Wednesday, June 2, 2010

NOTA CINTA - PART 28

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYJ3a831qX_bzN0hOwfjwdgM9rMJajKGZLC2DSAPlK5X2iJxWd369fczHjTEWthQQXHRB9WUH-fgSnX1OhzQoRnAlI8KrRSjMBNxbP5yNtlriJrY93Fk4ZdspaZBLf1xuPQ04pB18PmB8/s400/_MG_5713web.jpg

Kedua-dua belah keluarga telah di maklumkan tentang lamaran Johari dan Farah. Kini Johari dan Adam dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinanag, untuk menguruskan hal-hal peminangan Farah. Usai solat Isyak, mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman Johari.

Pada asalnya, Johari sekeluarga menetap di Melaka, sebaik sahaja bapanya Pak Mat diberhentikan kerja oleh keluarga Adam, mereka sekeluarga berpindah ke Pulan Pinang di tanah kelahiran ibunya Salmiha. Salmiha punyai sebidang tanah dan sebuah rumah pusaka di Balik Pulau.

Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam dari Kuala Lumpur ke Balik Pulau. Adam memandu Proton Gen2 milik Johari dengan tenang sambil berbual-bual dengan Johari.

" abang ni....asyik tersenyum jer..tak penat ke mulut tu...?" soal Adam

" haha.. iyer ke....aku happy sangat nih....rasa excited...rasa berdebar-debar....risau..takut pun ada juga...haih macam-macam lah....aku happy bila fikirkan aku bakal habiskan hidup aku dengan Farah..perkara yang buat aku berdebar-debar...macam mana la nak berhadapan dengan orang tua dia nanti..and........"

" perkara yang buatkan abang takut....bila memikirkan kalau-kalau keluarga Farah menolak lamaran ni kan...?" belum sempat Johari menghabiskan kata-katanya, Adam terus mencelah.

" ha...pandai...pandai...."ujar Johari sambil menepuk bahu Adam.

Perbulana mereka terganggu apabila telefon Adam berbunyi, tanpa melihat siapa pemanggilnya, Adam terus menyumbat handsfree telefon ke telinganya.

" Hello....Assalammualaikum...." ucap Adam

" Hye Adam.....ni Jess la...."

Adam terdiam buat seketika

" ya....ada apa..?" soal Adam dalam nada yang tegang,

" darling.......kenapa serius sangat ni....you kat mana...?" ucap Jessica dalam nada manja

" you nak apa....?? I tengah drive..."

" you nak ke mana malam-malam ni....susah betul nak cakap dengan you sekarang ni kan...I call you tak jawab pun.....malam ni..baru la you jawab...."

" I ulang sekali lagi...you nak apa ni Jess.....I sibuk la kebelakangan ni...."

" you buat-buat lupa pula yer...? what about my proposal...bila you nak check ?"

" hmm...sorry la...I hampir terlupa...I sibuk sekarang ni...if you nak cepat..pergi saja kat bank...nanti I call staff yang handle urusan loan...James nama dia...dia boleh tolong you...."

" I tak nak...I nak you juga....." suara Jessica mula meninggi

" Jess......tolong la faham....I takde masa sekarang ni...I sibuk...more sekarang ni I sedang bercuti seminggu....ada hal sikit....if you nak I tolong juga...tunggu la dulu ya...I'm so sorry..."

" you cuti seminggu...you pergi mana...?"

Perbualan di antara Adam dan Jessica jelas kedengaran, kerana Adam membuka loudspeaker di atas permintaan Johari. Johari tiba-tiba sahaja menyampuk

" dia nak kahwin...sebab tu dia ambil cuti panjang...ada faham...." ujar Johari dengan suara lantang.

" eh siapa tu Adam...? betul you nak kahwin...dengan siapa...?bila...? you tak cakap pun..." Jessica menyerang Adam dengan pelbagai soalan.

" dengan Sarah la....." sambung Johari

Adam menekup mulutnya menahan ketawa.

