Saturday, April 9, 2011

AKU, DIA & TZM - PART 21

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Nurah merasa resah apabila lelaki yang berpakaian serba hitam itu duduk tidak jauh daripadanya. Naurah hanya membatukan diri, benaknya diterjah dengan pelbagai soalan.

“ apa lelaki ni nak pada aku ?”

“jangan-jangan dia nak rogol aku…ish…..”

Naurah mula dilanda kerisauan, dia mula berkira-kira seandainya lelaki itu cuba buat perkara yang bukan-bukan, dia sudah bersedia mempertahankan diri. Ilmu pertahanan diri yang sedia ada akan digunakan. Siapa sangka gadis selembut Naurah mempunyai tali pinggang hitam dalam Seni mempertahankan diri Taekwondo.

“ ehem…..” lelaki itu berdehem di sebalik helmet nya.

Naurah masih membatukan diri.

“ ehemmmm……” kali ini lelaki itu mengeraskan sedikit suaranya.

Sedikit pun Naurah tidak memberikan respond kepada lelaki itu, dalam hatinya berdoa agar bas cepat sampai.

“ awak ni sombong lah…saya tegur buat tak tau je….” Lelaki itu bersuara.

“ saya tak kenal awak…tak berminat pun nak kenal…so jangan ganggu saya….” Naurah bersuara tegas.

“ uish…garang nya dia…..awak nak ke mana..boleh saya tolong hantar kan…motor saya di situ….” sambung lelaki itu sambil menunding jari ke arah motornya.

“ bukan ke dah saya kata kan…saya tak berminat….boleh tak awak duduk jauh sikit….bukan ke banyak lagi tempat duduk di sini…kenapa perlu duduk dekat dengan saya…?” marah Naurah .

Lelaki itu mula membuka jacket hitamnya berserta dengan helmet yang digunakan. Sedikit pun Naurah tidak menoleh ke arah lelaki itu lantas Naurah bagun dari tempat duduknya dan memilih untuk berdiri sahaja. Dia merasa kurang selesa apabila berada dekat dengan lelaki itu. Otaknya tidak sudah-sudah berfikir tentang perkara buruk yang mungkin berlaku.

Tampa disedari, lelaki itu turut bagun dan menghampiri dirinya. Bahu Naurah disentuh daripada belakang. Naurah tersentak, sepantas kilat dia menyiku lelaki tersebut dan sikuan itu tepat kena pada dadanya.

“ aduh…..!!” lelaki itu jatuh terduduk.


Saat Naurah memalingkan wajahnya ke belakang, terkejutnya dia bukan kepalang apabila dia mendapati lelaki itu adalah Mustaqim.

“ eh awak…….!!” Jerit Naurah.

Mustaqim mengerutkan wajah sambil memegang bahagian dadanya yang perit akibat di siku oleh Naurah. Cepat-cepat Naurah bantu Mustaqim tuk bangun.

“ awak ok ke..?” soal Naurah.

“ ok….sesak nafas sikit…boleh tahan juga yer awak ni…..”

“ yang awak berlagak macam lelaki misteri tu kenapa…? Takut saya tau…..ingatkan awak ni nak apa-apakan saya….kenapa awak buat macam ni…? Tak suka lah…..” Naurah melepaskan kemarahannya.

“ sorry sayang….cuma nak surprise kan awak…..takde niat lain…”

Perasaan belas kasihan mula bertukar kepada marah. Bagi Naurah,Mustaqim tidak sepatutnya buat begini.

“ ini bukan surprise tau…! sekarang ni kan ramai lelaki psyco berkeliaran di KL …cuba awak bayangkan..kalau betul-betul terjadi..memang ada lelaki psyco yang ganggu saya..apa-apa kan saya…apa awak akan buat…?” Naurah menghamburkan kemarahannya.

Mustaqim terdiam, ini la kali pertama dia melihat Naurah marah. Betul-betul marah, dalam diam dia mengiya kan kata-kata Naurah, dia tak sepatutnya menakutkan Naurah.

“ ok…sorry sayang…..saya janji saya tak buat lagi…..maafkan saya boleh…?”

