Monday, November 22, 2010

AKU, DIA DAN TZM - PART 5

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Lewat petang Sabtu, Naurah dan Fika menemani rakan sekuliahnya ke Pudu, mereka menemankan teman mereka untuk pulang ke kampong. Fika yang duduk di Terengganu tidak pulang ke kampong dan bercadang untuk menemankan Naurah menguruskan perniagaan onlinenya.

Naurah dan Fika berkongsi modal dan mengwujudkan perniagaan yang menjual pelbagai jenis dress, tudung dan shwal secara online. Hampir setahun perniagaan mereka berjalan dengan lancar dan dari sehari ke sehari bilangan pelanggannya semakin bertambah. Cuti semester kali ini akan dimanfaatkan untuk mencari meterial shwal, tudung dan blouse yang terbaru untuk dijual kepada para pelanggan mereka nanti.

Sebaik sahaja menghantar temannya pulang, Naurah dan Fika berjalan di sekitar Pasar Seni. Pada waktu-waktu begini memang ramai orang. Pelbagai gelagat manusia dapat mereka saksikan di sana. Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara orang menyanyi. Naurah tertarik pada suara itu, sangat lunak dan merdu.

“ eh….ada orang nyanyi…jom Fika kita pergi tengok..”

“ oh…budak-budak tengah busking…..tapi ramai sangat la yang berkerumun….” rungut Fika.

“ ala….kita tengok dari jauh pun tak pa….unik betul suara dia….”

Naurah terus menarik tangan Fika menunju ke kumpulan manusia yang sedang berkumpul menyaksikan persembahan penyanyi tersebut, dengan langkah yang berat Fika menurut juga kehendak rakan baiknya itu.

Maafkan aku terus memuja mu…
Maafkan aku yang terlanjur merindu..
Di dalam hujan renyai
Aku…..mengintai langit..
Mengharap engkau akan setuju..
Menyintai aku……..Mengintai Langit-Coco

Naurah terpana buat seketika apabila dia melihat penyanyi itu. Naurah hanyut dalam lautan perasaannya apabila menghayati setiap bait lagu tersebut. Dia benar-benar tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan Mustaqim. Dia juga tidak menyangka yang Mustaqim pandai bermain gitar sambil bernyanyi. Matanya tidak lepas-lepas memandang Mustaqim. Hatinya berbunga-bunga melihat Mustaqim yang sedang menyanyi dengan penuh perasaan.

“ Naurah…….” Fika menyiku tangan Naurah.

“ hmmm………”

“ kenapa dengan kau ni…?”

“ aku rasa…..aku dah jatuh cinta la Fika…..”

“ jatuh cinta..? kau biar betul…dengan siapa…dengan mamat yang menyanyi tu ke..?” soal Fika.

“ hahaha…entah la….” jawab Naurah sambil ketawa.

“ kau ni…..kalau nak jatuh cinta pun..tengok la orang sikit..mana boleh jatuh cinta dengan orang sembarangan…lagi-lagi mamat macam tu…ish…” rungut Fika.

Namun jauh di sudut hati Fika, mengatakan lelaki yang menyayi itu memang kacak. Dia mempunyai pakej lengkap jika dia ingin menjadi penyanyi.

Sebaik sahaja Mustaqim selesai menyanyi, semua yang menyaksikan persembahannya bertepuk tangan dengan girangnya. Mustaqim bangun bersama rakannya lalu menundukkan tubuhnya sebagai tanda terima kasih. Tiba-tiba matanya bertembung dengan Naurah yang berada 5 meter sahaja daripadanya. Dia terdiam buat seketika.Perasaannya kini bercampur baur di antara malu dan juga suka dengan kehadiran Naurah di situ.



“ apa dia buat kat sini…?” bisik hati kecilnya.

“ wah….penuh syahdu kau nyanyi tadi…..feeling habis….” rakan busking nya Matt menyapanya dari belakang.

“ iyer ke….tak la…biasa-biasa saja….”

“ kau jangan nak menipu….aku tau…aku kenal dengan kau bukan sehari dua….hari ni kau memang feeling habis….ada kena mengena ke lagu tu dengan kau…?”

Wajah Mustaqim merona kemerah menahan malu, lidahnya menjadi kelu tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada Matt.

“ err…sekejap yer…nak jumpa kawan….” dalih Mustaqim, dia terus bangun menghampiri Naurah.

“ Hi……..” sapa Mustaqim.

