Tuesday, June 1, 2010

NOTA CINTA -PART 27

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.my-rummy.com/klang/images/Tanjung_Harapan_01.gif

Hampir sejam perjalanan dari Shah Alam ke Tanjung Harapan, dan di sepanjang perjalanan itu Johari banyak mendiamkan diri, begitu juga dengan Farah. Sekali lagi Farah kehairanan, sikap Johari sangat berlainan daripada biasa. Farah malas mahu bertanya, jadi di diamkan sahaja.

" ok..dah sampai....cantikkan Farah tempat ni..?" ujar Johari

Farah melepaskan pandangannya ke luar. Lautan terbentang luas, jelas kelihatan beberapa buah kapal berlabuh di situ. Farah segera keluar dari kereta. Cuaca pada hari itu cerah, tiupan bayu dari laut sangat menyegarkan. Tidak ramai pengunjung yang datang, pada kebiasaannya mereka lebih gemar bertandang pada waktu petang dan malam.

" cantik...." ucap Farah pendek

" jom..kita jalan-jalan kat sana...." Farah hanya mengikut Johari daripada belakang.

Mereka berjalan, menghampiri replika kapal layar Bugis yang menjadi salah satu daya tarikan di situ.

" Besarnya kapal ni...boleh masuk tak wak..?" soal Farah

" hmm....tak pasti pulak...rasanya tak boleh....kalau malam lagi happening tau, banyak lampu-lampu..ramai orang datang memancing....kat hujung sana ada medan ikan bakar...boleh tahan sedap..." ujar Johari sambil menundingkan jari ke Medan Ikan Bakar yang betul-betul terletak di hujung pantai. Farah hanya menoleh memandang ke tempat yang ditunjukkan Johari.

" nanti boleh la awak belanja saya..." Farah cuba bergurau

" boleh jer wak...ingat nak bawa awak malam ni...tapi rasa macam tak manis jer...bawa awak jauh-jauh...malam pulak tu....takpe next time kita datang lagi ya..." Farah hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

" Jom kita ke sana pula..." pelawa Johari.

Farah seperti biasa hanya menurut. Farah berasa amat janggal sekali, seolah-olah pertemuan kali ini merupakan pertemuan kali pertama mereka. Fikirannya ligat berputar mencari jawapan kenapa Johari bersikap lain daripada kebiasaannya.

Sedang leka Farah bersoal jawab dengan persoalan-persoalan yang bermain-main di fikirannya, tiba-tiba dia tersentak apabila Johari menyentuh tangannya. Dia segera memandang Johari, Johari pula tetap dalam posisi asal, matanya masih lagi merenung ke arah laut.

" Farah.......awak dah fikirkan ke pertanyaan saya semalam...?" tiab-tiba Johari bersuara

" maybe dah....entah la Joe....ada ke orang yang nak kan saya...saya ni janda..erm..kenapa tanya macam tu..?" soal Farah

" ala wak.....kalau hati dah suka...tak kira la janda ke...anak dara ke.." balas Johari

" kenapa sikap awak pelik jer hari ni....?" Farah cuba menarik tangannya, namun pegangan tangan Johari semakin kuat.

Kali ini Johari memalingkan mukanya dan merenung Farah, Farah mula menjadi tidak keruan dengan renungan tersebut. Johari memusingkan badan Farah dan kedua belah tangan Farah digenggam erat. Mata mereka saling bertentangan.

" Farah........sudikah Farah menjadi pasangan hidup saya...?" Johari memulakan bicara

Sebaik sahaja Farah mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Johari, dia tergamam, dia kehilangan kata-kata. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang sudah didengarinya sebentar tadi.

Farah terus menarik tangannya dari genggaman Johari, dia menundukkan mukanya. Wajah arwah suaminya Mustaqim dan juga wajah Johari silih berganti bermain-main di kotak fikirannya. Riak kekecewaan jelas terpancar di muka Johari. Johari menarik nafas sedalam-dalamnya mengumpulkan sisa-sisa kekuatan yang ada, lalu dilepaskan dengan kasar.