Naurah berdiri tegak sambil memeluk tubuhnya, sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya. Mustaqim bangun menghampiri Naurah, bahu Naurah disentuh lembut. Namun sepantas kilat Naurah menepis tangan Mustaqim.

“ sayang……..saya tahu saya salah…maafkan saya boleh…dari jauh saya datang semata-mata nak jumpa awak….tak kesian ke kat saya…? Maaf kan saya ye….”Tiada sebarang respond yang diterima, yang ada hanya keluhan demi keluhan dari Naurah.

Perasaan marah masih lagi menyelubungi diri Naurah, sedaya upaya naurah cuba mengawal perasaan itu. Kerna itu la dia lebih senang mendiamkan diri.

“ awak kata tadi…awak belum makan kan…? kita pergi makan yer….ok sayang…?”

“ saya tak lapar………” bentak Naurah.

Tiba-tiba pasangan itu dikejutkan dengan bunyi yang datang dari perut Naurah. Bunyi yang agak kuat, bunyi yang menandakan Naurah pada ketika itu memang sedang lapar. Serta merta tawa Mustaqim terhambur keluar, masam manis wajah Naurah menahan malu.

“ sayang…..simpan la dulu marah tu…jom kita makan…tak baik biarkan perut tu lapar..kesian dia….dah jom lah….”

Mustaqim memimpin tangan Naurah menuju ke motornya. Naurah pada mulanya enggan bergerak, setelah ditarik beberapa kali akhirnya Naurah menurut.

Mustaqim memakaikan helmet ke kepala Naurah, senyuman masih lagi tidak lekang di bibirnya berbeza dengan Naurah, wajahnya masih lagi masam mencuka. Mustaqim ingin ketawa lagi, namun ditahankan sahaja kerana bimbang kalau-kalau Naurah naik angin semula.

“ Naurah…Naurah…….macam mana aku nak teruskan hidup kalau kau tiada……” bisik hati kecil Mustaqim.

Enjin motornya dihidupkan, dan mula bergerak meninggalkan pengkarangan universiti.


♥♥ **************************************************** ♥♥

Mustaqim hilang punca, sedari tadi Naurah masih mendiamkan diri. Marahnya mulai reda namun tidak rajuknya. Semasa mereka makan, sepatah dua sahaja perkataan yang keluar dari mulut Naurah.

Selesai makan, dia membawa Naurah bersiar-siar di sekeliling Bandar Kuala Lumpur dengan motornya, otaknya ligat berfikir, memikirkan cara apa lagi yang boleh membuatkan Naurah tidak lagi merajuk dengannya. Baru kini dia sedar, betapa susahnya ingin memujuk perempuan jika merajuk.

Setelah puas berpusing, akhirnya dia memberhentikan motornya di kawasan reakrasi berdekatan taman reakrasi itu terdapat kawasan perumahan. Hari sudah menganjak ke petang, terdapat sekumpulan kanak-kanak seronok bermain di taman permaianan, ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk bersenam.

Mustaqim memimpin tangan Naurah menhampiri satu pondok yang terletak betul-betul dihadapan tasik yang luas terbentang. Naurah melepaskan pandangannya di tasik itu. Hatinya tenang melihat permandangan di kawasan tersebut.

“ awak duduk kat sini kejap…saya nak ke tandas….” Pesan Mustaqim, Naurah menghantar Mustaqim dengan pandangan matanya sahaja.

Timbul pula rasa kasihan kepada kekasih hatinya. Bersungguh-sungguh memujuk namun segala usahanya masib belum mampu menghilangkan rajuknya. Adakalanya Naurah benci dengan sikap sendiri. Dia paling benci bila dia marah, betul-betul marah. Memang payah untuk di reda kan. Kerana itu seboleh-bolehnya dia cuba elakkan dari perasaan ini.

“ awak….maafkan saya…….” Bisik hati kecil Naurah.

“ sayang………jauhnya mengelamun..fikir apa tu…?” soalan dari Mustaqim buatkan dia tersentak.

“ bila pulak dia duduk sebelah aku ni….langsung aku tak perasan….” Naurah bermonolog lagi.

