Saturday, May 22, 2010

NOTA CINTA - PART 19

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:DeMBezsE0g3kkM::farm4.static.flickr.com/3395/3200234084_554678723d.jpg&t=1&h=183&w=275&usg=__iaDkHmJPNscMjrZrpiC-Ei57lbo=

Sarah dan Yasmin mengatur langkah menuju ke Chicken Rice Shop. Sebaik sahaja mereka masuk, Adam melambai-lambaikan tangannya.

" wah....itu ke bf Cik Sarah...handsome nya....." puji Yasmin

" hmm..itu la dia....jom...." Sarah menarik tangan Yasmin

Mereka segera menghampiri Adam,

" Hye Adam.......kenalkan ini Yasmin..." Sarah memperkenalkan Yasmin kepada Adam

" Hye Yasmin..."

" Hye.....eh...sepadanlah....pakai baju pun hampir sama...pakat eh...nak pakai baju sedondon..?" soal Yasmin.

Sarah dan Adam masing-masing melihat baju mereka. Kata-kata Yasmin ada kebenarannya, Adam mengenakan kemeja hitam berjalur merah dan kelabu manakala Sarah pula mengenakan blouse merah berjalur kelabu kehitaman.

" ha'ah la sama....Min....tolong ambil gambar kami boleh..?' Sarah menghulurkan telefon bimbitnya. Yasmin hanya menurut.

" ok lah...dah-dah la tu yer...jom la duduk...dari tadi berdiri...." ujar Adam

Sarah mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan Adam, Yasmin pula memilih untuk duduk di sebelah Sarah.

" Min....kalau nak tahu...dia ni suka sangat makan nasi ayam ni....tak jemu-jemu..." Sarah membuka cerita.

" memang pun ni favorite Adam...I'm Chinese lor....tak pelik pun..betul tak Min..? "

" ha'ah la Cik Sarah...apa la salahnya..."

" saya tahu...itu yang ikutkan saja...erm...lepas ni awak kena tolong saya semak semua resume ya...kita buat semakkan yang terakhir....esok dah boleh mula call candidates..." Sarah masih lagi sempat membincangkan soal kerja.

" ok Cik Sarah....saya on jer...." ujar Yasmin sambil tersenyum.

Yasmin amat senang berkerjasama dengan Sarah. Baginya Sarah seorang ketua yang baik dan sangat cekap dalam melakukan kerja-kerjanya.

Adam hanya mendengar perbualan di antara Sarah dan Yasmin sambil menongkat dagunya dan matanya memandang Sarah.

" eh....kenapa Adam pandang Sarah macam ni...?" soal Sarah

" saja....Adam nak menghayati keindahan ciptaan Allah...yang mungkin satu hari nanti akan jadi milik Adam..."

Sarah tertunduk malu.

" ada jer la Adam ni.....malu la Sarah dengan Min...ish..." muka Sarah kemerah-merahan menahan malu.

" ala....saya ok la Cik Sarah....."

" tengok la muka dia tu..dah merah kan Min...?" Adam cuba mengusik. Sarah segera mencebikkan bibirnya.

Perbualan mereka terganggu apabila pelayan datang menghidangkan makanan. Meja mereka penuh dengan pelbagai jenis makanan. Ada nasi, ayam rosted dan steamed, tiga set Pai Tee, taugeh goreng, sup, tiga cawan air dan turut disertakan kerabu mangga.

" wah......ada kerabu mangga..." ujar Sarah

" Adam tahu Sarah suka kerabu ni kan....makan la..makan banyak sikit...."

" ok...jemput makan Min.....jemput makan Adam..."

Sarah memandang Adam sambil mengenyitkan matanya. Adam hanya tersenyum melihat keletah Sarah. Sarah nampak sungguh gembira dengan pertemuan ini begitu juga dengan Adam. Baginya, perkara yang akan buatkan dia rasa gembira adalah dengan mengembirakan Sarah.

"eh..tadi Cik Sarah kata nak cerita....cepat lah Cik Sarah...tak sabar nak dengar..."