" takpe la wak.....saya faham....awak mesti tak dapat terima saya kan....? saya sorang jer yang syok sendiri.....erm....anggaplah perkara ni tak pernah terjadi....kita kawan macam biasa boleh..?" soal Johari dalam masanya sama dia cuba memujuk hatinya.


♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:Q9ulqvPKt-CjWM::pialyandsajib.files.wordpress.com/2009/10/love-proposal.jpg&t=1&h=181&w=278&usg=__wyEyZ76y-S6M71SC9cmW9uVMefM=

" nak lamar kita....tapi takde cincin...haih macam mana la kita nak terima..." setelah sekian lama membisu, Farah kini bersuara.

Farah tidak dapat menafikan perasaan cinta yang mula berputik terhadap Johari. Johari telah berjaya membuka pintu hatinya yang telah tertutup sekian lama. Jika dulu dia berasa ragu-ragu tentang perasaannya, tetapi setelah mendengar luahan hati Johari, dia kini yakin bahawa Johari adalah yang terbaik untuknya.

" a...apa Farah......?" soal Johari

" saya cakap sekali jer....taknak ulang-ulang...kalau awak tak dengar takpe lah...jom kita balik.."

" err.....dengar....tapi macam tak percaya....." jawab Johari sambil meraba-raba baju dan poket seluarnya.

Dia cuba mencari sesuatu untuk dijadikan cincin, tiba-tiba dia terpandangkan cincin batu delima berwarna hijau yang berada di jari telunjuknya. Segera dia menarik keluar cincin tersebut. Farah hanya memerhatikan gelagat Johari. Johari melutut di depan Farah,

" Farah Umairah Tajuddin...sudikah Farah menjadi teman sehidup semati saya...?" ujar Johari sambil menghulurkan cincin tersebut ke Farah.

Farah merenung mata Johari, dia tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Johari melonjak keriangan seperti kanak-kanak yang baru sahaja mendapat gula-gula. Farah menghulurkan tangan kirinya, dengan segera Johari menyarungkan cincin tersebut.

" ermm....besar la wak cincin ni..."

" tak pe....ini sementara jer...saya janji sekejap lagi kita pergi beli cincin yang real punya...."

" hari ni juga..?" soal Farah

" iyer...hari ni juga.....sorry saya tak buat prepareration..sebab saya tak menyangka awak akan terima lamaran saya..." jawab Johari dengan bersungguh-sungguh

Farah hanya ketawa,

" apa yang buatkan awak fikir saya takkan terima lamaran awak..?"

" semalam...saya bagi hint...awak buat derk jer....tu yang buatkan saya tak yakin..."

Farah ketawa lagi,

" macam-macam lah awak ni.....saya pun dah lama sukakan awak...cuma malu tuk berterus terang...terima kasih kerana sudi terima saya seadanya...."

" kasih mu ku terima dengan setulus hati...ha..lepas ni...awak boleh la panggil saya abang..."

" eh.....sorry sikit...awak tu pangkat adik tau, bukan ke umur awak setahun lebih muda dari saya...?"

" ala...setahun jer...apa ada hal....dah kawin nanti wajib tau panggil abang...."

" belum kawin lagi kan....so tak boleh la lagi....." jawab Farah, mereka kembali berbalah.

" ha..ha...masanya akan tiba....takpun awak panggil jer sy...Bie...saya panggil awak Honey....nak...?" Johari mengenyitkan matanya kepada Farah

" ada-ada jer la awak ni....." ujar Farah sambil ketawa.

Johari menggenggam erat tangan Farah, mereka berjalan berpimpinan tangan. Tanpa mereka sedar, sedari tadi mereka sedang diperhatikan dari jauh.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://www.mgcpuzzles.com/mgcpuzzles/images/all_new_core_images/Wedding_puzzle_art/1_marriage_proposals/toy_car_wedding_proposal_A.jpg

Kereta Toyota Vios berwarna hitam milik Adam berhenti di bahu jalan tidak jauh dari tempat Farah dan Johari bertemu.

" Adam........romantinknya dieorang kan...? macam tengah tengok wayang jer...." ujar Sarah dengan penuh rasa teruja. Adam hanya tersenyum.

" dah puas tengok...jom lah kita gerak...nanti mereka perasan..."

" ok lah..jom....haih...tak sabar rasanya nak dengar sendiri cerita dari kakak..."

