Thursday, December 2, 2010

AKU, DIA DAN TZM - PART 6

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Naurah mencampakkan telefonnya ke atas sofa, matanya terus dihalakan ke television. Baru sebentar tadi dia menerima panggilan dari orang gajinya Mak Diha.

Mak Diha sudah lama berkhidmat dengan keluarganya malah sejak Naurah masih merah lagi, Mak Diha telah di panggil dengan panggilan Mak. Mak Diha lah yang mengasuhnya mengantikan mamanya sering kali sibuk dengan urusannya.

Pernah satu ketika Naurah rasakan yang mamanya langsung tak sayangkan dirinya. Seolah-olah mamanya tidak mengharapkan langsung akan kehadirannya di muka bumi ini. Segalanya di adukan kepada Mak Diha dan Mak Diha sedaya upaya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Naurah walaupun hakikatnya memang kehadiaran Naurah tidak dirancang.

“ bila Naurah nak balik…?” soal Mak Diha

“ erm…petang-petang sikit Naurah sampai…..apa je la yang mama nak bincangkan tu…?” Naurah merungut kecil.

“ entah la…mak cuma sampaikan pesanan je....Naurah nak Pak Said ambil dari rumah..?”

“ tak pe la mak…..Naurah balik sendiri….hari ni kan hari Ahad…tak nak la ganggu Pak Said dengan famili dia…”

“ iyer la….hati-hati ye….Assalammualaikum….” Mak Diha mematikan talian.

Naurah mengeluh lagi, malas rasanya untuk dia pulang ke rumah kosong itu. Entah perkara apa lah yang penting sangat yang ingin dibincangkan oleh mamanya. Tiba-tiba Fika turun ke bawah dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Naurah.

“ la…..kartun lagi…..tak sudah-sudah kau ni dengan kartun kan..?” rungut Fika.

“ kau ni..macam tak faham lak…hari minggu macam ni…memang la ada kartun je….best apa…boleh rehatkan otak tau…” Naurah membela diri.

“ aku tahu la kau ambil pendidikan awal kanak-kanak…tapi tak payah la jadi kanak-kanak…cari la cerita berilmiah sikit….”

“ nak bandingkan dengan kau…tak sudah-sudah dengan drama melayu….apa kes…?” Naurah mencebikkan bibirnya.

“ best apa…realiti kehidupan…”

“ iyer la…iyer la…..malas aku nak lawan cakap dengan kau……erm…petang ni kau free tak…jom teman aku balik rumah….mama aku suruh balik….entah apa la yang dia nak….”

“ ala….sori la makcik……aku dah janji dengan Iwan..nak keluar……”

Naurah memuncungkan bibirnya.

“ ala...ala...cantiknya muncung tu....boleh sangkut hanger tau...."

Naurah terus mencebikkan bibirnya pula seolah-olah mengejek kata-kata Naurah.

" tu la…aku suh kau cari boyfriend…kau tak nak…kalau ada boyfriend…tak la kau sunyi macam ni…”

“ dah hati tak berkenan….nak buat macam mana….insya’Allah…aku akan bertemu juga dengan prince charming aku nanti….”

Tiba-tiba wajah Mustaqim muncul di ruang fikiran Naurah, serta merta Naurah mengukir senyuman. Serta merta jantungnya berdegup kencang. Naurah sendiri bingung setiap kali terbayang wajah Mustaqim, setiap kali itu lah akan ada getaran di dadanya dan pasti akan ada senyuman yang terukir dibibirnya.

“ ha……tengok tu dah senyum….kau dah jatuh cinta ke makcik…?”

Naurah tersenyum lagi, senyumannya kini makin melebar, wajahnya juga turut dirasakan panas.

“entah…..kau nak keluar dengan Iwan bila…?” Naurah cuba menukar topik.

" kawan aku ni...biar betul.....tengok muka tu...blushing bila aku sebut pasal cinta...sungguh ke ni Naurah...kau jatuh cinta dengan siapa...?" Fika semakin berminat ingin tahu.

" iyer ke...mana ada...kau ni..macam-macam lah...soalan aku kau tak jawab...sibuk je tanya pasal orang...." sekali lagi Naurah cuba mengelak.

“ iyer la......kejap lagi aku gerak….saja aku turun bawah ni...lepak-lepak dengan kau kejap…tengok kau masih hidup ke tak...dari pagi tadi aku tak nampak kau...”

