Tuesday, July 13, 2010

NOTA CINTA - PART 47

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥



Akhirnya, Sarah bersetuju untuk kembali semula bekerja di Alam Megah Holdings, diam tak diam hampir seminggu Sarah berada di Alam Megah, Sarah sudah cekap menjalankan tugas-tugasnya kembali di atas pertolongan pembantunya Yasmin, malah hubungan Sarah dengan Uzair juga semakin rapat. Uzair sentiasa mencari ruang untuk dia bersama dengan Sarah. Manakala hubungan Sarah dan Adam pula semakin renggang, mereka semakin jauh.

" morning Min...." sapa Sarah, Sarah kelihatan begitu ceria sekali. Yasmin tersenyum.

" morning Cik Sarah....wah..happy jer hari ni...ada apa-apa yang special ke..?" soal Yasmin.

" saya dah boleh drive kereta saya sendiri...tu yang happy sangat..sebelum ni...macam kena tambat jer..berhantar...berambil..." Sarah merungut.

" ala....yang hantar dan ambil tu En Uzair boss kita juga kan...orang lain cemburu jer tau dengan Cik Sarah.." balas Yasmin

" sungguh ke ada yang cemburu...bagi tahu la saya siapa...nanti saya minta En Uzair buat perkara yang sama pada dia...saya taknak susahkan orang lagi dah...kalau saya mampu buat sendiri...saya akan buat...cara En Uzair buatkan saya rasa sedikit terkongkong.."

Yasmin tertawa kecil apabila mendengar rungutan Sarah, dia faham sangat dengan sikap Sarah. Dia berasa kagum dengan Sarah, prinsip hidupnya masih tidak berubah walaupun dia telah hilang ingatan. Sarah memang seorang yang berdikari, dia hanya akan meminta bantuan jika dia betul-betul memerlukan.

" err...ok lah Min...saya masuk dulu..." sambung Sarah dan terus menghilang ke dalam biliknya.

Selang beberapa minit, Yasmin pergi ke pantry untuk membuat air, semasa tiba di pantry kelihatan Adilla dan Izati turut berada di situ, mereka duduk berbual sambil menghirup Milo panas.

" wah...relax jer...tak sibuk ke hari ni..." sapa Yasmin.

" awal lagi la...bos aku tak masuk lagi...bos si Zati ni lak dah keluar...kau pula macam mana..banyak ke kerja yang Cik Sarah suruh kau buat..?" balas Adilla.

" hmm....macam kau juga lah Dilla...belum ada kerja...claim-claim yang korang semua hantar kelmarin aku dah settle kan...Cik Sarah dah siap semak dan sign...lusa...dapat la tu...."

" kau tak re-check ke...mana la tau kalau-kalau Cik Sarah silap kira..." Izati mencelah.

" dah la....takde yang salah pun..." balas Yasmin, dia memang kurang senang dengan sikap Izati.

" cepat juga yer...bagus la tu...keadaan kembali macam dulu...on time semuanya...lagi pula..bulan ni banyk juga claim aku..." ujar Adilla

" kau tahu tak...kadang kala...aku rasa Cik Sarah tak macam orang hilang ingatan jer..cekap betul dia buat kerja...kau ajar dia sikit je...lepas tu dia dah boleh buat semua..." sambung Adilla lagi.

" ala...memang dia tak hilang ingatan pun...dia sengaja pura-pura hilang ingatan untuk dapatkan perhatian dari En Uzair..." balas Izati.

" kau ni Zati...asik negatif je...tak pernah nak berubah..kata-kata kau tu..kata-kata orang yang PhD tinggi tau...Cik Sarah tu..fast learner...so dengan mudah la dia cepat tangkap apa yang aku ajar...dia pun study balik kerja-kerja dia..."

Izati mengetap bibirnya, telinganya sudah mula panas dengan kata-kata Yasmin.

" yang kau beriya sangat backing dia tu kenapa..?" suara Izati sedikit tinggi.

" aku tak backing dia pun..aku cakap benda yang betul...kau nak tahu tak Dilla...?"

" nak..apa dia...?" soal Adilla kembali.

" ada orang tu...masa mula-mula masuk kerja...jenuh ajar...tak pandai-pandai juga...dia tak tau..ramai orang mempertikaikan..macam mana la dia boleh dapat jawatan tu...tapi aku pekak kan telinga..ajar selagi boleh....tu En Faruq...selalu tak puas hati dengan kerja-kerja dia.."

