Sunday, April 17, 2011

AKU, DIA DAN TZM - PART 22

...HAPPY READING...
♥♥ ****************************************************♥♥



Jam tangan jenama Rolex berwarna silver yang bertatahkan berlian di pergelangan tangan Datin Zalia di kerling.

“ oh….cepat nya masa berlalu, dah pukul 8 rupanya…” gumam hati Datin Zalia.

Lantas dia berkemas-kemas dan bergegas keluar dari pejabat. Dia baru sahaja selesai bermesyuarat dengan bakal pelabur yang akan melabur dalam projek terbaru Nordin Group Corporation. Perbincangan demi perbincangan, akhirnya ia membuahkan hasil. Datin Zalia tersenyum sendiri bila membayangkan kejayaan yang bakal diperolehi nanti .

Usai bermesyuarat, Datin Zalia bergegas pulang, Pak said sudah sedia menanti Datin Zalia di dalam kereta.Dia terpaksa menolak pelawaan para pelabur untuk makan malam bersama, dia betul-betul letih, katil empuk di biliknya seolah-olah sedang memanggil-manggil dirinya.

“ ok Pak Said…kita boleh gerak sekarang….” Arahnya.

“ terus ke rumah yer Datin…atau Datin ada agenda lain malam ini…?”

“ ha’ah..terus ke rumah…letih dah saya ni….”

“ baik Datin……erm…Datin dah makan….? Kalau belum..saya telefonkan Mak Diha..minta dia siapkan makanan untuk Datin….”

“ boleh juga….tapi minta Mak Diha buatkan sandwich saja lah..tak lalu nak makan nasi….”

“ baik Datin……”

Mercedes C Class berwana coklat keperangan meluncur laju membelah malam meninggalkan pengkarangan syarikat. Datin Zalia menyandarkan tubuhnya dikerusi empuk keretanya miliknya itu, tangannya memicit-micit tengkuk yang sedari tadi dirasakan tegang. Kereta mula bergerak perlahan lalu berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah.

Sedang jari-jemarinya ligat mengurut, Datin Zalia terpandang akan sepasang kekasih sedang menunggang motorsikal, motorsikal itu berhenti bersebelahan dengan keretanya. Datin Zalia hanya memerhatikan si gadis yang sedang membonceng motorsikal itu daripada belakang. Melalui pakaian dan bag yang digalas gadis tersebut, mengingatkan dia pada Naurah.

Naluri seorang ibu mengatakan bahawa itu anaknya, namun akalnya menolak. Masakan Naurah akan berkelakuan sebegitu, bukankah sepatutnya ketika ini dia sedang sibuk bergelumang dengan buku-buku membuat persediaan untuk peperiksaan akhir semestanya. Sungguhpun akalnya menolak, namun hatinya mulai kurang senang.

“ Pak Said….cuba kedepan sikit…saya nak tengok pasangan di sebelah kereta ni…” pinta Datin Zalia.

“ yang bawa motor tu ke Datin….?”

“ iyer la….mana lagi…..budak perempuan tu…macam Naurah pun yer juga…..cuba tengok baju yang dia pakai tu…..bag….sekali pandang macam Naurah kan Pak Said..?”

“ erm…pelanduk dua serupa je tu Datin….lagi pulak..saya tak boleh ke depan lagi…dekat sangat dengan kereta di hapan….”

Datin Zalia mendengus perlahan, hajatnya terbantut, lantas dia mengeluarkan telefon, lalu nombor Naurah di dail.


♥♥ ****************************************************♥♥



“ ahhh………penatnya……!!” ucap Naurah lalu menghempaskan tubuhnya ke atas sofa.

“ lamanya kau study…library buka ke sampai malam…?” sindir Fika.

Naurah tergelak kecil apabila mendengar sindiran itu.

“ menyindir nampak….aku keluar dengan Mus lah…..” ucap Naurah girang.

“ aku tau….nampak dia hantar kau tadi……..dia tak kerja ke…?”

“ nope….kerja dah habis….sekarang ni tengah tunggu fasa ke dua…dalam minggu depan baru dia start kerja balik…..”