“ hrumm…..ada kat bilik...kemas-kemas apa yang patut....kau pergi la dating...takpe aku balik sendiri...tak pun lepas kau habis dating…..datang la rumah aku…boring la sorang-sorang kat sana…”

“ tengok la macam mana nanti…..apa-apa hal aku call kau….ok lah…aku naik atas dulu…nak siap-siap….kejap lagi Iwan datang….”



Fika terus bangun meninggalkan Naurah keseorangan di ruang tamu. Naurah mengeluh kasar, dia mengambil alat kawalan jauh dan mula menukar siaran television. Dia dilanda kebosanan. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, wajahnya yang sedari tadinya muram kini berubah ceria. Naurah tersenyum lebar apabila nama Mustaqim tertera di skrin telefonnya.

“ Assalammualaikum…..” ucapnya mesra.

“ Wa’alaikumsalam…..awak tengah buat apa..ganggu ke…?” soal Mustaqim.

“ tak ganggu la…tengok tv je….awak lak….suara macam orang baru bangun tidur je…?”

“ haha….mana awak tahu ni….awak intai saya yer…?” Mustaqim ketawa dengan girangnya.

“ ha’ah…baru je minta Doraemon pinjamkan teropong ajaibnya pada saya…..sebab tu saya tahu…”

“ hahaha…..lucu la awak ni...ada saja jawapan dia...betul la saya baru bagun….entah kenapa bagun-bangun sahaja saya teringat awak…terus saya call…”

“ aik….rindu kat saya ke…? “ Naurah sengaja menduga Mustaqim.

“ rindu..? mungkin juga……hahaha….”

Mustaqim ketawa lagi, dia sengaja ketawa untuk menutup malunya. Naurah pula hanya tersenyum dalam diam. Hatinya berbunga riang apabila mendengar jawapan Mustaqim.

“ eh awak….awak ada terbau something tak…?” tiba-tiba Naurah menyoal Mustaqim.

“ bau apa….?” balas Mustaqim kebingungan.

“ bau……..bau macam orang yang tak mandi…..” Naurah menyakat Mustaqim lagi.

“ eh…..saya dah mandi subuh tadi..lepas solat…terus la tidur….” Mustaqim membela diri.

“ saya tak sebut pun nama awak….saya kata….ada bau orang tak mandi…..ha…..tak sangka dia mengaku sendiri…..hahaha….” kali ini giliran Naurah pula ketawa besar, puas hatinya dapat mengenakan Mustaqim.

“ ish….terkena lagi saya….tak mengapa lah…..bagi chance….”

“ awak buat apa malam tadi…?” soal Naurah.

“ malam tadi ikut Matt busking di Bukit Bintang….lepas tu pergi jamming….dekat pukul empat pagi baru habis…sampai rumah….ngam-ngam waktu subuh….”

“ wah…..sampai ke pagi….tak pe lah tu..asalkan tak lupa tanggungjawab itu dah memadai…lagi pun awak tak kerja kan...?”

“ betul la tu….erm…apa program awak hari ni…?”

Naurah terdiam, hatinya tertanya-tanya kenapa Mustaqim bertanyakan soalan itu. Adakah Mustaqim mahu mengajaknya keluar?

“ saya nak balik rumah petang ni…kenapa wak…?”

“ oh …ingat nak ajak awak keluar…makan-makan ke…sebab petang nanti saya nak pergi busking lagi…tapi awak dah nak balik rumah…lain kali je la…”

“ hmm….kalau nak jumpa sekejap…boleh juga…kita jumpa di Mid Valley sejam dari sekarang….boleh..?” Naurah memberikan cadangan.

“ eh…tadi kata nak balik rumah…?”

“ memang nak balik pun wak….saya nak naik komuter je balik nanti….”

“ ok lah kalau macam tu….Mid Valley……boleh….jumpa di sana ya….saya nak siap-siap dulu…..”

“ ok.....cepat..cepat pergi mandi..."

" iyer.....nanti saya mandi sekali lagi...pakai minyak wangi banyak-banyak...." balas Mustaqim.Naurah ketawa lagi.

" ok lah.....buyeee awak……” balas Naurah dalam nada manja sambil tersenyum lebar. Hatinya girang dapat bertemu lagi dengan Mustaqim.





apa akan terjadi selepas ini...?

2 comments:

MaY_LiN said...

g dating laaaaa

Lepat said...

sekali gi dating da..he..he.mesti best ni.