Saturday, March 12, 2011

AKU,DIA & TZM - PART 17

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥


Mustaqim keluar dari rumah, lalu dia mengdongak ke langit. Malam ini langit kelihatan kelam lagi gelap. Tiada sebutir bintang pun menghiasi dada langit. Dari jauh kedengaran suara katak menyanyi memanggil hujan. Semakin lama semakin kuat bunyinya.

Mustaqim memeluk tubuh tatkala angin malam menghembus lembut ke tubuhnya. Kedinginan angin malam itu menusuk hingga ke tulang hitam. Mustaqim lantas melangkah masuk semula ke dalam rumah. Gitar kesayangannya yang tersandar di tepi almari dicapai.

Malam ini sama seperti semalam, sunyi. Sudah dua hari dia tidak berhubung dengan Naurah. Bukan Naurah merujuk tetapi Naurah terlibat dengan aktiviti perkemahan. Ada juga sesekali Mustaqim mencuba nasib kalau-kalau dapat menghubungi Naurah, namun hasilnya menghampakan. Mahu atau tidak dia harus menunggu sehinggalah aktiviti perkemahan itu selesai.

Mustaqim melepaskan keluhan berat. Sakitnya menanggung rindu, apa sahaja yang di lakukan dirasakan tidak kena. Mustaqim mula memetik gitarnya, jari jemarinya semakin ligat menari-nari lantas mengeluarkan alunan musik yang gemersik lagi mendamaikan jiwa siapa-siapa pun yang mendengarnya.

Menatap indahnya senyuman di wajah mu..
Membuatku terdiam dan terpaku…- Ungu_Tercipta Untukku


Nyanyiannya terhenti. Wajah putih mulus Naurah kembali menerjah ruang fikirannya. Perasaan rindunya semakin membuak-buak. Sakitnya menanggung rindu, hanya Allah sahaja yang tahu. Mustaqim mengeluh lagi, hatinya tertanya-tanya, apa lah agaknya Naurah sedang buat ketika ini, sihat kah dia, sudah makan kah dia.

Tiba-tiba dia terpandang akan motor kesayangannya. Motor Yamaha TZM berwarna hitam dihiasi dengan beberapa garisan kuning menampakkan lagi ke gah’an motornya itu. Masakan dia boleh lupa, saat kali pertama hatinya tertawan dengan motor jenis itu.

Hampir setahun bekerja di semenanjung, Mustaqim mula berkira-kira untuk memiliki kenderaannya sendiri. Tiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja, dia pasti akan melintasi sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis motor dari motor berkuasa kecil hinggalah berkuasa besar.

Matanya tertarik dengan beberapa buah deretan motor TZM yang dipamerkan di kedai itu. Pernah juga Mustaqim cuba merisik-risik harga sebenar motorsikal idaman hatinya. Menurut pekerja kedai itu, harga sebuah Yamaha TZM dalam lingkungan dua belas hingga ke tiga belas ribu sebuah.

Maka bermula dari situ lah dia mula menyimpan angan-angan untuk memiliki motor tersebut. Duit gajinya disimpan sedikit demi sedikit semata-mata untuk memiliki motor tersebut.



Tahun silih berganti, wang simpanannya masih belum mencukupi, yerlah hampir lima puluh peratus gajinya di hantar ke kampong, empat puluh peratus untuk perbelanjaan hariannya dan yang sepuluh peratus itu lah dijadikan simpanan. Motor idaman hatinya itu juga sudah mula tidak kelihatan di kedai motor tersebut. Lama kelamaan keinginan Mustaqim, semakin lama semakin pudar.

Kalau dah namanya jodoh, memang tak ke mana. Suatu hari Ali membawa seorang pemuda yang juga berasal dari Sabah datang bertemu dengan Mustaqim. Katanya ada perkara yang ingin dibincangkan dengan Mustaqim dan perkara itu membuatkan Mustaqim tersenyum dengan lebar, lelaki itu ingin menjualkan motor TZM nya kerana memerlukan duit untuk pulang ke Sabah.

Ibarat mendapat durian runtuh, dengan senang hati Mustaqim bersetuju untuk membeli motor tersebut dengan harga yang sememangnya Mustaqim mampu untuk membelinya. Tidak sia-sia dia menyimpan selama ini. Lebih mengujakan Mustaqim, motorsikal yang bakal berpindah hak milik itu masih baru.

Sebaik sahaja bertukar tangan, Mustaqim terus membawa motornya ke bengkel untuk mengubah suai warna dan juga aksesori mengikut keinginannya. Puas, ya itu lah yang di rasakannya, apa yang di hajati tercapai dengan hasil usaha titik peluhnya sendiri tampa mengharapkan bantuan orang lain.

“ kau fikirkan apa tu…sampai tersenyum sorang-sorang…?” sergahan Ali melenyapkan lamunannya.

“ terkejut saya……”

“ nampak sangat kau berangan….aku tegur sikit..kau dah terkejut…kau fikirkan Naurah ke…?”

