Saturday, September 4, 2010

NOTA CINTA - PART 60

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Kotak pemberian Adam di pandang sepi. Hatinya masih lagi berteka-teki tentang isi kandungan kotak tersebut walaupun kotak itu kini berada di hadapan matanya. Dia mengerling jam di dinding,

“ Ya Allah…dah pukul 12 lebih….” keluh hatinya.

Sarah bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Tanggungjawabnya masih belum selesai. Usai solat, Sarah segera menadah tangan memohon doa.

“ Ya Allah…Ya Rabbi..Ya Rahman…Ya Tuhan ku….aku mohon kepada mu Ya Allah….tetapkan lah iman aku…jangan kau pesongkan akidah ku…bantu lah aku..berikan lah aku petunjuk dalam menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu diri ini …Ya Allah…..sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya….berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan yang telah kau berikan kepada ku…sesungguhnya aku redha menerima ini semua…Ya Allah….selamat kan lah Adam….lindungi lah dia dari di timpa musibah, kasihani lah dia Ya Allah…..”

“ Ya Allah…..seandainya telah kau takdirkan bahawa aku lah tulang rusuknya….satukan lah kami…jangan kau pisahkan kami lagi…..jika telah kau takdirkan bahawa aku bukan untuknya….aku redha dengan ketentuan ini….walaupun aku amat mencintai dirinya dengan sepenuh hati ku….aku mohon pada mu Ya Allah…bantu lah aku…..” Sarah merintih dalam doanya.

Sarah bangun melipat telekung dan sejadahnya lalu dimasukkan ke dalam almari, matanya mulai berat. Sarah merebahkan dirinya di atas katil, dia berasa sangat tenang, hatinya lapang, fikirannya tidak lagi kusut. Sebelum dia melelapkan mata, tiba-tiba dia teringat akan kotak pemberian Adam, Sarah bingkas bangun, kotak yang berada di atas meja soleknya segera di capai. Hatinya berdebar-debar semasa membuka kotak tersebut.

“ Bismillah………”

Sarah membuka kotak tersebut dengan perlahan, terdapat sehelai shawl berwarna unggu kehitaman berlipat kemas di dalamnya. Ketika Sarah mengambil shawl itu, tiba-tiba sebuah kotak kecil terkeluar dari lipatan shawl tersebut lalu jatuh di ribanya. Sarah mengambil kotak itu dan terus membukanya.

“ Ya Allah…cantiknya……” ucap Sarah sebaik sahaja melihat isi kandungan kotak kecil tersebut.

Terdapat seutas rantai emas putih berloketkan sebiji batu merah yang berkilat berbentuk hati. Sarah membelek rantai tersebut, di belakang loket itu terukir huruf A&S. Serta merta dia teringatkan rantai kunci yang pernah Adam berikan kepadanya suatu ketika dahulu. Rantai kunci yang mempunya huruf A dan S.



“ terima kasih Adam……” ucapnya lembut.

Bukan itu sahaja, di dalam kotak unggu kehitaman itu juga terdapat himpunan kertas lukisan bersaiz A4 yang berikat dengan riben merah. Seolah-olah seperti buku skrap, di muka hadapannya terdapat lukisan sepasang kekasih sedang melihat matahari terbenam di sebuah taman. Sarah yakin itu merupakan lukisan Adam.

“ Nota Cinta….” Sarah membaca tulisan yang terdapat di bawah lukisan tersebut.


Di dedikasikan buat wanita yang amat dicintai,
Sarah Umairah Tajuddin.

Sarah…..
Entah kenapa hati ini meronta-ronta untuk lakukan ini semua. Maaf sekiranya bingkisan ini mengganggu hidup Sarah.

Sarah…
Di dalam Nota Cinta ini telah Adam himpunkan memori indah ketika kita bersama. Ini sahaja lah yang tinggal untuk tatapan Sarah dan untuk Adam,.....Adam tidak memerlukan bingkisan ini...memori kita akan Adam simpan kemas di fikiran ini dan akan Adam pastikan ianya akan kekal sehinggalah nafas Adam yang terakhir.


Memang benar apa yang dikatakan oleh Adam, di dalam himpunan kertas itu terdapat pelbagai lukisan, semuanya menceritakan tentang saat-saat indah yang pernah mereka lalu. Kenangan yang cukup indah untuk dikenang. Sarah menatap setiap satu lukisan dengan lama, dan dalam masa yang sama kenangan lalu kembali mengetuk kotak memorinya. Senyuman tidak pernah lekang dibibirnya saat dia menatap lukisan tersebut, seolah-olah dia sedang menatap album gambar.

