Saturday, August 7, 2010

NOTA CINTA - PART 54




...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



“ Sarah…..Sarah…bagun….” Farah menggerakkan tubuh adiknya.

Lewat jam tiga pagi, seisi keluarga terkejut apabila mendengar Sarah menjerit-jerit. Mereka segera mendapatkan Sarah. Sebaik sahaja Sarah membuka mata, dia terus memeluk Farah sambil menagis. Tubuhnya menggigil seperti dalam ketakutan. Maryam menghampiri anaknya. Kini Sarah berpelukkan pula dengan ibunya. Maryam mengusap kepala Sarah sambil menenangkannya.

“ kenapa ni Sarah….Sarah mimpi apa….?” soal Maryam lembut.

“Adam…….Adam mati….kena tembak……Jessica…..Jessica yang bunuh Adam….” cerita Sarah terketar-ketar.

“ Ya Allah kasihannya anak aku….Sarah bermimpi saja….jangan risau….Adam tak apa-apa….” ucap Maryam lembut.

Setelah berjaya menenangkan Sarah, Sarah tidur kembali. Maryam dan Farah keluar dari bilik Sarah. Mereka melepaskan keluhan. Mereka duduk di sofa yang terletak di ruang tamu di tingkat atas.

“ Bu……kesian Farah tengok Sarah…..Farah rasa..macam nak bagi tahu pada Adam perkara yang sebenar...tak sanggup rasanya melihat Sarah tersiksa macam ni…”

“ Ibu pun ada terfikir juga tentang hal ini…tapi tak tahu lah samada tindakan kita ni betul atau tidak…”

“ Jessica pun satu masalah juga….busuk betul hati perut dia...kan bu….licik pula tu….” sambung Farah.

“ pedulikan saja lah si Jess tu….negara kita kan ada undang-undang…mana boleh dia buat sesuka hati dia sahaja….kita bagi tahu saja lah pada Adam perkara yang sebenar…..” candang Maryam, Farah mengagguk-anggukan kepalanya.

“ jangan……….” celah Tajuddin. Maryam dan Farah memandang Tajuddin dengan riak wajah yang kurang senang dengan jawapan Tajuddin.

“ kenapa ayah tak bagi pula..ayah tak kesian ke pada Sarah…?” luah Farah.

“ Sarah tu dah besar….ayah yakin..dia mampu menyelesaikan masalahnya sendiri..kita jangan masuk campur…kita hanya boleh menasihatkan Sarah sahaja…” Tajuddin meluahkan pendapatnya.

Isteri dan anaknya terdiam, jauh di sudut hati mereka, memang mereka ingin membantu Sarah, namun kata-kata dari Tajuddin ada betulnya juga.

“ kalau macam tu….ok lah….betul juga kata ayah…erm…ayah…ibu…Farah masuk tidur dulu….Assalammualaikum…” ucap Farah, lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Begitu juga dengan Tajuddin dan Maryam, keadaan rumah kembali sepi semula.

“ bang……….” Tajuddin yang ketika itu baru sahaja ingin melelapkan mata, terjaga semula.

“ kenapa Yam….”

“ sedih saya mengenangkan nasib ke dua anak kita…..”

Tajuddin memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Maryam. Dia bersedia untuk mendengar luahan hati isterinya, dalam keadaan bilik yang suram, Tajjudin masih mampu melihat riak wajah isterinya yang keresahan.

“ kenapa Yam cakap macam tu..?”

“ semuanya mangsa korban cinta…..macam Farah…baru nak kecapi kebahagiaan….Allah telah mengambil Mus semula…..tapi Alhamdulillah…..Farah kini dah ada Johari…..Sarah pula…dulu terpaksa berdepan dengan Razif yang gila…..baru bertemu dengan Adam…Jessica pula yang menjadi batu penghalang….sedih saya bang……” luah Maryam.

“ Yam…..jangan mengeluh….setiap apa yang berlaku..pasti ada hikmahnya….setiap yang pahit ada manisnya…Allah sedang menguji kita dan anak-anak kita…kita kena banyak bersabar…kita kena redha dengan apa yang telah di takdirkan...sabar lah Yam…”

♥♥ **************************************************** ♥♥



Tinggal sehari sahaja majlis Farah akan berlangsung. Sanak saudara dan juga orang kampung sudah mula bertungkus lumus membuat persiapan.

“ Assalammualaikum……” Maryam menjenguk ke luar untuk melihat siapa yang datang, sebaik sahaja dia melihat Adam, dia tersenyum lebar.

“ Wa’alaikumsalam….Adam rupanya…..” sapa Maryam, Adam segera mencium tangan Maryam dengan penuh hormat.

“ Makcik…maaf kalau saya mengganggu..saya datang nak berikan ini pada Kak Farah….” Adam menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna merah yang di dalamnya berisi dua utas gelang tangan. Maryam membelek-belek kotak tersebut.

“ eh…apa ni Adam…?” soal Maryam.

“ mak yang bagi…mak kata hari tu mak lupa nak bagi pada Kak Farah..nak suruh Abang Joe bagi macam nak manis pula…jadi saya lah yang kena hantarkan…mak kata ini hadiah perkahwinan Kak Farah, mak harap Kak Farah boleh pakai masa majlis akad nikah nanti…” Maryam mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja.

“ Ya Allah….lupa makcik nak jemput masuk….mari lah Adam…masuk..” pelawa Maryam.

“ takpe la makcik….saya nak gerak balik dah ni….”