“ ooo…patut la kau taknak jumpa dengan Si Syafiq tu yer…?”

Naurah mengeleng-gelengkan kepalanya.

“ aku memang tak nak jumpa dengan buaya senget tu….malas lah…”

“ erm…aku nak tanya ni…..kau serius ke dengan Mus tu…..or saja je nak isi masa lapang..?”

Soalan Fiqa membuatkan Naurah terdiam.

“ kenapa kau tanya macam tu….dah tentu la aku serius….takkan nak main-main pulak…tak baik tau mempermainkan perasaan orang…”

“ serius yang macam mana tu Naurah….kau nak sehidup semati dengan dia ke…?”

“ insya’Allah kalau diizinkan……..” jawab Naurah dalam senyuman.

“ gile ke kau ni….? Kau dah habis fikir ke…?”

Naurah memandang wajah Fika sambil mengerutkan dahinya.

“ waras lah……kenapa kata aku gila lak….?”

“ Naurah…….cuba kau fikir….Mus tu kerja apa…? mampu ke dia nak tanggung hidup kau nanti….bukan itu saja…macam mana pula penerimaan Mama kau….boleh ke dia terima menantu yang sekolah pun tak habis…anak dia belajar sampai ke universiti….bukan kah jauh perbezaannya tu….kau ada fikir tak tu semua…?”

Naurah terdiam lagi, siapa kata dia tidak fikirkan ini semua. Sedari awal lagi dia sudah memikirkan semasak-masaknya dan dia yakin dengan pilihannya.

“ makcik………aku dah lama fikirkan ni semua…..tentang pelajaran Mus…masih ada masa tuk perbetulkan….dia bukan budak lembab…cuma tiada peluang….awal tahun ni dia akan daftar untuk ambil SPM…dengan adanya SPM nanti dia boleh bergerak jauh….lagi pulak..bukan aku nak kawin dengan dia sekarang…lambat lagi….aku nak habiskan study….kerja setahun dua…lepas tu baru kawin….banyak masa lagi kan…?”



Fika seakan tidak percaya apa yang lahir dari mulut Naurah. Dia benar-benar tidak menyangka yang Naurah sudah memikirkannya. Nampaknya Naurah benar-benar serius. Fika malu sendiri, namun dia tidak mahu kalah. Entah kenapa dia memang tidak suka Naurah berkawan dengan Mustaqim.

“ jauh benar fikiran kau yer Makcik….tak tercapai akal ku…”

“ hanya perancangan awal je Fika…” ucap Naurah, lantas dia bangun berjalan menghampir Fika yang sedang duduk di meja makan. Biskut Chipsmore yang berada berhampiran dengan Fika diambil sekeping dan terus dimasukkan ke dalam mulutnya.

“ Mama kau pula macam mana….?” Fika menyoal lagi.

“ kan aku dah katakan tadi…by the time aku nak kawin…aku dah ada kerja sendiri…mungkin pada ketika itu Mus pun dah ada kerjaya yang menjamin masa depan…takde sebab kenapa Mama nak halang…”

“ aku dapat rasakan yang Mama kau takkan setuju dengan pilihan kau….kau perasan tak dia cuba satukan kau dengan Syafiq…”

“ perasan Fika…itu yang aku mengelak jer….”

“ erm……kenapa kau tak berkenan sangat dengan Syafiq tu….? aku tengok dia ok je..pakage lengkap tu….kaya pun kaya…handsome..itu dah semestinya…” puji Fika.

“ harapkan handsome je nak buat apa Fika…pertama kali aku tengok dia..memang tak suka…dengan perangai dia yang suka bertukar-tukar perempuan….menghabiskan duit mak bapak dia…..kau tau tak…dekat setahun habis belajar…..tapi tak kerja lagi….dok ke hulu ke hilir bawa perempuan…huha sana…huha sini….”

“ ala harta mak bapak dia…kalau dia tak habiskan siapa lagi…” Fika cuba membela Syafiq.

