Wednesday, November 17, 2010

AKU, DIA DAN TZM - PART 4

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Naurah sudah sedia maklum keadaan di KLCC akan sesak pada hujung minggu. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertemu pada hari jumaat, sebaik sahaja kaum lelaki selesai sembahyang jumaat. Lewat jam 2.45 petang, Naurah akhirnya tiba di tempat yang dijanjikan dalam keadaan termengah-mengah. Dia tahu dia sudah terlewat hampir 45 minit. Dari jauh kelihatan Mustaqim sedang membaca surat kabar di sebuah pondok terletak berhadapan dengan Masjid As-Syakirin KLCC.

“ wah….smart nya dia….” bisik hati kecil Naurah.

Mustaqim mengenakan t-shirt hitam berlengan pendek dan berseluar jeans biru gelap, dia juga mengenakan topi di kepalanya.

“ Assalammualaikum……..” Naurah menyapa Mustaqim yang sedang asyik membaca surat kabar.

“ Wa’alaikumsalam….” Mustaqim memandang wajah Naurah buat seketika.

“ Ya Allah….cantiknya dia…..” puji Mustaqim di dalam hati.

Jika Mustaqim kelihatan segak, Naurah pula kelihatan cukup manis sekali. Dia mengenakan t-shirt berlengan panjang berwarna merah hati dan shawal bercorak geometri melekap kemas di kepalanya.

“ kenapa awak pandang saya macam tu…muka saya comot yer…?” soal Naurah sambil menyentuh wajahnya.

“ eh…..bukan….tak comot pun….cantik dah….” puji Mustaqim sambil tersenyum, wajah Naurah merona kemerahan apabila dipuji oleh Mustaqim.

“ maaf saya lambat sikit sampai…”

“ tak mengapa lah….tak lama pun saya tunggu….awak dah makan…?” soal Mustaqim

“ belum……nak ajak awak makan la ni….jom….”

Mustaqim hanya menurut, dia dan Naurah berjalan beriringan masuk ke dalam KLCC.

“ erm….awak nak makan apa..?” soal Naurah.

“ entah lah….sejujurnya saya katakan saya tak biasa makan di sini….awak mesti biasakan…jadi awak saja lah yang tentukan…”

“ bukan ke awak kata awak kerja di sini….takkan tak biasa…?” soal Naurah kehairanan.

“ memang saya kerja di sini….tapi saya tak makan di tempat yang mahal-mahal…”

Naurah terdiam seketika setelah mendengar penjelasan Mustaqim.

“ kalau macam tu….kita makan fastfood jer la..Burger King ok…?” cadang Naurah.

“ ikut awak lah…” mereka turun ke tingkah bawah dan terus menuju ke restoran Burger King.

“ awak duduk la dulu….saya pergi beli….”

“ err…………”

“ kenapa…? Oh….takpe…biar saya belanja…lain kali awak belanja pula…ok..?”

“ tapi hari tu…awak juga yang belanja saya….kali ni biar lah saya pula…”

“ tak mengapa lah…sikit jer ni….next time…saya claim la dua kali ganda…..” Naurah mengenyitkan matanya ke arah Mustaqim, kemudiannya dia terus bergerak ke arah kaunter untuk memesan makanan.



Mustaqim melemparkan padangannya ke sekeliling restoran itu, restoran itu kelihatan agak lengang tidak ramai pengunjung yang datang. Bagi Mustaqim pula ini la kali pertama dia masuk dan bakal merasa makanan di sini. Sebelum ini dia tidak pernah terfikir untuk masuk ke sini, dia juga tidak gemarkan makanan dari barat. Baginya jika dia mendapat sepinggan nasi, seekor ikan dan sedikit sayur sudah memadai baginya.

Selang beberapa minit, Naurah datang sambil menatang dulang yang berisi makanan.

“ ini awak punya…..ini saya punya…..jemput makan….” ucapnya.

Mustaqim menjamah sedikit burger yang berada di hadapannya, apabila tekaknya boleh menerima, dia menyuap lagi burger ke dalam mulutnya. Mustaqim makan dengan berselera. Berbeza pula dengan Naurah, makanannya tidak terluak, dia asyik memerhatikan gelagat Mustaqim.

“ awak tak makan ke….?” soal Mustaqim apabila menyedari dirinya diperhatikan. Dia mulai gelisah.

“ saya kenyang lagi….suka tengok awak makan…” Naurah tertawa kecil.