Adam mempunyai bakat dalam bidang lukisan, di sekolah dulu, Adam mewakili sekolah dalam pertandingan melukis dan Adam sering kali mendapat tempat teratas dalam setiap pertandingan yang telah disertainya. Malah di dinding-dinding sekolah juga penuh dengan mural hasil lukisan tangannya. Adam memang menjadi kebanggaan sekolah pada waktu itu. Sarah juga turut mengkagumi bakat yang ada pada Adam.

Hatinya tersentuh saat dia menatap sebuah lukisan yang mengambarkan dirinya. Dirinya yang ketika itu berkaca mata, anak rambutnya sedikit terjuntai di dahi sedang leka membaca buku . Terdapat juga sedikit coretan dibawah lukisan tersebut.


Sarah Sayang ,
Adam suka lihat Sarah dalam keadaan begini, Sarah sangat cantik. Maafkan Adam kerana curi-curi lukis wajah Sarah. Gambar ini Adam lukiskan semula untuk Sarah. Adam pernah mengirimkan gambar ini kepada Sarah suatu ketika dulu..


Sarah menyelak muka surat seterusnya, kali ini lukisan berlatar belakangkan padang sekolah dan juga Giant Tree. Sarah berbaju sekolah duduk di pangkal pokok tersebut sambil tersenyum. Sarah menyentuh lembut lukisan tersebut, sambil membayangkan wajah Adam. Dia mula sebak, serta merta air matanya merembes keluar.


Saat-saat indah ketika bersama mu…

Ini la memori yang sentisa berada di dalam fikiran Adam , Sarah simpan baik-baik yer, manalah tahu bila Sarah lihat lukisan-lukisan ini, Sarah mampu ingat semula. Mungkin ketika itu kita sudah tidak lagi bersama, entah lah…


Bukan sahaja kenangan di sekolah yang Adam lukiskan. Saat mereka pertama kali bertemu kembali iaitu di bank tempat Adam bekerja turut dilukis oleh Adam. Sarah tersenyum lagi. Setiap satu lukisan, pasti ada sedikit coretan untuk Sarah.


Sarah,
Sarah sangat cantik apabila mengenakan kebaya unggu itu, saat pertama kali Adam melihat Sarah, Adam rasakan seolah-olah Allah telah turunkan seorang bidadari buat Adam dan siapa sangka bidadari itu merupakan perempuan yang telah lama bertakhta di hati Adam .

Adam sangat bersyukur kerana kita dipertemukan sekali lagi. Saat itu Adam sangat yakin bahawa kita telah diciptakan untuk bersama. Indahnya kenangan itu. Tapi kini….keyakinan itu semakan pudar..


Dia terus menyelak ke muka yang berikutnya, Adam telah mempersembahkan sebuah lagi lukisan, seorang wanita yang berbaju kurung dan bertudung.

“ itu aku…….” bisik hati kecil Sarah.


Sarah……..
Sudah lama Adam ingin suarakan hasrat ini, tapi sehingga…Adam masih tidak berkesempatan…

Sebenarnya…..Adam sudah lama teringin melihat Sarah bertudung, apa yang Adam lukiskan ini mengambarkan apa yang Adam banyangkan tentang Sarah. Adam dapat bayangkan betapa manisnya jika Sarah bertudung dan berbaju kurung. Sarah nak tahu tak ketika Adam melukis gambar ini, Adam tak berhenti senyum, asyik membayangkan Sarah.

Adam harap Sarah suka dengan shawl yang Adam berikan, Adam bukan memaksa Sarah untuk memakai tudung, jangan salah anggap ya sayang…pakai lah tudung bila Sarah rasa Sarah benar-benar bersedia…simpalah shawl ini untuk dijadikan kenang-kenangan.

Sarah,
Sarah pasti perasan akan kotak kecil yang terdapat dalam lipatan shawl ni bukan..? itu juga untuk Sarah…kalung itu juga sudah lama berada dalam simpanan Adam…Adam bercadang untuk berikan kepada Sarah pada hari bahagia kita nanti…

Tapi………

Adam rasa…mungkin hari yang Adam nantikan..hari yang Adam angankan..takkan menjadi kenyataan…kerana itu lah Adam berikan pada Sarah sekarang…Sarah simpan lah baik-baik yer…dan seandainya Sarah tak suka….buanglah kalung itu…..itu kepunyaan Sarah…Sarah berhak buat apa sahaja dengan kalung itu…


Air mata Sarah merembes lagi tanpa henti, shawl permberian Adam digenggam erat, begitu juga dengan rantai pemberian Adam.

“ tak Adam….tak…Sarah takkan buangkan kalung ini….ianya amat bermakna buat Sarah…” hatinya merintih lagi.