Izati pantas bangun, dia merenung tajam ke arah Yasmin lalu melangkah pergi. Hatinya panas, dia tahu Yasmin sedang menyindirnya, ikutkan hati mahu sahaja dia menyimabah air milo panas itu ke muka Yasmin, namun dia masih boleh mengawal kemarahannya kerana dalam diam, dia mengakui kata-kata Yasmin ada betulnya bukan hanya sindiran semata-mata.

♥♥ **************************************************** ♥♥



" Assalammualaikum....Adam apa kabar..." kedengaran suara Salmiha di hujung talian.

" Wa'alaikumsalam mak....saya baik-baik jer ni...mak dengan abah macam mana...maaf lah Adam dah jarang call mak.."

" mak dengan abah baik-baik....macam mana dengan Malik...ok ke dia..?" soal Salmiha kembali.

" uncle Malik ok...dia teringin nak jumpa dengan mak dengan abah sekali...nanti saya bawa dia datang ye.."

" ha..iyer la...lama Adam menyepi..ingatkan Adam dah lupa pada kami.." suara Salmiha mengendur,

" mak......jangan cakap macam tu...saya takkan lupakan mak..lupakan abah...mak dah banyak bantu saya...takkan lah saya nak lupakan mak macam tu je..." Adam diselubungi rasa bersalah,

Sejak akhir-akhir ini, dia memang jarang bertanya kabar Salmiha. Kebiasaannya setiap minggu Adam pasti akan menalifon. Fikiran dia kini agak kusut, dia sentisa resah terutama bila dia memikirkan soal Sarah, malah masalah ingin merampas semula haknya dari Vincent juga telah memberikan tekanan untuknya.

Hatinya menjerit rindukan Sarah, dia tidak ingin kehilangan Sarah. Namun apa yang dapat dia lihat sekarang ini, dia bakal kehilangan Sarah. Sarah semakin jauh darinya, Sarah telah berubah, Sarah bukan lagi Sarah yang dulu. Dia buntu memikirkan kenapa Sarah begitu membenci dirinya. Pelbagai cara sudah dilakukan untuk mendekati Sarah, namun segala usahanya menemui jalan buntu. Sarah masih tidak berubah.

Malah, setiap kali bertemu Sarah, pasti hatinya akan tergusris pedih dek tindakkan Sarah. Untuk menjaga hatinya sendiri, dia hanya mampu menahan diri dari bertemu dengan Sarah walaupun hatinya meronta-ronta ingin bertemu. Adakalanya, Adam hanya memerhatikan Sarah dari jauh. Hatinya cukup senang apabila melihat Sarah tersenyum, walaupun senyuman itu bukan untuk dirinya.

Namun, dalam masa yang sama hatinya tetap sedih bila mengenangkan Uzair yang sentiasa bersama Sarah. Hatinya disambar api cemburu yang meluap-luap. Kenapa bila bersama Uzair, lelaki yang tidak pernah dicintai, Sarah kelihatan begitu gembira. Kenapa bila dengan dirinya, lelaki yang selama ini bertakhta di hati, Sarah bersikap sebaliknya. Persoalan itu sering menujah fikiran Adam.

" Adam buat apa tu...Joe mana..dia tu pun satu...senyap je..macam taknak kawin je dia tu..?"

Adam tertawa kecil pabila mendengar bebelan Salmiha,

" abang Joe keluar dengan Kak Farah kot..dia cakap nak balik hujung minggu ni...tak tahu la betul ke tidak..."

" bertuah punya anak...tengok..nak balik pun tak bagi tahu...tiba-tiba jer nanti dia tercongok kat depan rumah....haih..anak...anak...." bebel Salmiha.

" mak.....nanti abang Joe bagi tahu la tu..."

" err..sebenarnya....mak telefon Adam ni pun bukan sekadar nak tanya kabar je...ada perkara lain yang nak mak bagitahu pada Adam.."

Adam terdiam, tiba-tiba sahaja hatinya resah, berdebar-debar menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Salmiha.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Maaf, pendek sahaja episod kali ni. Banyak kerja yang perlu diselesaikan, so kekurangan masa untuk merangka jalan cerita seterusnya dalam erti kata lain berangan...hehehe....(^_^)

nantikan episode seterusnya ya... ;)


2 comments:

Mr JePz said...

erm...ape pulak jadi nie???...sarah ni mcm x btol jew..sy pn penim..huhuh

MaY_LiN said...

pe tuh..
saspen nye