Monday, June 14, 2010

NOTA CINTA - PART 34

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:-ltLKJ0LtH-ZBM::www.handytwitter.com/uploads/2009/06/evening_handytwitter.com.jpg&t=1&h=166&w=303&usg=__8Pswh-SIP1mpHky183ULPRBH1Gs=

Sebaik sahaja Adam menyelesaikan tugas-tugasnya, dia melangkah keluar menuju ke restoran yang terletak berhampiran dengan bank tempat dia bekerja. Dia telah berjanji untuk bertemu dengan Jessica di situ. Adam sampai lewat 15 minit daripada waktu yang telah dijanjikan, dia memang sengaja melengah-lengahkan waktu untuk bertemu dengan Jessica.

Setelah Adam tiba di restoran tersebut, kelibat Jessica tidak kelihatan, lalu Adam mengambil keputusan untuk menunggu Jessica. Hampir sepuluh minit menunggu namun Jessica masih belum tiba, Adam mula resah dan berkira-kira untuk pulang sahaja. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, tertera nama Jessica di skrin.

" hmm...Jess...you kat mana...lama dah I tunggu kat sini..." Adam menghamburkan kemarahannya kepada Jessica.

" err...Adam...sorry..I tak dapat datang...I baru sampai rumah dari klinik tadi..." jawab Jessica dengan lemah.

" klinik....you sakit ke..?" suara Adam mula mengendur. Dia diselubungi rasa bersalah kerana memarahi Jessica tanpa mendengar penjelasan dari Jessica terlebih dahulu.

" tadi...I terjatuh...kaki I terseliuh...tak larat nak jalan...sorry Adam...I lambat inform pada you...sorry dah buatkan you tertunggu-tunggu..."

Timbul pula rasa kasihan di hati Adam sebaik sahaja mendengar kata-kata dari Jessica. Marahnya terhadap Jessica telah hilang.

" its ok...so macam mana dengan meeting kita petang ni..cancle..?" soal Adam

" tak boleh....lama sangat perkara ni tertangguh....erm...Adam...you boleh tak datang ke rumah untuk tengok proposal I..."

Adam terdiam untuk seketika, sambil berfikir adakah dia patut ke rumah Jessica atau tidak. Hatinya berkata tidak, tetapi akal fikirannya berkata sebaliknya.

" Adam......."

" ok lah...I datang...tunggu la kejap..." akhirnya Adam bersetuju untuk ke rumah Jessica.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:7OHzR8LHTy6TTM::simplemom.net/wp-content/uploads/2010/03/girl-waiting.jpg&t=1&h=186&w=271&usg=__0mfnfG6SOBNGBaY9tjigSv66tqM=

" Assalammualaikum..." Sarah memberi salam sebaik sahaja dia sampai ke rumah. Ketika itu Farah sedang memasak di dapur.

" Wa'alaikumsalam...awal Sarah sampai hari ni..." balas Farah.

" ada kerja luar tadi...alang-alang kat luar, terus jer la Sarah balik....kak.......nak air..hauslah.." rengek Sarah dengan nada manja.

Tanpa sebarang kata, Farah terus mengambil gelas lalu menuangkan air sejuk kedalamnya. Gelas tersebut diberikan kepada Sarah. Sebaik sahaja gelas bertukar tangan, Sarah meneguk air sejuk itu dengan rakus, lagaknya seperti orang yang kehausan berhari-hari tidak mendapat air. Farah meneruskan kerja-kerja memasak.

" wah...kakak masak sambal goreng yer...sedap..." puji Sarah.

" ha'ah...sambal goreng ikan bilis..telur dadar..dengan sayur campur...ikan dah habis..akak malas nak pergi beli masa balik dari sekolah tadi...masak apa yang ada jer..malam ni teman kakak pergi beli barang dapur nak tak..?"

" ala...Sarah tak kisah la kak...sedap dah tu..apa yang kakak masak itu la yang Sarah makan.."

Sarah memang tidak cerewet tentang makan, apa saja yang dimasak pasti Sarah akan makan. Walaupun kadangkala lauk yang dimasak oleh Farah tidak kena dengan seleranya, Sarah tetap akan makan juga, sebagai tanda dia menghargai apa yang kakaknya telah lakukan untuknya.

" pasal barang dapur...esok jer la kita pergi...kita makan kat luar jer..kakak tak parlu susah-susah masak...macam mana...?" Sarah memberi cadangan.

" mana-mana la Sarah...kakak ikut je..."