“ eh…tak boleh la macam tu..mari lah makan sikit…banyk lagi makanan yang ada di dapur tu…”

Adam menjadi serba salah untuk menolak pelawaan Maryam, akhirnya dia masuk juga ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, potret Sarah yang sedang tersenyum sambil memegang segulung Izajah menyambut kedatangannya. Adam menatap potret tersebut dengan lama. Perasaan rindu mula memenuhi segenap ruang hatinya.

Dia juga sempat mengerling di segenap sudut rumah untuk mencari kelibat Sarah, namun Sarah tidak kelihatan, yang ada cuma la kaum-kaum ibu yang sedang sibuk memasukkan telur rebus ke dalam kotak-kotak kecil. Adam perasan yang dia sedang diperhatikan, dia hanya memberikan senyuman kepada kaum-kaum ibu tersebut.

“ Adam….Adam duduk la kat depan tu dulu..nanti makcik bawakan makanan….kat sini bersepah…” Adam menurut, dia menyusun langkahnya menuju ke ruang tamu.

Maryam pula bergegas ke dapur, otaknya ligat merancang sesuatu. Maryam tersenyum lebar apabila melihat Sarah dan Farah berada dia dapur. Mereka sedang menyusun kuih muih ke dalam bekas.

“ Farah……” Farah segera menoleh.

“ ada apa bu…?”

“ ni dari mak mertua kamu….” Maryam menyerahkan kotak diberikan oleh Adam kepada Farah.

“ siapa yang hantar ni bu….cantiknya…..” Farah terus membuka kotak kecil itu, gelang yang berada di dalam kotak itu di belek-belek sambil tersenyum.

“ Sarah….ambil nasi goreng tadi…kuih sikit dengan air…letak dalam dulang lepas tu hantar ke depan…” arah Maryam, pertanyaan Farah dibiarkan tanpa jawapan.

“ untuk siapa bu…siapa yang datang..?” giliran Sarah pula menyoal Maryam, dalam masa yang sama dia menjengah ke luar dapur untuk melihat siapa yang datang.

“ ala..buat saja lah apa yang ibu suruh….banyak sangat soalnya….cepat sikit…”

Sarah tidak membantah, dengan pantas dia menyiapkan hidangan dan dia terus membawanya ke ruang tamu. Sebaik sahaja bayang Sarah hilang dari pandangan, Farah kembali menyoal ibunya.

“ bu……siapa yang kirim gelang ni…?”

“ Adam……sebab tu ibu suruh Sarah hantar makanan…” Farah tertawa kecil apabila melihat mimik muka ibunya.

“ pandai ibu susun strategi eh…” puji Farah, Maryam tersenyum bangga.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Sebaik sahaja Sarah tiba di ruang tamu, pegangan dulang di tangannya hampir terlepas apabila dia melihat Adam, lelaki yang amat dirindui kini berada di depan mata. Mata mereka bertentangan buat seketika, jantung Sarah bergegup kencang, perasaan yang sama dirasakan apabila mereka pertama kali bertemu di bank setelah terpisah untuk sekian lama.

“ err…..Adam…jemput lah makan….” pelawa Sarah, Adam tersenyum.

“ rindunya aku pada senyuman itu……..” jerit hati kecil Sarah, lalu dia membalas senyuman Adam kembali.

“ Sarah tak makan sekali…?”

“ takpe la…Sarah dah makan awal-awal tadi…”

Sarah duduk bertentangan dengan Adam, Adam makan dengan berselera sekali. Pada masa yang sama, Sarah sempat mencuri pandang ke arah Adam. Kenangan semasa di bangku sekolah dulu kembali menerjah di ingatan. Memang ini la kebiasaanya, Sarah pasti akan mencuri-curi pandang ke arah Adam, bila Adam terperasan, cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Sarah tersenyum sendiri, tanpa di sedari Adam juga sedang memerhatikannya.

“ Sarah nampak cantik bila senyum….” pujian Adam membuatkan lamunan Sarah terhenti. Sarah memandang tepat ke anak mata Adam, dia tersenyum lagi menahan malu.

“ err…..Adam nak ajak Sarah keluar sekejap boleh….Adam nak bawa Sarah ke suatu tempat..” Adam memberanikan diri untuk mengajak Sarah keluar. Sarah terdiam sejenak.

“ kalau Sarah keberatan…tak mengapa lah….Adam faham…Sarah tak selesa…maafkan Adam…” sambung Adam lagi, dia menunduk dan menghabiskan makanannya.

“ Sarah tak cakap pun tak nak kan…? Adam nak bawa Sarah ke mana…?”

kata-kata yang lahir dari mulut Sarah sebentar tadi membuatkan Adam hampir tersedak, namun dia berjaya mengawal keadaan. Dia tidak menyangka Sarah akan setuju dengan pelawaannya. Sikap Sarah sangat berlainan sekali. Sikap dingin yang selalu Sarah tunjukkan, kini sudah tiada dia sudah kembali seperti biasa.

“ apa Sarah dah ingat semula pada aku ke….?” Adam bermonolog sendiri.

“ ada lah………rahsia….” jawab Adam beserta senyuman.

“ ok…..Sarah nak bagi tahu pada ibu jap….” ucap Sarah lalu dia terus menghilangkan diri ke dapur.

♥♥ **************************************************** ♥♥

rasa-rasanya Adam nak bawa Sarah ke mana eh...?

tunggu episod seterusnya yupp....pang

2 comments:

dheA said...

haa...
da agak da sarah mmpi je...hehe
hermm...
adam nk bwk sarah g mne ek???

Mr JePz said...

yahoo yahoo..ad chance blik adam ngn sarah ni..