Naurah melemparkan senyuman ke arahnya. Mustaqim membalas kembali senyuman Naurah. Senang hatinya apabila dapat melihat senyuman Naurah.

“ tak tahu pula awak pandai nyanyi….sedap suara awak…” puji Naurah.

“ tak la…biasa-biasa saja…"

" selalu yer awak nyanyi di sini...?"

" setiap hujung minggu…kalau ada kelapangan ini la aktiviti saya…”

“ ehemm…..” tiba-tiba Fika memberikan isyarat kepada Naurah.

" siapa ni...kau kenal ke..?" bisik Fika kepada Naurah. Naurah tidak menjawab soalan Fika dan terus memperkenalkan Fika kepada Mustaqim.

“ oh ya…lupa….kenalkan ini kawan saya…Fika….”

“ ini lah Fika rakan serumah awak tu yer….selamat berkenalan….” ucap Mustaqim mesra.

“ eh…korang dah lama kenal ke…?” soal Fika lagi.

“ ini la superman aku….yang selamatkan aku masa kena ragut tu….ingat tak..?”

“ err….ini la lelaki yang makan dengan kau kat kedai mamak tu yer…?”

Naurah ketawa kecil sambil menganggukkan kepalanya apabila melihat riak wajah Fika mula berubah. Sudah tentu Fika malu dengan Mustaqim kerana dia pernah bercerita yang Mustaqim terdengar perbualannya di antara Fika tempoh hari.

“ awak dari mana…?”

Melihat riak wajah Fika mulai berubah, Mustaqim cuba menukar topik perbualan, dia faham akan perasaan Fika ketika itu.

“ hantar kawan ke Pudu tadi….saja lalu sini…terjumpa dengan awak….”

“ Mus…..” Matt memanggil Mustaqim dari jauh.

“ ok lah….saya nak kemas-kemas balik….nanti kita jumpa lagi…Assalammualaikum….” ucap Mustaqim dengan penuh hormat dan terus berlalu meninggalkan Naurah dan Fika.

“ awak…….!!!” Mustaqim segera memalingkan wajahnya apabila Naurah memanggilnya.

“ errr....takde apa lah…..take care yupp……” ucap Naurah sambil melambai-lambaikan tangannya.

Ada sesuatu yang ingin di sampaikan kepada Mustaqim, saat Mustaqim memalingkan wajahnya, tiba-tiba sahaja lidah Naurah menjadi kelu. Naurah terus menarik Fika dan mula meninggalkan tempat tersebut. Mustaqim pula hanya tersenyum. Gembira rasa hatinya kerana dapat bertemu dengan Naurah.



“ aku dah agak dah….kau dah jatuh cinta pada budak perempuan tu….betul…?” sergah Matt.

Mustaqim yang sedang mengemas barang-barangnya tersenyum lagi.

“ ha….sah la…asik tersenyum je….pandai juga kau cari awek…..cantik budaknya….” puji Matt.

“ kami tak sepadan….datang dari dua dunia yang berbeza….aku tak layak untuk dia….”

“ cinta itu buta Mus……buta…..kalau kau usaha sikit….mesti dia terima kau punya…aku tengok dia pun macam suka pada kau….”

Mustaqim tertawa kecil. Serta merta wajah Naurah bermain di ingatan. Dia sendiri tidak boleh menafikan perasaan yang ada untuk Naurah. Malah perasaan itu semakin hari semakin bercambah di dalam hatinya. Wajah Naurah memang kerap bermain di ingatannya. Perasaan rindu sentiasa ada untuk Naurah.

“ apakah ini namanya cinta….tapi layak kah aku untuk dia…..?” Mustaqim bermonolog sendiri.

♥♥ **************************************************** ♥♥

nanti sambung lagi yupp....

4 comments:

Anonymous said...

salam..sejujurnya saya rasa storyline bagus,but bahasa yang digunakan agak skema,skema ermm seperti membaca karangan budak sekolah..ya,tak salah untuk guna bahasa baku,namun guna la bahasa yang lebih puitis dan lebih indah..peace,no heart and hard feeling ya

aisya

nabilah_2908 said...

hye aisya ;

terima kasih di atas pandangan...sy akan cuba perbaiki lagi...sngt2 menghargainya... :)

Lepat said...

Wow!sentap hati lepat bila baca part ni..terasa sebak dan hepi sikit.keep up good work nabilah!

MaY_LiN said...

yup..
smbg lah..