“ boleh bayangkan tak betapa susahnya mak bapak dia cari duit…berikan dia kesenangan…? Bukan ke pentingkan diri namanya tu…?"

“ dia dah mula kerja nanti…dia berubah lah tu….manusiakan berubah…..” bela Fika lagi.

“ harap macam tu la….apa yang pasti..aku tak berkenan….ha…yang kau bela sangat si Syafiq tu kenapa….kau dah suka pada dia yer..?”

Soalan dari Naurah buatkan Fika tersentak. Dia kehilangan kata-kata, dia sendiri tidak pasti tentang perasaannya. Namun kali pertama mereka bertemu, Fika memang sudah menyukai Syafiq. Perempuan mana yang tak suka lelaki sekacak Syafiq, berduit pula tu. Pasti tiada perempuan yang akan menolak. Naurah sahaja yang bodoh menolak.

“ eh ke situ pulak kau ni…aku cuma luahkan pendapat aku….” Fika cuba berdalih.

“ kalau kau suka….bagi tau aku….boleh aku kenen-kenen kan kau dengan dia..takde masalah….” Ucap Naurah sambil mengenyikan matanya ke arah Fika.

Perbualan mereka terhenti apabila terdengar sayup-sayup deringan telefon Naurah. Naurah bingkas bagun menuju ke arah bag nya, telefonnya segera dikeluarkan.

“ Ya Allah…..empat belas missed calls….?” Naurah terjerit kecil.

“ siapa yang call tu…Mus..?”

“ bukan…Mama….jap la aku nak call Mama balik…” Naurah terus mendail nombor Mamanya.

♥♥ ****************************************************♥♥



“ ha..Naurah…..ke mana tu…puas Mama call tak berjawab……” soal Datin Zalia sebaik sahaja menerima panggilan dari anaknya.

“ ada jer…..fon kat bilik…tertinggal….Naurah kat bawah dengan Fika….” Dalih Naurah.

“ hmm…ingat kan ke mana lah tadi….” Datin Zalia mengeluh kelegaan, hatinya sedaritadi risau kini mulai reda.

“ ada apa Mama call…?”

“ saja…tak boleh ke….?”

“ biasa tak macam ni pun…..”

“ salah ke kalau Mama nak berubah….salah ke kalau Mama nak ambil berat pasal Mama….salah ke Mama nak jadi Mama yang baik buat Naurah….apa tiada ruang lagi kah di hati Naurah untuk memaafkan segala kesilapan Mama…?” entah darimana datangnya kekuatan untuk meluahkan segalanya yang terbuku dalam hatinya kepada Naurah.

Naurah terdiam, sayu pula hatinya apabila mendengar luahan Mamanya.

“ tak salah…cuma rasa janggal sikit….bagi la Naurah sikit masa tuk terima ni semua…..”

“ takpe la tu….hmm…Naurah buat apa…dah makan ke….tadi ada pergi mana-mana..?”

“ tadi….err….tak ke mana…pergi library…pastu balik rumah sambung study….”

Fika yang sedari tadi memasang telinga mendengar perbualan di antara Naurah dan Datin Zalia memandang Naurah sambil mengangkat keningnya gaya ala-ala Ziana Zain apabila mendapati Naurah sedang menipu Mamanya. Naurah pula hanya tersenyum membalas pandangan Fika.

“ oh….bagus la tu….bukan apa…tadi masa on the way balik….Mama berselisih dengan couple ni…naik motor…Mama tengok budak perempuan tu macam Naurah….nasib baik bukan….ok lah…Mama pun dah letih nak rehat….good night Naurah…Assalammualaikum…..”

Sebaik sahaja talian dimatikan, Naurah terkedu, dia tidak menyangka yang dia boleh berselisih dengan Mamanya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Buatnya Mamanya perasan yang budak perempun itu adalah anaknya sendiri, bagaimana lah penerimaan Mamanya nanti.




2 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
naurah da menipu lak

nabilah_2908 said...

nk hidup...hehe..kalau dia cakap betul pada mama dia...free2 je kena marah malam itu..hehe... ;)