“ fikirkan Naurah..?”Mustaqim tersenyum lagi

“ tak la bang…saya teringat masa mula-mula saya beli motor ni….itu yang buatkan saya tersenyum sorang-sorang….”

“ aku ingat kau dah tak sayangkan motor kau lagi….yer la..dulu….motor ni la awek kau…tapi bila ada Naurah….mungkin kasih sayang tu dah berubah…” seloroh Ali.

Mustaqim tergelak bila mendengar perkataan ‘awek’.

“ sama je bang…dua..dua saya sayang….dua..dua buah hati saya…kena adil dan saksama….” balas Mustaqim.

“ macam ada bini dua pulak kau ni…ha….bercakap pasal Naurah…lama dah aku nak tanya..tapi asik lupa…”

“ kenapa dengan dia bang…?”

Ali terdiam sejenak. Kali pertama dia bertemu Naurah saat Mustaqim membawa Naurah pulang ke rumahnya. Saat diperkenalkan dengan Naurah, ketika itu lah hatinya mula berkata-kata yang wajah Naurah sangat mirip dengan seseorang. Ingin dia bertanya terus kepada Naurah mahupun kepada Mustaqim, entah kenapa soalan itu tidak terkeluar dari mulutnya.



“ muka dia tu…mirip seseorang lah…..mirip Datuk Nordin…kau ingat lagi tak…?”

Mustaqim mengerutkan dahinya.

“ Datuk Nordin mana pula ni…?”

“ boss besar kita…ingat tak projek bagunan empat belas tingkat di Ampang…?”

“ oh….pasal projek tu saya ingat..tapi Datuk Nordin…saya tak pernah jumpa…bukan ke dah meninggal..?”

“ ha….betul la tu..dah meninggal pun Datuk Nordin….”

“ abang je yang pernah jumpa…sebab abang yang selamatkan arwah masa dia jatuh kat site…”

Ali hanya mengangguk-anggukan kepalanya sahaja. Wajah Naurah mengigatkan dia kepada Datuk Nordin. Lelaki yang pernah dibantunya suatu ketika dahulu. Datuk Nordin merupakan pemilik syarikat pembinaan tempat dia bekerja. Ketika itu dia mengadakan lawatan ke tapak pembinaan dan tiba-tiba sahaja rebah. Nasib baik Ali pantas bertindak, kalau tidak sudah tentu Datuk Nordin itu akan terjatuh dan kemungkinan besar tubuhnya akan tercucuk dengan palang besi.

Lelaki yang dikenali sebagi boss besar pernah menyampaikan salam dan pernah memberikannya sedikti sagu hati sebagai tanda terima kasih kerana menyelamatkannya, namun sejak daripada kejadian itu, boss besar tidak lagi berkunjung ke tapak pembinaan dan selang beberapa bulan Ali hanya mendengar berita kematiannya sahaja.

Setelah menyepi buat seketika, Ali kembali menyoal Mustaqim.

“ siapa nama bapak Si Naurah…?”

Mustaqim terdiam, baru lah dia sedar Naurah tak pernah memberitahu nama penuhnya. Biasanya dia yang selalu bercerita tentang kisah keluarganya dan Naurah hanya menjadi pendengar setia. Perasaan bersalah mula bersarang dalam hati, dia tidak menyangka yang dia terlalu mementingkan diri. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk mengetahui latar belakang Naurah.

“ err….tak pasti pulak…” jawab Mustaqim teragak-agak

“ ish kau ni…bercinta punya lama…nama ayah dia pun kau tak tau..? si Naurah tahu tak nama penuh kau..?” soal Ali bagaikan tidak percaya.

“ tahu…memang saya selalu cerita..cuma Naurah yang jarang bercerita tentang keluarga dia..yang saya tahu..dia anak tunggal..ada mak..ayahnya dah meninggal…”

“ kau ni…lagi teruk daripada aku…kalau Kak Ayu dengar ni…tentu-tentunya kau dapat ceramah free malam ni…”

Mustaqim hanya mendiamkan diri.



“ takpe la..nanti kau tanya dia…..kalau nama bapaknya Nordin….berkemungkinan besar dia anak Datuk Nordin…aku tengok budak tu..macam anak orang senang….kalau betul dia anak Datuk Nordin…kau boleh agak tak apa yang aku tengah fikirkan sekarang…?”

Mustaqim menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak dapat menangkap apa yang cuba Ali sampaikan.

“ budak tu anak orang kaya….jurang antara kau dengan dia jauh….Naurah memang boleh terima kau..tapi…..keluarga dia…boleh ke…?”

Kata-kata Ali menusuk hatinya. Hatinya mula gusar, gusar sekiranya apa yang diperkatakan oleh Ali benar-benar belaku.

♥♥ **************************************************** ♥♥


3 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
ade mslh lak

nabilah_2908 said...

Hye May Lin ,

tk best lak..kalau xde masalah...tult ak..? (^_^)

aque said...

huhuhu besh... cian plak kat mustaqim...

teringat plak dolu2.. mase nak couple.. owg tanye x " bg name penuh owg siap ngan binti baru couple ! " keh3..