Wednesday, September 15, 2010

NOTA CINTA - PART 61

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Seawal jam enam pagi, Sarah sudah tersedar dari lenanya. Saat dia bangun menuju ke bilik air, dia dapat rasakan saki baki air matanya semalam mengalir membasahi pipinya. Air mata itu segera dikesat dengan hujung bajunya. Pagi ini dia bangun dengan semangat yang baru. Benar kata Johari, dia perlu bangkit, dia perlu pertahankan cintanya, dia perlu hadapi apa jua rintangan yang menghalang. Dia mencapai tuala dan berlalu masuk ke dalam bilk air.

Usai solat subuh, Sarah menghabiskan masanya menghirup udara pagi yang segar di halaman rumahnya. Maryam yang sedari tadi memerhatikan tingkah anaknya dari bilik lantas menyapanya dari balkoni tingkat atas.

“ Sarah……….” laung Maryam, Sarah segera menoleh

“ ada apa bu…?”

“ buat apa sorang-sorang kat laman tu…?”

“ tak da apa….saja ambil angin pagi….”

“ mari tolong ibu sediakan sarapan….”

“ ok bu…..” jawab Sarah, dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja tiba di dapur, ibunya sudah pun berada di dapur.

“ pagi ni nak masak apa bu…?” soal Sarah.

“ ayah kata dia nak makan nasi….ibu dah masak nasi dah..lauk-lauk semalam pun ibu dah siap panaskan…Sarah pergi siapkan air…” arah ibunya.

Tanpa berlengah, Sarah mengambil jug dari dalam kabinet dapur. Dua uncang teh diambil lalu di rendam di dalam air panas yang telah di isikan di dalam jug tersebut.

“ erm….Sarah ok ke…?” soal Maryam, kerja-kerja Sarah terhenti buat seketika.

“ Sarah ok bu…macam biasa lah…kenapa ibu tanya macam tu…?” soal Sarah kehairanan.

“ semalam….ibu dah dengar semuanya...nasib baik la Farah ada…sedikit sebanyak kurang sikit bebanan Sarah tu kan…” jawab Maryam sayu.

Sebenarnya dia sedikit terasa dengan Sarah, kerana Sarah tidak gemar berkongsi masalah, berkongsi cerita dengannya. Sarah lebih gemar berkongsi segalanya dengan kakaknya. Namun dia juga sedar sikap tegas yang ditunjukkan kepada anak-anaknya sedari mereka kecil la yang menyebabkan anak-anaknya kurang rapat dengannya. Sejak usianya meningkat tua, baru lah dia mula mesra dengan anak-anaknya.

“ oh pasal semalam…..tak perasan pun ibu ada……”

“ tak mengapa lah….Sarah kena tabah tau….ibu yakin Sarah boleh….” ucap Maryam sambil tersenyum. Mereka berbalas senyuman, Sarah menghampir ibunya dan terus memeluk ibunya dari belakang.

“ terima kasih bu…..” balas Sarah lembut.

“ eh…drama apa ni…..?” sapa Farah.Entah bila Frah turun, Sarah sendiri tidak perasan akan kehadiran kakanya tahu-tahu kakaknya sudah terjongol di pintu dapur. Sarah meleraikan pelukkannya.

“ ish pengantin baru nih….bukan nak beri salam…main terjah je…” balas Sarah.

“ ok..sorry….Asslammualaikum…..”

“ wa'alikumsalam...ha..macam tu la dinamakan sebagai muslimah sejati…eh….ibu……cuba tengok rambut kakak…basah la….” ucap Sarah sambil menjeling nakal ke arah Farah.

Maryam hanya tersenyum, Farah pula mengetap bibir menahan geram.

“ kenapa…salah ke kakak basahkan rambut…?” soal Farah,

“ tak salah….cuma pelik….setahu Sarah la kan…biasanya kakak suka basuh rambut waktu malam…kalau kakak basuh rambut waktu pagi….cuma ada 1 sebab jer…”

“ sebab apa tu Sarah…..” sampuk Maryam,

Maryam sudah sedia maklum maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Sarah, namun sengaja dia melayan Sarah, sengaja mahu mengusik Farah. Terkekeh-kekeh Sarah ketawa apabila mendengar soalan dari ibunya.