" erm.....Sarah dah bersedia ke untuk berkahwin..?" soal Adam

Sarah terdiam, dia mengerutkan dahinya.

" secara jujurnya......Sarah dah bersedia...dan Sarah tahu...Adam masih belum bersedia betul tak..?"

Kali ini giliran Adam pula mendiamkan diri. Benar kata-kata Sarah, dia masih lagi belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan, terlalu banyak perkara yang perlu dia lakukan untuk memperkukuhkan hidupnya. Dia tidak mahu Sarah berasa susah hidup dengan dia nanti.

" Sarah faham sangat Adam, Adam jangan risau yer....Sarah macam tu juga....Sarah akan tunggu Adam sampai Adam dah betul-betul bersedia...kalau memang dah tertulis kita ditakdirkan untuk bersama....kita pasti akan bersatu juga satu hari nanti..."

" thanks sayang........" ucap Adam sambil memegang erat tangan Sarah.

" kita pernah terpisah satu ketika dulu...dengan takdir Allah, kita dipertemukan semula....mungkin ini jodoh kita....sama-sama lah kita berdoa moga jodoh kita berkekalan...buat masa sekarang.....kita cuba belajar mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi....kita sambung semula apa yang telah terputus satu ketika dulu...."

Adam tersenyum lagi, dia memandang Sarah dengan penuh kasih sayang, dia sangat bersyukur kerana dipertemukan semula dengan Sarah.

" ok sayang...kita gerak yer...nak pergi mana pula lepas ni...?"

" tak tau......pergi jer la mana-mana....Sarah ikut jer..."

Adam menukar gear dari P ke D, keretanya meluncur laju meninggalkan Tanjung Harapan.


♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:HGksHlexQw8lyM::yoursay.footprintfriends.com/cfs-file.ashx/__key/CommunityServer.Components.SiteFiles/love_2D00_heart_2D00_cloudbig.jpg&t=1&h=195&w=258&usg=__2hBhAa0jcnZLXVECubFy04Q_gt8=

" eh....kereta Vios hitam tu...macam kereta Adam jer...." ujar Farah kepada Johari

" mana..mana....?"

" tu....dah lepas dah..."

" ala....macam la dia sorang jer ada kereta tu...yer tak...?"

" hmm...iyer lah.......lepas ni kita ke mana...?" soal Farah lagi

" kita pergi syurga...........hahaha..." Johari ketawa

" ish dia ni...betul-betul la....takkan sampai petang nak duduk kat sini..."

" lapar la...jom kita cari makan.....lepas tu kita pergi cari cincin...nak call mak lagi...ha..banyak perkara nak buat...." Johari segera bangun lalu menarik tangan Farah.

" amboi......buakn main ligat dia pegang-pegang kita eh..."

" ala......belum kawin macam ni la...pegang-pegang sikit jer....dah kawin....ha siap lah..." Johari mengeyitkan matanya.

" siap apa ni Joe...hmm...? gatal eh..." Farah mencuck pinggang Johari,

" oh....memang tak sabar nak kawin dengan Farah..." Johari mula melatah

Farah mengeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia teringatkan arwah Mustaqim.

" abang........Farah harap abang merestui hubungan ini...walau apa pun yang terjadi...abang tetap ada ruang di hati Farah..." hati Farah berbisik.


♥♥ **************************************************** ♥♥

ok....nanti sambung lagi....:)


5 comments:

Mr JePz said...

hahaha,,,akhirnya dua hati bersatu jua..

epy elina said...

hhoohhooh...
farah n joe...
1 psngn yg serasi...
adam ngn sarah bila lg....

nurafizza said...

alamak..besh nye...bila la adam & sarah..mesti byk lg dugaan kene tempuh kan???

nabilah_2908 said...

hye mr jepz..:)

yupp...sj nk tmtkn watak smpingn..lps ni nk focus pada watak utama... :)

hye elina ;

adam n sarah.....myb akn bersatu..myb tidak..huhu..

hye fizza ;

yupp...dugaan n halang sedang menanti mereka..:)

nurul said...

best2...smbung lg cpat2..hehehe...
ala, biarlah adam & sarah bsatu..pliz..hohoho..