" err...kakak nak tau tak apa yang dah jadi kat office tadi...?" Sarah membuka cerita.

" apa dia cerita lah..."

" masa Sarah datang office pagi tadi, staff yang berselisih dengan Sarah semua ucap tahniah...pelik tak kak...?"

" kenapa diaorang ucap tahniah....ha...biar akak teka pasti mereka ingat Sarah yang bertunang..betul tak..?"

" betul tu kak....pelik....seingat Sarah...Sarah tak pernah bercerita pada orang lain tentang majlis pertunangan kakak..yang tahu cuma Yasmin...macam mana lah mereka boleh tahu...bukan ke kita buat majlis tertutup...pelik kan kak..?"

" hmm...pelik juga tu...maybe ada saudara mara kita kerja kat tempat Sarah kot...Sarah jer yang tak tahu..." balas Farah.

" maybe...tak pun ada orang kampung kita yang berkerja kat Alam Megah tu....cepat betul berita tersebar...."

" dah tu bila orang ucap tahniah...Sarah jawab tak..?"

" Sarah jawab terima kasih jer la....terasa macam Sarah lak yang bertunang..." jawab Sarah sambil terseyum membayangkan wajah Adam.

Sebaik sahaja teringat tentang Adam, tiba-tiba hatinya dirundum keresahan. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati, seolah-olah akan berlaku sesuatu perkara yang buruk terhadap Adam.

" eh....kenapa diam pulak ni Sarah..?"

" entah la kak....Sarah rasa macam tak sedap hati jer....." luah Sarah.

" takde apa la tu...Sarah penat jer....Sarah pergi la mandi...kejap lagi kita boleh makan..."

Sarah hanya menurut, dia bangun meninggalkan kakaknya lalu masuk ke dalam bilik. Hajat hatinya ingin menalifon Adam, namun dipendamkan sahaja kerana bimbang kalau panggilannya mengganggu Adam.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.getyourexbackforever.com/wp-content/uploads/2009/07/women-give-rose-to-her-boyfriend.jpg

" Jess I dah ada kat bawah...rumah you tingkat berapa, nombor berapa..?" soal Adam kepada Jessica melaui telefon.

" bagus lah you dah datang, you naik lift terus ke tingkat 10, rumah I no J-11..."

Adam memboloskan dirinya ke dalam lift, lalu menekan nombor 10. Sebaik sahaja tiba di tingkat 10, Adam mula mencari rumah Jessica, dia berjalan melewati koridor tingkat 10 tersebut sambil memerhatikan nombor-nombor yang tertera di setiap pintu. Sebaik sahaja dia menjumpai rumah Jessica, dengan hati yang berat dia menekan loceng rumah tersebut. Pintu dibuka, pembantu rumah Jessica yang berbangsa Indonesia membuka pintu dan mempelawa Adam masuk dengan sopan. Adam hanya menurut.

Adam melepaskan pandangannya ke sekeliling kondominuim milik Jessica, kondominuim Jessica dihias dengan perabot-perabot yang moden, cukup kemas dan sangat selesa sekali. Sedang leka Adam memerhatikan keadaan sekeliling, tiba-tiba Jessica muncul di belakang Adam.

" Hye Adam...sampai juga you ke rumah I...." sapa Jessica.

Adam terkejut dengan sapaan itu, segera dia memusingkan badannya. Sekali lagi dia terkejut melihat Jessica. Jessica hanya memakai jubah mandi berwarna hijau, rambutnya juga masih basah, hatinya dirundum keresahan.

" kenapa you pandang I macam tu,...?" soal Jessica.

" err...takde...mana proposal you....I nak tengok....I tak boleh lama..ada kelas malam ni.." jawab Adam.

Jessica melabuhkan punggungnya di sofa lalu menepuk-nepuk sofa itu sambil memandang Adam, meminta Adam untuk duduk. Adam hanya menurut. Fail coklat yang berada di atas meja dicapai lalu diberikan kepada Adam.

Adam mengambilnya lalu membuka fail tersebut. Sebaik sahaja dia membuka fail coklat itu, didapati di dalam fail itu hanya terdapat kertas-kertas kosong tanpa sepatah perkataan. Adam memandang tepat ke muka Jessica, perasaan marah mula membuak-buak di dalam hati. Jessica telah mempermainkan dirinya.

" apa ni Jess......" soal Adam sambil melemparkan fail tersebut ke atas meja.