“ sebab apa lagi bu…sebab kena mandi hadas la…..tapi…seingat Sarah…tarikh Sarah dengan kakak period dekat-dekat jer…kalau beza pun cuma satu atau dua hari…more…..bukan ke period kakak baru saja habis seminggu yang lepas…..takkan la kakak period lagi kot……” sambung Sarah, dia ketawa lagi. Wajah Farah sudah merona merah menahan malu.

“ Sarah….dah…dah la mengusik kakak tu….Sarah dah kawin nanti…ha….sama juga…” sampuk Maryam.

“betul tu…takpe bu…..bila sampai turn Sarah..siap lah dia….Farah takkan lepaskan…” balas Farah.

“ hahaha….itu takkan mungkin terjadi….bila Sarah dah kahwin….Sarah akan cakap kat hubby…abang…..sabar..…tak perlu gelojoh...kita pergi honeymoon dulu….” balas Sarah, tawanya meledak lagi.

“amboi……gatal eh….”

Farah mendapatkan Sarah lalu meggeletek badan Sarah, Sarah menjerit kegelian. Rumah Tajudddin pada pagi itu riuh rendah dengan jeritan dan hilai tawa Sarah dan Farah. Maryam hanya memerhatikan tingah anak-anaknya sambil menyiapkan meja makan.

“ apa yang riuh rendah ni……?” sapa Tajjudin membuatkan tawa mereka terhenti. Sarah dan Farah termengah-mengah kepenatan.

“ biasa la bang budak-budak ni…lambat abang balik…”

“ kat masjid tadi ada ceramah sikit….itu yang lambat….lepas habis ceramah…orang-orang kampong beramah mesra dengan pengantin baru kita tu ha…” balas Tajuddin sambil menundingkan jarinya ke arah Johari.

“ patut la lambat….kesian kak Farah tau bang…lama dia tunggu abang balik….” sampuk Sarah.

“ Sarah……….” Farah mencucuk pinggang Sarah, serta merta Sarah menjerit kegelian. Johari pula hanya tersenyum tersipu-sipu menahan malu.

“ dah la tu Sarah…..cukup-cukup lah mengusik kakak tu..jom kita makan….” ujar Maryam.

Farah tersenyum lebar apabila ibunya cuba membelanya, manakala Sarah pula hanya menjelirkan lidah ke arah Farah. Farah sekali lagi cuba mengejarnya. Sarah segera berlari ke arah ayahnya. Apabila melihat lirikkan mata ayahnya, langkah Farah terhenti. Dia terus duduk di meja makan bersebelahan dengan suaminya.



Sedang menikmati hidangan tiba-tiba telefon Sarah berbunyi. Pada mulanya Sarah hanya membiarkan sahaja telefonnya tidak berjawab. Namun selang beberapa saat telefonnya berbunyi lagi, dengan malas Sarah bagun mendapatkan telefonnya.

Sarah mengerutkan dahi apabila melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Nombor itu tiada dalam simpanannya. Hatinya berbelah bahagi samada ingin menjawab panggilan itu ataupun tidak. Namun akhirnya dia menjawab juga panggilan tersebut.

“ Hello……..” ucap Sarah.

“ Hello Sarah………”

Hati Sarah tersentap sebaik sahaja mendengar suara tersebut,

“ apa yang dia nak…..kenapa tiba-tiba dia cari aku….” bisik hati kecil Sarah.


♥♥ **************************************************** ♥♥

siapa lah agaknya yang menalifon Sarah kan...??

nantikan sambungannya....saya akan cuba update episod terbaru pada hari Jumaat ini..Insya'Allah..

p/s : saya mohon maaf di atas kelewatan mengupdate episod terbaru,

1 comment:

MaY_LiN said...

oho..
nakal sarah ni..
sapa tu..
saspen nye..
slmt hr raya sis