“ saya makan gelojoh ye….maaf lah…..” Mustaqim mencapai tisu lalu mengesat mulutnya.

“ eh..tidak la…..saja….suka tengok awak makan..bersemangat betul…..awak memang suka makan laju macam ni yer…?”

Mustaqim tersenyum apabila Naurah mengajukan soalan kepadanya. Ali juga pernah menegur cara dia makan.

“ hmm….mungkin…..saya dah biasa macam ni…kerja macam saya kena selalu berkejar dengan masa….”

Naurah menganggukan kepalanya tanda faham.

“ oh ya…bercakap pasal kerja…boleh saya tahu….awak kerja apa….?” soal Naurah

Mustaqim tidak menjawab soalan Naurah dengan segera, dia menundukkan wajahnya. Berat mulutnya untuk memberi tahu Naurah perkara yang sebenar, bimbang kalau selepas ini Naurah akan menajuhkan diri daripadanya. Kalau boleh dia tidak mahu kehilangan kawan seperti Naurah.



“ kalau awak keberatan..tak mengapa lah….”

“ eh….bukan macam tu….baik lah saya akan beri tahu….lepas ini kalau awak tak mahu berkawan dengan saya lagi pun tidak mengapa….”

Naurah mengerutkan wajahnya, pelik dengan kata-kata Mustaqim

“ kenapa awak cakap macam tu…..awak kerja apa sebenarnya…?” hati Naurah mulai risau, risau kalau-kalau dia berkawan dengan orang yang salah. Otaknya mulai memikirkan pekara yang buruk tentang Mustaqim.

“ erm……sebenarnya….saya kerja buruh je wak…….”

“ buruh…buruh yang macam mana….?” soal Naurah dengan penuh minat.

“ awak nampak tak bangunan yang hampir siap di depan sana…?”

“ depan playground tu ke….?”

“ ha’ah….bangunan itu…..saya kerja di situ lah….sebagai buruh binaan….sama-sama membangunkan bagunan itu…kini kerja-kerja kami dah selesai….team mengecat jer yang belum selesai tugas….”

Terlopong mulut Naurah mendengar cerita Mustaqim, dalam kepalanya terbayang pekerja-pekerja buruh yang memikul batu, duduk di tempat yang tinggi sambil bertukang.

“ sungguh ke ni…?” soal Naurah, dia benar-benar tidak percaya apa yang telah dikatakan oleh Mustaqim.

Sepanjang perkenalannya, Mustaqim dilihat sebagai seorang yang berbudi bahasa dan bijak. Mustaqim tidak gemar berkata kosong. Malah melalui cara pemakaiannya juga tidak menampakkan bahawa dia seorang buruh.

“ betul….saya tidak menipu….apa yang buatkan awak sangsi….?” giliran Mustaqim pula menyoal Naurah.

“ cara awak…..cara percakapan awak….cara pemakaian awak……awak seorang yang bijak….setiap kata-kata awak bersahaja tapi penuh makna….”

Mustaqim tergelak kecil, dia mengeluarkan dompetnya dan dua keeping kad dikeluarkan dari dalam dompetnya.

“ awak tengok sendiri….ini ada pass pekerja saya…dan ini pula kad perkeso saya…..”

Naurah mengambil kad-kad tersebut,

“ ha’ah la…..patut la tangan berotot…igatkan selalu pergi gym…” Naurah mengiyakan kata-kata Mustaqim.

“ err….awak cakap apa…maaf saya kurang jelas….” soal Mustaqim.

Naurah memandang Mustaqim sambil tersenyum.

“ tak ada apa…cakap dengan diri sendiri saja…tapi kan wak…..cara awak tak menunjukkan yang awak ni pekerja buruh…..awak sentiasa smart…”

" smart....maksud awak macam mana...?" soal Mustaqim kembali

" smart....kemas....bergaya....."

“ awak…….kita kena la berpakaian sesuai dengan keadaan….bila kerja baju lain….bila keluar baju lain….sama macam perempuan juga….betul tak….? kita tak boleh menilai orang melalui cara pemakaiannya sahaja….”

Naurah malu sendiri, benar kata Mustaqim kita tak sepatutnya menilai seseorang dari luarannya sahaja.

“ maafkan saya…..” ucap Naurah perlahan.