Jessica menghampiri Adam, mukanya didekatkan ke muka Adam. Badan Adam ditolok ke bawah, Jessica mula menindih tubuh Adam sambil merenung mata Adam dengan renungan yang penuh berahi. Adam terkaku seketika, otaknya tidak dapat berfikir, dia seolah-olah merelakan perlakuan Jessica terhadap dirinya.

Nafas Adam mula kencang, bibir mereka hampir bertemu, tiba-tiba wajah Sarah melintas di fikiran. Adam mula tersedar.

" Astaghfirullahalazim...." ucapnya panjang.

Adam terus menolak tubuh Jessica dengan kasar sehinggakan Jessica terjatuh ke bawah. Jubah mandi Jessica terselak dan hampir menampakkan sebahagian pehanya.

" apa yang you buat ni Jess...?" tengking Adam lalu memalingkan mukanya sebaik sahaja dia ternampak peha Jessica. Imannya mula berkocak. Jessica bagun dan menghampir Adam.

" you tanya apa yang I buat...? you jangan pura-pura baik la Adam, you suka kan...?" soal Jessica kembali.

" apa maksud ni semua Jess....sudah lah...I nak balik..."

Adam memulakan langkah menuju ke pintu rumah Jessica, namun langkahnya terhenti apabila Jessica memeluknya dari belakang.

" lepas kan I Jess.......lepaskan..." arah Adam dengan keras.

" no.....I wont....I love you Adam...you are mine......" Jessica mengeratkan lagi pelukkannya.

Adam mula berang dengan tindakkan Jessica, dia melepaskan pelukan Jessica dan sekali lagi menolak Jessica namun tolakkan kali ini lebih kuat dari tolakkan yang sebelumnya, menyababkan Adam hilang pertimbangan diri dan turut terjatuh sama. Jessica tersenyum apabila melihat Adam terjatuh di atasnya. Adam mula gelisah, dia segera bagun begitu juga dengan Jessica.

" Ya Allah...lindungilah hamba-Mu ini" Adam berdoa dalam hati, dia kini sudah pun berada di muka pintu, hatinay tidak keruan dengan godaan Jessica, dia harus keluar dari rumah Jessica secepat mungkin.

" Adam......."

Adam menoleh ke arah Jessica. Jessica membuka jubah mandinya lalu memperlihatkan susuk tubuhnya kepada Adam,

" this is for you Adam......" ujar Jessica sambil tersenyum.

Kemarahan Adam semakin meluap-luap, tangannya dihayun lalu singgah ke pipi Jessica. Jessica mengadu kesakitan.

" tutup badan kau tu........kenapa kau murah sangat...?" soal Adam dengan nada suara yang tinggi. Jessica masih lagi memegang pipinya.

" sampai hati you buat I macam ni.....belagak alim.....its ok...you akan terima balasannya..." jawab Jessica dengan sinis.

" mulai dari sekrang......kau jagan datang jumpa aku lagi...aku akan anggap kau tak pernah wujud dalam hidup aku.....bapak dengan anak sama je...hati hitam.....!!!" tengking Adam dan terus keluar dari rumah Jessica dengan perasaan marah yang masih lagi bersisa.

♥♥ **************************************************** ♥♥

oh.....kepala sakit la pulak..berdenyut-denyut......

nanti sambung lagi ya....(^_^)

8 comments:

epy elina said...

hohho....
nsib adam dpt kwal nafsu dia...
tp adam ni lurus bendul lak...
x kan x thu muslihat jes 2...

nabilah_2908 said...

Hye Elina ;

mmg watak Adam mcm ni..dr awl dia dpt agak Jess is up to something..tp dia ni jenis yg mudah kesian...terutama bila org mula merayu pada dia.. :)

Adam terlalu baik...menyebabkan org mengambil kesempatan di atas kebaikkannya...sama macam papa dia juga.. :)

Anonymous said...

salam...
nsb baik adam xlyn...
bgs3!!!

MaY_LiN said...

o-o..
sungguh berani itu pompuan

Mr JePz said...

nsib bek adam x lyan..klu x mkin rumit citer jadinye..huhuh

Unknown said...

replica bags online 7a replica bags wholesale replica bags vuitton

taseesea said...

pop over to these guys buy replica bags online go now dolabuy.ru visit the website gucci replica bags

Anonymous said...

jordan outlet
bape
off white hoodie
supreme clothing
air jordan
off white jordan 1
kd 15
jordan outlet
bape clothing
kyrie 8