Wednesday, June 16, 2010

NOTA CINTA - PART 35

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:DWrpDm6vue8yJM::1.bp.blogspot.com/_OuZMIT80s6Y/SVedpkbJbUI/AAAAAAAAAMg/etqEAbPY-WI/s400/cinta.jpg&t=1&h=235&w=214&usg=__nEoS9cLFdKzE6NpAwmnfLGs8HtM=

" Ya Allah.....ya Allah...ya Allah..." hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Adam.

Sebaik sahaja Adam keluar dari rumah Jessica, Adam memandu keretanya tanpa arah tujuan. Fikirannya berkecamuk, kejadian sebentar tadi masih lagi bermain-main di fikiran walaupun dia telah cuba untuk melupakannya. Akhirnya Adam memberhentikan keretanya di tepi padang yang terletak di kawasan perumahan. Dia menghempaskan tubuhnya dikerusi, pandangannya dilepaskan ke dada langit yang kekuningan. Kawanan burung yang bertebangan pulang ke sarang menenangkan hatinya.

" Ya Allah.......bantulah hamba Mu yang lemah lagi hina ini, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan daripad Mu ya Allah....." desis hati kecilnya, dalam masa yang sama air matanya mengalir membasahi pipi.

Azan Maghrib berkumandang dari surau yang terletak betul-betul di sebelah padang tersebut. Adam keluar dari keretanya, langkah diatur menuju ke surau untuk menunaikan solat. Semasa dia memasuki pekarangan surau, ramai mata-mata yang memandangnya. Adam hanya tersenyum sebaik sahaja mata mereka bertentangan. Adam sudah lali dengan pandangan itu, Adam juga dapat mengagak sudah tentu orang-orang yang memandangnya merasa pelik seroang lelaki berbangsa Cina memasuki pengkarangan surau atau masjid.

Usai solat maghrib, Adam mengambil kitab suci Al-Quran. Dia memlilih untuk duduk di bahagian hujung surau dan mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Dia merasa sangat tenang, sangat dekat denagn pencipta-Nya. Sedang leka membaca dia didatangi oleh seorang lelaki tua, lelaki tua itu duduk di sebelahnya. Adam hanya tersenyum lalu meneruskan bacaannya.

Lelaki tua itu menyentuh lembut bahunya, bacaan Adam terhenti.

" bersabarlah......Allah sentiasa bersama mu..." ucap lelaki tua tersebut, belum sempat Adam mengucapkan terima kasih, lelaki tersebut telah berlalu pergi. Adam tercari-cari kelibat lelaki tua tadi, namun lelaki tua tersebut tidak kelihatan, yang ada hanya beberapa orang lelaki yang sedang duduk berbual sementara menunggu masuknya waktu Isyak.

Adam mengatur langkah menuju ke keretanya, telefon yang sedari tadi dimatikan, kini dihidupkan semula.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:vRtfXc5BHWQwYM::&t=1&h=251&w=201&usg=__RZtTVAgCLalVxT3TD_STAADt2io=

Sarah sedang leka menyelak helaian majalah Keluarga satu persatu, tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada SMS untuknya,

Sarah sayang...
boleh kita jumpa sekejap
temankan Adam makan..-Adam

Sarah tersenyum apabila membaca SMS dari kekasih hatinya. SMS itu segera dibalas.

Ok...Adam datang la..
Sarah tunggu.. - Sarah

" kak...Adam ajak temankan dia makan....Sarah keluar kejap eh.."

" pergi lah dik....haih...kalau tak jumpa sehari...tak sah....jaga diri baik-baik..." pesan Farah.

Sarah terus masuk ke bilik, dia hanya menyarungkan sweater putih ke tubuhnya dan berseluar jeans hitam. Rambutnya ditocang ekor kuda sahaja. Sarah hanya menggunakan bedak kompak untuk wajahnya, dan mengoles sedikit lip balm ke bibirnya supaya tidak nampak terlalu pucat. Sebaik sahaja menerima SMS dari Adam, Sarah melangkah keluar dengan girangnya.

Setelah tiba di bawah, Adam sudah siap menantinya di muka pintu lift. Sarah menghadiahkan senyuman buat kekasih hati. Mereka berpimpinan tangan menuju ke kereta Adam. Semasa di dalam kereta, Sarah dapati sikap Adam berlainan seperti biasa. Dia banyak mendiamkan diri dan kurang bercakap.Sarah merenung Adam yang sedang memandu, wajah Adam sedikit tegang.

" Adam ok...?" soal Sarah

" ok....kenapa sayang...?"

" Sarah rasa macam tak ok...."

" Adam ok...." jawab Adam, dalam masa yang sama dia sempat menyentuh pipi Sarah.

" sejak dari petang tadi...Sarah rasa tak sedap hati...risaukan Adam..." luah Sarah lagi.

" more...alis mata di sebelah kiri ni asik bergerak-gerak....orang cakap kita bakal menangis...ha..lagi la Sarah risau..." sambung Sarah.

" sampai macam tu sekali yer sayang...? tengok Adam sekarang ni ok je kan..? Sarah jangan la fikir yang bukan-bukan pula....tentang mata tu...otot-otot mata Sarah penat sebab itu la alis mata Sarah bergerak-gerak..." terang Adam dan dalam masa yang sama dia cuba menyembunyikan resah di hati.

Ikutkan rasa hati, ingin sahaja dia menceritakan segalanya kepada Sarah, namun lidahnya kelu, mulutnya seakan-akan terkunci. Dia juga risau seandainya Sarah tidak dapat menerimanya, dia tidak mahu menyakiti hati Sarah.