“ tak mengapa….saya faham…..tiada apa pun yang perlu di maafkan….saya yang sepatutnya minta maaf pada awak….mungkin saya dah terlajak kata….maafkan saya…”

“ eh…jangan macam tu….awak tak salah apa-apa…awak telah membuka minda saya….terima kasih….seronok dapat berkawan dengan awak…lain dari yang lain…” ucap Naurah bersungguh-sungguh.

Mustaqim tergelak lagi, senang hatinya apabila Naurah boleh menerimanya.

“ jadi….awak tak kisah la kawan dengan saya….?”

“ hmmm….awak buat kerja halal atau haram…?” tiba-tiba Naurah menyoal Mustaqim.

“ sudah tentu lah halal…kenapa…?”

“ kalau halal…tiada apa yang perlu dimalukan…at least awak berusaha, mencari rezeki…..tidak macam sesetengah pemuda…hanya tahu menghabiskan wang ibu bapa…tanpa berbuat apa-apa…”

“ sungguh ke awak tak kisah berkawan dengan pekerja buruh macam saya…?” Mustaqim mengulangi soalannya.



Naurah sekadar menganggukan kepalanya sahaja. Hati Mustaqim yang sedari tadi berkocak, kini menjadi tenang apabila melihat senyuman Naurah. Mata mereka saling bertentangan buat seketika. Terasa ada getaran di dalam dada apabila mereka saling berpandangan.

“ so….lepas ni awak ke mana pula…balik kampong…?” Naurah semakin berminat untuk mengetahui latar belakang Mustaqim dengan lebih mendalam.

Mustaqim menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ kampong saya jauh…..hujung negeri…nun……di seberang Laut China Selatan sana….”

“ Laut China Selatan….?? Awak dari mana… dari Sabah ke…?”

“ bijak awak ni….betul la…saya dari Sabah…”

“ tapi……cara awak cakap…tak macam orang Sabah pun…saya ada juga dua tiga kawan dari Sabah..memang dapat bezakan….tapi dengan awak…tak….kenapa…?”

“ hampir lapan tahun saya duduk di sini…bercampur dengan orang sini…lorat Sabah tu dah mula berkurangan…”

“ wah….semakin menarik kisah hidup awak ni….Sabah di mana…saya pernah ke Sabah…tapi di area Kota Kinabalu saja lah…”

“ saya berasal dari Samporna….pernah sampai sana…?”

Naurah menggelengkan kepalanya.

“ tak…tapi saya pernah tonton satu dokumentari di tv tentang Samporna Sabah…cantik air laut di sana…tempat awak terkenal dengan hasil laut dan rumpai laut…betul tak…?”

“ betul….saya dari suku kaum Bajau Laut….”

“ erm….famili awak…yang duduk di atas laut tu yer….?” soal Naurah dengan penuh minat.

“ ha…kali ni awak salah….yang duduk di laut itu..memang la orang bajau laut..kiranya mereka orang asli…famili saya….duduk di darat..tapi masih menjalankan aktiviti nelayan…..”

Mustaqim mula membuka kisah hidupnya, Mustaqim merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik. Dia mempunyai seorang abang dan dua orang kakak. Kedua orang kakaknya selepas berkahwin, pergi mengikut suami mereka merantau. Tinggallah abang sulungnya dan dia di rumah. Keluarga mereka hidup susah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Hasil tangkapan yang dijual kepada peraih tidak lah lumayan mana, hanya cukup untuk belanja makan seharian mereka. Walaupun hidup susah, bapa Mustaqim tetap berusaha mencari duit untuk menyekolahkan Mustaqim, harapannya agar Mustaqim dapat menghabiskan persekolahannya, tidak seperti abang dan kakak-kakaknya yang tidak berpeluang untuk bersekolah.

Namun sebaik sahaja umurnya mencecah enam belas tahun, dia terpaksa melupakan zaman persekolahannya. Faktor pertama, dia tidak sanggup melihat kudrat bapanya yang uzur bekerja mati-matian, semata-mata mahukan dia bersekolah dan faktor kedua kedudukan sekolah menengah lebih jauh dari sekolah rendahnya dulu. Mustaqim tidak mahu membebankan bapa dan abangnya lagi. Maka dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.



“ bapa awak tak menghalang…..?” soal Naurah.

“ bapak memang bantah…tapi saya berdegil mahu berhenti dengan alasan saya dah bosan dengan sekolah….kebetulan ada beberapa orang pemuda dari kampong saya merancang ingin ke Semenanjung..jadi saya turut serta….”