" sorry la Jess...I buka loundspeaker...I tak bawa handsfree..."

" soalan I you tak jawab lagi.....you nak kahwin ke..?" soal Jessica

" macam tu lah.....nanti I jemput yer....ok lah Jess...tak boleh cakap lama-lama...I kan tengah drive...nanti bila I sampai KL...I'll give you a call....ok Jess...bye..." ucap Adam lalu terus mematikan telefon.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://help.com/user-avatars/7f/user-photo-190627-890579.jpg

" padan muka Nyonya penyibuk tu...bila aku cakap kau nak kahwin...suara dia..macam orang tertelan telefon..." ujar Johari sambil ketawa besar, Adam juga turut ketawa sekali.

" Abang ni...suka sangat kenakan orang..." tawa Adam masih lagi berbaki.

" biar dia rasa....kau tu...jangan baik sangat...aku risau la...aku rasa si Jess tu ada udang di sebalik mee...."

" udang sebalik batu la bang...." balas Adam

"tak kisah la, janji massage yang nak aku sampaikan tercapai..."

" sakit perut saya ketawa lagi tadi...aduh..." Adam memegang perutnya.

" Adam...kau tak jealouse ke dengan aku ni...? tak teringin ke nak kahwin juga...?" soal Johari

Adam tersenyum lagi, bayangan Sarah memakai gaun putih bermain-main di fikirannya.

" teringin juga bang...tapi....saya belum bersedia lagi...masih banyak perkara yang perlu saya lakukan sebelum berkahwin...saya pun dah bincang dengan Sarah..Alhamdulillah dia sangat memahami saya..."

Johari menghelakan nafasnya,

" Adam.....aku nak cakap sikit....aku tengok kau dengan Sarah bahagia, hubungan kau jarang ada masalah..kalau ada pun...semua disebabkan oleh kehadiran orang ke 3....kau tak takut ke Sarah jatuh ke tangan orang lain...kau sanggup berpisah dengan Sarah..?"

" hmm....saya percaya pada takdir bang...jika dah jodoh tak ke mana...kalau boleh...saya tak nak Sarah hidup susah dengan saya nanti...saya ni tak berharta..kalau ada pun..rumah yang dah jadi sarang hantu kat Singapura sana...."

" kau ni...memang lah ada jodoh tak ke mana, tapi jika kita tidak berusaha untuk mempertahankan jodoh..jodoh tu akan pergi juga....hubungan kau ni..ramai yang dengki..mula-mula Jess datang ganggu...lepas tu Razif pula.....apa....kau nak tunggu sampai orang ke 10 datang menggangu..baru kau nak bertindak...macam tu ke Adam..?"

Adam mendiamkan diri, dalam diam dia mengakui ada benarnya kata-kata Johari.

" ikat dia Adam, jangan biarkan dia terlepas pada orang lain.....kalau kau tak sedia tuk berkahwin, tunang lah dulu....kau akan lebih bersemangat tau untuk kecapi cita-cita kau...sebab matlamat kau adalah untuk membahagiakan Sarah...terpulang lah pada kau...aku dah cakap apa yang sepatutnya...kau fikir-fikirkan lah ye...."

Adam memandang Johari, lalu tersenyum.

" terima kasih bang.....kata-kata abang tadi betul-betul telah menyedarkan saya....mungkin saya akan buat kejutan untuk Sarah....terima kasih..." ujar Adam bersungguh-sungguh, dalam masa yang sama, otaknya sedang merancang sesuatu.

" apa adahal...aku ni kan abang kau....." ujar Johari sambil menepuk-nepuk bahu Adam

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://funky6stringer.files.wordpress.com/2010/02/love_hurts.jpg

Jessica melepaskan pandangnya ke luar tingkap biliknya. Langit malam yang hitam lagi kelam direnungnya. Hitam langit malam, hitam lagi hatinya. Hatinya sakit apabila mengetahui Adam akan berkahwin dengan Sarah. Hatinya di hambat dek rasa cemburu yang meluap-luap. Dia amat mencintai Adam, walaupun dia berjumpa dengan ramai lelaki, Adam mendapat tempat yang istemewa di hatinya.

