dari Mustaqim, namun lariannya tidak la pantas mana, Mustaqim maish dapat mengejar dan terus menerus menggeleteknya. Pasangan kekasih itu saling kerja mengejar di antara satu sama lain, hingar bingar kawasan itu dengan jerit dan hilai tawa mereka.

“ awak……………!!! stop…stop….ok….ok….sorry……” pinta Naurah yang sudah tidak tahan lagi apabila Mustaqim terus menerus mengejar dan mengeleteknya.Mustaqim termengah-mengah menahan tawa dan akhirnya mereka terduduk di atas rumput.

“ ha….buat lagi…..nanti dapat la lagi….” ugut Mustaqim

Naurah merapatkan kedua belah tapak tangannya memohon maaf, tiada suara yang keluar kerana Naurah terlampau penat.



Setelah keadaan menjadi tenang semula, Mustaqim dan Naurah melepaskan pandangan ke arah tasik.

“erm…perasan tak kita ada persamaan…?” Naurah memulakan bicara.

“ sejak saya tahu nama betul awak..saya dah perasan dah…..Mustaqim dan Musfirah…itu persamaannya kan..?”

“ hmm…betul la tu….saya lama dah perasan..masa mula-mula kita kenal lagi tau…..entah kenapa saya tak sebut nama penuh saya…..” balas Naurah.

Mustaqim meraih tangan Naurah lalu digenggam erat, mereka bertentangan mata buat seketika.

“sayang…………adakah kita memang diciptakan untuk bersama….?” soal Naurah.

“ hmm….entah la wak..tapi saya memang mengharapkan agak kita terus bersama hingga ke akhirnya….tapi…….” Mustaqim tidak menghabiskan kata-katanya.

“ tapi kenapa….?” soal Naurah lagi.

“ bila dah tau pasal family awak…saya risau…..kita ni…ibarat langit dan bumi….saya ni ibarat gagak dan awak ibarat merak di kayangan…boleh lah kita bersama….?”

Mustaqim merenung anak mata Naurah dalam-dalam, seolah-olah mahu Naurah rasakan sendiri kebimbangan hatinya.

“ sayang………jangan fikir sangat tentang hal ini….perkara ni masih jauh lagi…bila tiba masanya kita pasti bersedia…saya ada juga fikirkan tentang masa depan kita….ketika itu..saya dah habis belajar….saya dah kerja…..ketika itu juga awak pun mungkin dah ada kerjaya yang stabil..mungkin dah jadi penyanyi terkenal….ha….ketika itu dah tiada halangan lagi kan sayang….?”

Mustaqim terdiam sejenak, ada betulnya juga kata-kata Naurah. Dia mula berjanji dengan dirinya sendiri yang dia akan mengubah nasib hidupnya, dia akan pastikan Naurah dan dia akan terus hidup bahagian hingga ke akhirnya.

“ awak jagan risau…yang kaya itu Mama saya..bukan saya…saya ni pun tiada apa-apa…cuma menumpang sedikit kesenangan mereka….kita sama-sama berusaha ye sayang….banyak-banyak berdoa..moga kita kekal bersama hingga ke akhirnya…..saya sayangkan awak tau…sangat-sangat….tiada apa yang boleh pisahkan kita kecuali mati……” ucap Naurah bersungguh-sungguh,

“ sayang….jangan cakap pasal mati…..saya tak mampu hidup tampa awak di sisi…”

Mata Naurah mula berkaca, tersentuh hatinya dengan kata-kata Mustaqim dan tampa disedari, air matanya mengalir juga membasahi pipi. Apabila melihat air mata Naurah, cepat-cepat Mustaqim menepis air mata itu.

“ kenapa menangis sayang….?”

“ terharu…….” Air mata Naurah jatuh lagi.

“ dah…jangan menangis lagi..tak comel nanti….jom kita balik…..dah nak gelap dah ni….” Ajak Mustaqim, Naurah hanya menurut.

Mereka berjalan menyusuri tepi tasik sambil berpegangan tangan. Masa hadapan mereka semakin jelas, kini menjadi tugas mereka untuk mencorakkan sekaligus merealisasikan impian mereka.



1 comment:

MaY_LiN said...

alahai..
sweetnye