“ begitu rupanya….mesti masa sekolah awak tergolong dalam pelajar yang bijak pandai…betul tak..?” Naurah meneka.

“ eh…tidak la…saya pelajar biasa saja….” Mustaqim menafikan tekaan Naurah yang sememangnya benar.

Dia memang di antara pelajar harapan sekolah, keputusan PMR nya sangat baik, dia memperolehi 7A dan 1B, dia juga berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya di Kota Kinabalu. Namun mengenangkan bapanya yang tidak berkemampuan. Dia terpaksa melupakan segalanya.

“ erm…sekejap….awak kata awak ada seorang abang….tapi…abang Ali yang sering awak ceritakan itu siapa…?”

“ saya dah anggap dia macam abang kandung saya sendiri….sebaik sahaja saya tiba di KL ni…dia la yang menjaga saya….abang saya di kampong sana…berkawan baik dengan abang Ali…jadi abang saya minta abang Ali menjaga saya….”

“ menarik juga life journey awak…..tak sangka betul…..”

“ tidak la menarik mana…..saya ni orang susah…..jadi kena la lebih sedikit berusaha untuk mengharungi hidup di sini….asik cerita tentang saya….cerita awak pula macam mana….?” kini giliran Mustaqim pula menyoal Naurah.

“ cerita saya….? hrumm…..sebelum itu….saya nak tahu apa pandangan awak tentang saya….nak tengok juga cara penilaian awak terhadap saya…macam mana…boleh…?”

Mustaqim merenung anak mata Naurah dalam. Naurah mula menjadi tidak keruan apabila dia direnung sebegitu, cepat-cepat dia melarikan anak matanya ke arah lain.

“ entah la…..saya rasa awak ni anak manja….lebih daripada itu….saya tak pasti….”

“ betul juga tu….saya anak tunggal….dah tentu la manja….saya asal dari sini juga…rumah saya di Taman Melawati…saya dah takde ayah….ada mak je….” ucapnya dalam nada sayu.

“ err…maafkan saya……ayah awak dah meninggal…?”

“ takpe……ya…..ayah saya meninggal masa saya mula-mula masuk UM….ayah menghidap kanser tulang….dia tak pernah bagi tahu kami tentang penyakit dia….seminggu saya di UM…saya dapat berita yang ayah dah meninggal dunia….” Naurah mula sebak terkenangkan ayahnya.



Jika di bandingkan di antara ayah dan mamanya, dia lebih rapat dengan ayahnya. Ayahnya lebih memahami dirinya berbanding dengan mamanya. Sebaik sahaja ayahnya meninggal dunia, dia rasa sangat kehilangan, tiada lagi tempat dia mengadu masalah, tiada lagi tempat dia bermanja.

“ Naurah….awak ok…?”

Naurah terus tersenyum ,

“ saya ok…..”

“ tak mengapa lah…kita tukar topik lain…..erm….lepas ni awak nak terus balik ke…?”

Naurah mengerling jam dipergelangan tangannya, jam menunjukkan sudah menunjukkan pukul empat petang.

“ awal lagi…..tak nak jalan-jalan dulu…?” soal Naurah

Mustaqim terdiam sejenak, otaknya ligat memikirkan sesuatu dan akhirnya dia tersenyum.

“ ha….saya ada satu tempat yang saya dah lama teringin nak pergi…sudi tak awak teman kan saya…?”

“ awak nak ke mana…?”

“ nak ke Aquaria…..boleh temankan saya….?”

Naurah melemparkan senyuman manis ke arah Mustaqim dan terus mengaggukkan kepalanya. Mereka keluar berjalan beriringan menuju ke Aquaria.

♥♥ **************************************************** ♥♥

kalau publish seminggu sekali ok tak...? or nak macam dulu...seminggu dua kali...?


4 comments:

MaY_LiN said...

wee..
naurah ngan mus da jadi kawan baik..
kite xkesah..
nak bg n3 tetiap hari pun boleh..
hikhikhik

Anonymous said...

seminggu sekali tak best lah...lambat sangat....

Lepat said...

hm,better seminggu 2 kali.taklah boring sangat.hm,kalau boleh nak tiap-tiap hari tapi takdapatlah kan.apapun,best tul part ni.harap-harap mereka berkawan sampai ke jinjang pelamin.amin.

Dilla Ady said...

tetiba ade ayat "life journey" di situ...

i like 14 ratus kali...hihihi