Dia sangat kecewa dengan Adam, kerana Adam tidak pernah menyambut cintanya, di mata dan hati Adam cuma ada Sarah. Perasaan bencinya terhadap Sarah semakin membara. Jessica menggenggam jari jemarinya dengan kuat, lalu air matanya jatuh setitik demi setitik. Air mata yang sarat dengan kemarahan, kebencian dan kekecewaan.

Tiba-tiba bayangan wajah mamanya menerjah di fikiran. Dulu jika dia dilanda kesedihan, pasti mamanya menjadi tempat untuk dia mengadu meluah perasaan. Jessica mengambil telefon bimbitnya, jarinya lagat mendail nombor.

Tutt....tutt.....

" hello......" suara garau kedengaran di hujung talian.

Jessica mengerling jam di dinding, waktu sekarang menunjukkan jam 10 malam, bermakna waktu di Austrailia ketika ini adalah pukul 12 pagi.

" hello papa....." uajr Jessica

" ya..my sweetheart...how are you...?"Vincent gembira sebaik sahaja mendengar suara anak kesayangannya.

" I'm fine.....erm...mama buat apa....?" soal Jessica

" perempuan tu dah lama tidur.....kenapa tak call awal-awal..." suara Vincent mula mendatar.

" tiba-tiba rindu pada mama..."

" kebetulan Jess dah call....macam mana dengan Alex...lama juga Jess tak hantar berita.."

Sebaik sahaja papanya menyebut nama Alex, hatinya sakit kembali. Dia melepaskan nafasnya dengan kasar.

" dia dah convert....nama dia yang terbaru Adam...not Alex anymore..."

" ha..kenapa Jess tak bagi tahu awal-awal....so macam mana dengan plan kita...jangan bagi tahu papa yang you sanggup convert juga...?"

Sebenarnya, Vincent telah merancang untuk mengahwinkan Jessica dengan Alex kerana dia mendapat tahu bahawa ada sebahagian harta milik bapa Alex masih tersimpan, hanya menunggu masanya sahaja untuk diserahkan kepada Alex. Dia ingin mendapatkan harta itu dan kemudiannya akan menghapuskan satu-satunya keturunan Lim yang tinggal.

Namun apabila Jessica memaklumkan tentang pertukaran agama Alex, hatinya berasa gusar, bimbang rancangannya tidak berjaya.

" entah la pa...kalau keadaan mendesak...Jess sanggup..."

" anak bodoh.....jangan Jess pandai-pandai nak tukar agama....masih ada cara lain...." marah Vincent.

Jessica terdiam sebaik sahaja papanya memanggil dia bodoh. Sejak kecil perkataan anak bodoh memang sudah tidak asing lagi pada dirinya. Jessica hanya memendam perasaan.

" Pa....kenapa papa benci sangat dengan Uncle Jeffry....?" soal Jessica

" panjang ceritanya.....selagi Aelx tak mati...selagi tu dendam papa takkan habis.."


♥♥ **************************************************** ♥♥

I masih lagi di office....lambat tak I balik....? huhuhu...nak buat macam mana..kerja banyak tak siap lagi...

nanti kan sambungannya ya...myb esok...malam ni..tak larat rasanya nak sambung... :)


4 comments:

epy elina said...

hohohoo....
crta smkin mnarik....

Anonymous said...

msti byk liku2 hdop nie..
hmmmm!!

nabilah_2908 said...

hye elina..

nntikan sambungnnya ya... :)

hye anon ...

itu lah kehidupan...takkan pernh lari dari masalah.. :)

Mr JePz said...

iye2 btol2....idak dinamakna hidup klu xdek mslah..