" bagus lah...bila jumpa Adam..hilang segala resah di hati..."

Sarah menggenggam erat tangan Adam, Adam tersenyum dan meneruskan pemanduan. Adam memilih sebuah restoran Thai yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Shah Alam. Suasana di restoran itu agak lengang, Adam memesan nasi putih, tomyam ,telur dadar untuknya dan french fries untuk Sarah.

" Sarah........" ucap Adam sambil menyentuh tangan Sarah.

" hmm.....kenapa...." jawab Sarah, dia merenung wajah Adam dan tersenyum.

" kalau ada apa-apa yang terjadi....percaya lah...cinta Adam pada Sarah tak pernah berubah.."

Sarah mengerutkan dahinya, dia merasa pelik dengan kata-kata Adam.

" kenapa Adam cakap macam ni...hmm...?"

" nothing sayang...Adam cuma cakap je...saja meluahkan apa yang Adam rasa...Adam terlalu sayangkan Sarah, sehinggakan tak terluah dek kata-kata...." Adam mengeratkan lagi pegangan tangannya.

" bahagianya........cuba Adam tengok kat bawah...kaki Sarah jejak tanah tak...?"

tanpa banyak soal, Adam terus memandang ke bawah.

" takde pun Sarah...kenapa...?" Adam kebingungan, manakala Sarah pula ketawa melihat gelagat Adam.

" Adam ni....Sarah saja jer la....kenapa tengok betul-betul.....Adam sayang......terima kasih ya...Sarah pun macam tu juga...Adam jangan risau...perasaan cinta ini akan Sarah jaga, biarkan ia mekar selalu....Sarah takkan biarkan ianya layu dan mati...."

Adam mengukir senyuman, perbualan mereka terganggu apabila pelayan datang membawa pesanan mereka.

" terima kasih sayang........jom makan..." pelawa Adam.

" ermm....nak Adam suap boleh...?" soal Sarah dalam nada manja.

" boleh sayang.....cepat buka mulut...."

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://plaik.files.wordpress.com/2009/08/sad_man_rnd.jpg

" ish....geramnya aku....." Johari menumbuk meja

" kenapa la kau pergi juga ke rumah dia tu Adam....kan kau dah tau perempuan tu memang ada niat tak baik...." Johari melepaskan geramnya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Adam terus menceritakan apa yang telah berlaku di antara dia dan Jessica. Johari sangat marah dengan tindakkan Jessica, dalam masa yang sama dia kesal dengan Adam, kenapa Adam mudah sangat terpengaruh dengan pujuk rayu Jessica.

" entah la bang....saya tak sampai hati bila dia kata dia sakit...lagi pula...saya rimas dia asyik mengganggu saya setiap hari...sebab tu la saya pergi juga ke rumah dia untuk meyelesaikan hal dia, dan berharap lepas ni dia tidak lagi mengganggu saya.....tapi lain pula jadinya...." keluh Adam dengan kesal.

Johari melepaskan nafasnya dengan kasar,

" aku bimbang Adam.....tah apa pula perempuan tu nak buat lepas ni....dia ni licik...sama jer macam bapak dia..."

" saya pun dapat rasakan....tapi tak dapat nak mengagak apa tindakan dia seterusnya....abang....seandainya berlaku sesuatu pada saya....tolong jagakan Sarah untuk saya ya...." luah Adam

" Adam....Adam...kenapa kau naif sangat...kau terlalu baik...tapi kebaikkan kau tu memakan diri kau sendiri..tengok sekarang...dengan mudah perempuan tu perangkap kau...belajarlah dari kesilapan...buat baik berpada-pada..." nasihat Johari

Adam hanya menundukkan mukanya,

" dah la Adam...sama-sama lah kita berdoa moga kita semua dilindungi daripada sebarang musibah...walau macam mana sekali pun....kau harus bersedia....aku yakin sangat perempuan tu takkan berdiam diri..." ucap Johari sambil menepuk-nepuk bahu Adam.

" terima kasih bang....."

" lupa pula....mak call petang tadi...ada pesan untuk kau..." Johari mengubah topik perbualan.

" pesan...? mak pesan apa bang..?"

Johari mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, lalu menghulurkan sekeping kertas kepada Adam. Adam membuka lipatan kertas tersebut, didapati di dalamnya ada nombor telefon. Adam merenung nombor tersebut,

" Naufal Al-Jabar...ni nombor telefon dia ke bang...dia ni siapa...?" soal Adam

" iyer..nombor dia la tu....mak suruh kau telefon dia...mak kata dia ni lawyer..memang dah lama dia cari kau...mak pula asyik terlupa..." jelas Johari.

" lawyer....tapi nombor ni....pelik...macam nombor dari luar negara...."

" ha.....mak cakap...si Naufal ni ada kat London sekarang....kau call la mamat ni...aku nak gak tau apa hal dia sibuk cari kau..."

Adam merenung kembali nombor telefon tersebut, otaknya mula diperangi dengan pelbagai soalan.

" siapa Naufal...kenapa dia beriya-iya cari aku...." Adam membiarkan soalan-soalan tersebut tanpa jawapan.

" bang...saya naik dulu....." ucap Adam lalu mengatur langkah menuju ke biliknya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

...bersambung....(^_^)


2 comments:

epy elina said...

hohooh...
kcian adam...
napa adam x brtrus trang ngn sarah je....
mst jess x akn brhnti stakat ni....

MaY_LiN said...

adam..adam..
nape diamkan aje..
aish..