Thursday, May 27, 2010

NOTA CINTA - PART 23


...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:Ka40tugJUBOkAM::www.about-alcohol-info.com/young-woman-upset-over-husband%27s-abusive-drinking.jpg&t=1&h=206&w=245&usg=__xYyaqNRNGkECBgVFgP8MyzljEH4=

" Sarah berkenalan dengan Razif semasa Sarah belajar di UUM, dia merupakan fasilitator untuk minggu suai kenal..bermula dari situlah kami semakin rapat. Suatu hari dia meluahkan kata-kata cintanya pada Sarah, tapi Sarah tiada langsung perasaan terhadap Razif. Sarah menolak cinta Razif dengan cara yang baik. Namun seminggu kemudian, satu universiti gempar apabila Razif dikejarkan ke hospital akibat mengelar tangannya sendiri..."

" kemudian apa yang terjadi Sarah...?"

" Sarah rasa bersalah, Sarah tahu kerana Sarah lah Razif sanggup melakukan perkara bodoh itu...so...sepanjang dia berada di hospital, Sarah yang jaga dia..sampai dia sembuh..hubungan kami menjadi rapat semula...atas nasihat kawan, Sarah terima juga cinta yang dihulurkan....walaupun dalam hati ni..tiada langsung perasaan cinta untuk Razif... Adam tahu tak, di hati Sarah hanya ada Adam....malah sejak dari dulu lagi..." luah Sarah.

" Adam tahu tu sayang....Adam pun macam tu juga..."

" jadi bermula lah episod suka duka Sarah menjadi kekasih Razif...dari awal telah Sarah katakan kepada Razif, perasaan cinta untuk Razif tak pernah hadir, walaupun Sarah cuba untuk mencintainya...tapi perasaan itu tak pernah berubah...tapi Razif beria-ia menyakinkan Sarah bahawa cinta itu boleh dipupuk....jadi Sarah ikutkan saja rentak Razif...sepanjang berkawan dengan dia...Sarah masak benar dengan sikap panas barannya....pantang orang silap sikit...pasti kemarahannya akan meledak...Sarah la yang jadi tempat dia melepaskan kemarahannya..."

" apa...........maknanya sebelun ni selalu la dia pukul Sarah yer..?"

" tak lah....dia hanya luahkan kemarahan dia saja..Sarah mula bosan dengan sikapnya..."

Kejadian di tampar oleh Razif bermain-main di benaknya.

Petang itu Razif menghubungi Sarah dan menggesa supaya Sarah datang dengan kadar segera. Apabila Sarah bertanya mengapa, Razif terus meninggikan suara dan mula memaki hamun nama ketuanya, faham lah Sarah bahawa Razif baru sahaja dimarahi oleh ketuanya, dengan hati yang berat, Sarah ikutkan juga kehendak Razif.

Semasa dalam perjalan bertemu Razif, Sarah terperangkap dalam kesesakkan jalan raya. Sarah telah menghubungi Razif untuk menyatakan tentang kelewatannya, namun Razif tidak menjawab panggilannya. Sebaik sahaja Sarah tiba di tempat yang telah dijanjikan, belum sempat Sarah berkata-kata, satu tamparan hinggap di pipi Sarah. Orang ramai yang lalu lalang disitu hanya mampu memerhatikan sahaja.

Sarah melepaskan keluhannya, peristiwa itu tidak akan Sarah lupakan sampai bila-bila.

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:dqBCQ_E6pdthAM::randiann.files.wordpress.com/2009/06/couple-fighting10.jpg&t=1&h=147&w=160&usg=__-rokJ_0KcIOO6Vxop45AEmssqn4=

" dia tampar Sarah....tanpa bertanya kenapa Sarah lambat..?" soal Adam,

Sakit hatinya sebaik sahaja menegtahui sebelum ini Razif pernah menyakiti kekasih hatinya. Sarah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Sebaik sahaja ditampar, Sarah nekad untuk memutuskan hubungan mereka.

Masih lagi segar di ingatannya, betapa peritnya tamparan itu. Sarah terjelopok jatuh, dunia dirsakan berpusing buat seketika. Sebaik sahaja melihat Sarah jatuh, Razif mula cemas. Segera dia menghampiri Sarah dan terus meminta maaf.

" sayang.......maafkan abang.....abang tak sengaja...."

Sarah menepis tangan Razif yang menyentuh bahunya. Sarah mengumpulkan sepenuh tenaga untuk bagun semula. Kali ni dia nekad untuk memutuskan hubungan mereka. Sarah sudah tidak sanggup untuk meneruskan hubungan ini.