Dia menyelak ke muka surat seterusnya, dia terkesima apabila melihat Adam melukis dia sedang membuka kotak cincin pemberian Uzair. Dia sudah tidak dapat mengawal perasaannya, badannya terhenjut-henjut bersama esak tangisannya. Adam pasti sudah salah faham, Adam pasti beranggapan bahawa Sarah ada hubungan yang istimewa dengan Uzair.


Sarah sayang,
Saat ini, mungkin Adam sudah berada jauh dari Sarah. Sarah jaga diri baik-baik ya. Uzair itu lelaki yang baik, Adam yakin Uzair mampu menjaga Sarah, Uzair juga mampu membahagiakan Sarah.

Jika dulu..Sarah lah segalanya untuk Adam. Sarah kekuatan Adam, Sarah juga kelemahan Adam. Tapi kini, Adam sedar…keadaan telah berubah…Adam perlu teruskan hidup tanpa Sarah. Mungkin ini takdir kita. Allah telah takdirkan kita takkan bersama. Walaupun Adam agak terkilan, namun Allah itu maha kuasa, pasti ada hikmah di sebalik semua ini kan…?

Sarah….
You are the best thing that ever happened to me dan Adam bersyukur kerana berkesempatan untuk memiliki hati Sarah. Adam juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana suatu ketika dahulu, Sarah juga pernah menyayangi Adam dengan sepenuh hati Sarah. Terima kasih Sarah…terima kasih..kasih sayang yang Sarah berikan sangat bermakna buat Adam..terima kasih sekali lagi.

Seandainya Adam pernah sakitkan hati Sarah…pernah buat Sarah marah….Adam minta maaf ya…

Sarah……..
Sarah jangan sesekali berhenti senyum ya….Sarah cantik sangat apabila tersenyum. Adam pergi dahulu, moga kita dapat bertemu lagi suatu hari nanti.

Yang amat mencintai diri mu…
Adam Lim Abdullah.


“ Adam……………….” dia menyembabkan muka ke ke tilam dan menagis semahunya.

♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Mama……mama nak makan…?” soal Jessica lembut. Mamanya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jessica mengeluh perlahan, dia meneruskan pemanduan ke suatu destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Dia hanya mengikut kata hatinya sahaja. Fikirannya bercelaru, pelbagai masalah timbul dan dia harus hadapinya seorang diri. Bebanan yang dirasakan sangat berat untuk dipikul.

Papanya di kejarkan ke hospital setelah kepalanya dihentak dengan pasu oleh mamanya. Semalaman papanya di masukkan di wad ICU, dan apabila keadaan papanya telah stabil, papanya dipindahkan pula ke wad biasa. Namun itu semua masih belum mampu membuatkan Jessica berasa lega. Menurut doktor yang merawa papanya, seandainya papanya sedar semula, besar kemungkinan papanya akan lumpuh separuh badan. Papanya telah di serang penyakit angin ahmar.

Mamanya pula telah ditahan selama tiga hari di wad sakit mental di atas arahan polis. Sebaik sahaja keadaanya stabil, pihak hospital membenarkan Jessica membawa mamanya pulang. Mamanya perlukan sepenuh perhatian dari Jessica, begitu juga dengan papanya yang kini lumpuh, sudah tidak berdaya bergerak. Sebaik sahaja papanya sedar kelak, dia juga harus menguruskan papanya.

Jessica menyentuh lembut perutnya, anak yang berada di dalam kandungannya iu semakin membesar. Jika dahulu, dia bencikan kandungan itu, tapi kini dia semakin sayang, kandungannya itu lah yang memberikan semangat pada Jessica untuk meneruskan hidup.

Air matanya mengalir perlahan, dia kini benar-benar kesunyian, tiada siapa pun di sisi untuk membantu. Rasa kesal telah lama menebal di hati, menyesal dengan sikap buruknya dulu yang penuh dengan rasa hasad dengki dan dendam. Dia kini telah bersedia untuk menerima hukuman di atas kesalahan yang dia telah lakukan selama ini. Segala nya sudah dirancang, yang pastinya destinasi yang dituju kali ini merupakan destinasi yang terakhir baginya. Mungkin selepas ini, tiada lagi dunia bebas untuknya.

“ kenapa menagis….?” soal mamanya, mamanya mengelap perlahan air mata Jessica.

nothing ma……its ok….” Ucap Jessica lembut, sambil memegang tangan mamanya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

nanti sambung lagi ya.....pang

3 comments:

MaY_LiN said...

nak adam ngan sarah jmp semula

nursya said...

cian kat adam ngn sarah...
sedey tol la...

Anonymous said...

bila nk sambung ni.?????
x sabar nk thu cerita seterusnya...........