“ sayang……marah lagi….?”

“ hmm……tak….ok jer ni…..”



“ kalau macam tu bagus la…..saya dah buntu dah….dah tak tau nak buat macam mana lagi nak pujuk awak…lepas ni awak jangan merajuk macam ni lagi yer….lelah saya di buatnya….”

Naurah tersenyum apabila mendengar aduan Mustaqim.

“ eh……sayang saya dah senyum lah……” ucap Mustaqim riang.

“ kan saya dah kata….saya tak suka nak marah orang…tapi bila saya marah..buruk padahnya….” Balas Naurah.

“ ok….sorry…lepas ni saya tak buat lagi..penat…..lebih baik awak je yang pujuk saya…tidak la penat..betul tak..?”

Naurah tergelak lagi, dia memusingkan badannya dan terus memandang wajah Mustaqim. Namun Mustaqim terlebih dahulu bangun.

“ sayang…cuba tengok apa yang ada atas meja ni…..” pinta Mustaqim.

Naurah hanya menurut, alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada beberapa bungkus coklat Roka Apollo disusun secara selari di atas meja tersebut.

“ untuk apa coklat ni..?” soal Naurah

“ saya nak beli coklat Ferrero Rocher…tapi tak jual lak kat sini…yang ada coklat Roka ni je…rupa pun agak serupa juga kan…? ok la tu…kan sayang…?”

Naurah masih kebingungan.

“ ok…..tapi nak buat apa awak beli coklat ni…?”

“ nak pujuk sayang lah….nak buat apa lagi…tengok ni…ada lapan biji semuanya….lapan biji tu bermakna..I am sorry…..”

Naurah tergelak kecil dalam masa yang sama dia rasa terharu dengan usaha Mustaqim.

“ so…….?” Soal Naurah

“ boleh tak maaf kan saya….?”

“ ok lah..applogy accepted….” Naurah tersenyum lagi,

“ suka tengok awak tersenyum macam ni….cantik sangat….macam bidadari……”

Kata-kata Mustaqim menyentuh hatinya, dia terus tersenyum sambil memandang Mustaqim. Coklat Roka itu di ambil, pembalut coklat itu di buka isi di dalamnya disuakan kepada Mustaqim. Mustaqim mengambil coklat tersebut lalu dia pula menyuakan coklat itu ke mulut Naurah.

“ saya buka kan tuk awak…..makan la..kenapa bagi saya pulak…?” soal Naurah.

“ saya tak boleh makan lagi…ada projek lepas ni….so saya nak suapkan awak dulu…lepas selesai projek saya…baru awak suapkan….boleh…?”

“ hah…projek…? Projek apa…?”

“ ala…makan la dulu…cepat buka mulut….” Arah Mustaqim. Naurah hanya menurut.



Mustaqim mula bangun lalu berdiri di hadapan Naurah.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata…Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu….

Aku ingin engkau slalu….Hadir dan temani aku
Disetiap langkah… Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku… Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu….Hadir dan temani aku
Disetiap langkah…. Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku…

Meski waktu akan mampu …Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau …Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu …Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu….Hadir dan temani aku
Disetiap langkah…Yang meyakiniku
Kau tercipta untuk ku………..

Meski waktu akan mampu ….Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau …Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu……Ungu_Tercipta Untuk Ku

Naurah terkesima dengan nyanyian Mustaqim, tampa disedari nyanyian Mustaqim itu turut menarik minat pengunjung taman reakrasi tersebut. Sebaik sahaja Mustaqim selesai menyanyi, orang ramai yang menyaksikan memberikan tepukan gemuruh kepada Mustaqim.


Naurah pula hanya mampu tersenyum, tersenyum bahagia. Ini la kali kedua Mustaqim menyanyi untuknya di hadapan orang ramai.

♥♥ **************************************************** ♥♥

3 comments:

MaY_LiN said...

ala..
pe yang mus nak cakap tu

arkalies said...

salam...awk tak nak terbitkan novel ker...alamak..cerita - cerita awk best la rugi tak buat novel...awak blh jer ke website http://kakinovel.com/...cuba try tya diorg...

bawalogy said...

wow!! kiutnyer!!!