Dia merenung Razif dengan penuh rasa benci,

" cukup Razif...cukup...!! saya dah tak tahan....sampai sini sahaja hubungan kita....jangan cari saya lagi....!! " jerit Sarah dan berlalu pergi meninggalkan Razif.

Air matanya mengalir tanpa dipinta. Adam memusingkan bahu Sarah, wajah kekasih hatinya ditatap, pipi Sarah diusap lembut.

" kesian Sarah.......tak mengapalah....usah diingatkan lagi kisah lama...Adam ada untuk Sarah, Adam akan lindungi Sarah, Adam akan sayangi Sarah melebihi nyawa Adam sendiri..."

Sarah menatap mata Adam, dari riak mata Adam, terpancar keihlasan dalam setiap kata-katanya. Sarah dapat merasakan kebahagiaan itu.

" terima kasih......Sarah sayang Adam....sayang sangat-sangat...." ucap Sarah

" eee..comelnya....." ujar Adam lalu menarik hidung Sarah.

" ish....sakitlah....Adam ni..nak kena dengan Sarah yer...." Sarah mencubit tangan Adam

" cubit lah sayang.....tak sakit..."

" eleh...tak sakit konon..tengok tangan tu dah merah....waa ini apek....sudah pandai cakap bohong eh...?"

Adam ketawa melihat gelagat Sarah.

" erm......hari dah hampir gelap ni...Sarah taknak bawa Adam jumpa ayah dan ibu ke....taknak kenalkan Adam dengan mereka...?" soal Adam

Sarah memandang Adam, lalu tersenyum.

" taknak lah...nak buat apa...."

" takpe lah kalau macam tu....Adam balik KL dulu...." Adam berpura-pura merajuk

" ala...ala....merajuk pulak dia....meh..meh nak pujuk....nak aiskrim tak...?" pujuk Sarah

" taknak........." Adam masih lagi berpura-pura merajuk

" tak senonoh la bila lelaki merajuk..apa la..muka jer macho...tapi hati tisu....jom lah ikut Sarah balik...ayah dan ibu tak sabar sebenarnya nak jumpa Adam, Sarah dah ceritakan semuanya pada mereka..."

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:vCaAoU_8_HKOCM::images-0.redbubble.net/img/art/size:large/view:main/3100370-2-you-know-its-true-im-still-in-love-with-you.jpg&t=1&h=183&w=275&usg=__onY-SjMjnyjfdztCkmiuJ3u5SCM=

Buat pertamakalinya Sarah membawa pulang lelaki bertemu ayah dan ibunya. Walaupun terasa agak gugup, risau seandainya pilihannya dibantah, namun dek kerana cintanya yang menggunung terhadap Adam, dicekalkan hatinya untuk membawa Adam bertemu ayah dan ibunya.

" Ayah...ibu...kenalkan ni Adam..." ujar Sarah.

Ketika itu ayah dan ibunya duduk di ruang tamu, memang mereka sedang menanti kehadiran Adam. Farah sudah pun memaklumkan akan kehadiran Adam kepada mereka. Adam menghadiahkan senyuman lalu mereka bersalaman.

Ibu Sarah memerhatikan Adam dari atas ke bawah cuba membuat penilaian, manakala ayahnya pula hanya tersenyum girang, hatinya senang akan kehadiran Adam.

" duduk lah Adam....." pelawa Tajuddin

" terima kasih...."

" Sarah........pergi dapur buat air....Farah...jangan nak menyorok kat tepi tangga tu..pergi tolong Sarah...." arah ibunya Mariyam

Maka kedua beradik itu bergegas menuju ke dapur.

" kak...risau lah kalau ibu reject Adam..." Sarah meluahkan kebimbangannya.

" relax la...akak rasa Adam mampu mengambil hati ibu...akak tengok ayah macam ok jer..." Farah memberikan pendapatnya.

Kedua beradik cuba mencuri-curi dengar perbualan di antara ayah dan ibunya, namun perbualan itu tidak dapat didengar, mereka seakan-akan berbisik.

♥♥ **************************************************** ♥♥

Adakah hubungan di antara Sarah dan Adam mendapat tentangan dari ibunya...??

nantikan episod seterusnya ya... :)

4 comments:

epy elina said...

hohoho...
hrp2 mak ayh sarah mrestui hub sarah ngn adam...
best jg klu adam n sarah kawen....

nabilah_2908 said...

hye elina ,

thnks cz sudi luangkan masa tuk baca cerita ni..:)

nk tau..kena tunggu nxt epsd.. :)

Mr JePz said...

erm..ade can adam tuh...ayah sarah dh nmpk senang atiey...huhuhu..

nabilah_2908 said...

hye Mr JEpz..

hmm..myb...hehehe.. :)