" ok...bila dah mengadap kerabu mangga ni...jadi lupa pula nak bercerita....tadi kan masa Sarah dan Min on the way ke sini..Sarah jumpa dengan Jess tau...."

Adam mengerutkan dahinya, dia berasa kurang senang sebaik sahaja dia mendengar nama Jessica yang keluar dari mulut Sarah.

" dia nak apa....?"

belum sempat Sarah menjawab, tiba-tiba Jessica datang menghampiri Adam. Dia tidak perasan akan kehadiran Sarah dan Yasmin di situ.

" Hye Adam....you buat apa kat sini...makan dengan office mates ya...sampai hati tak ajak I..."

Jessica terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Adam. Tiba-tiba dia terdiam sebaik sahaja dia melihat Sarah dan Yasmin berada di hadapannya.

" hmm...Jess....jumpa lagi kita ya...." tegur Sarah

" errr...ha.....betul la tu...." Jessica kehilangan kata-kata, perasaan malu mula menyelubungi dirinya.

" kenalkan...this is my fiance....Adam....Adam Lim Abdullah...." ujar Sarah sambil menyentuh tangan Adam.

Jessica memandang muka Sarah dan Adam silih berganti, pandangan yang penuh dengan rasa benci, dia terus bangun dan keluar dari restoran tersebut tanpa sebarang kata.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:pGUb4AS6FnesSM::www.menscience.com/blog/uploaded_images/Couple-eating-apple-750075.jpg&t=1&h=183&w=275&usg=__Z311ijvoMCzctdwdJeCPp0Sou7w=

" haha.." Sarah ketawa kecil sambil mengeleng-gelengkan kepalanya, Adam pula masih lagi terpinga-pinga.

" kenapa ni sayang...Jess dah buat apa dengan Sarah...?'

" macam ni.......tadi Sarah jumpa dengan Jess....dia pun dengan gah bercerita yang dia ni sedang serius bercinta dengan Alex Lim..."

" Alex Lim mana...? Adam ke yang dia maksudkan...ish..mengarutlah...Sarah jangan percaya kata-kata Jess tu...." Adam mula risau kalau-kalau Sarah salah faham dengan kata-kata Jess

" its ok dear....masa dia cakap tadi....Sarah dapat agak dia menipu...Sarah tak nak malukan dia..so Sarah iyerkan saja....nah...takdir Tuhan....Dia mempertemukan sekali lagi Sarah dan Jess kat sini......"

Adam mengangguk-anggukkan kepalanya. Sarah pun bercerita dan terus bercarita tentang apa yang telah terjadi di antara dia dan Jessica. Sekali sekala mereka bertiga ketawa serentak, mereka berasa lucu dengan tindakkan Jessica.

" macam-macam hal...lepas ni apa la pula....tapi Sarah jangan risau....walau apa pun yang terjadi...Sarah tetap di hati Adam...."ucap Adam sambil menggenggam tangan Sarah.

♥♥ **************************************************** ♥♥

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGeoec1FDEhF7Ld1oIovIhBtiGEgONyyDu1yXGGsrKWZP5ayfTlgl4c0-D4iByQ6iGc7u1RYbq9dULVPqD3bUToPDB-gUaQ0gcOUC7GTOEnm9SzMR8DzjfJ96XM7-i9gRY3EorvSHeE3o/s400/broken-heart-8.jpg

Jessica hanya memerhatikan mereka dari jauh. Perasaannya bercampur baur antara malu, sebal, benci dan dendam.

" hari ni...hari kau Sarah........esok lusa hari aku pula...ketawa lah sepuas hati....aku akan pastikan kau akan datang dan melutut pada aku nanti....just wait and see...."

Jessica menghembuskan nafasnya.

" kalau aku tak boleh memiliki Adam....aku akan pastikan kau juga takkan memiliki Adam....tunggu lah..masanya akan tiba......kau takkan bahagia...."


♥♥ **************************************************** ♥♥

kali ni upadate sikit jer...letih sikit..nanti sambung lagi yer.. ;)


4 comments:

humayra said...

uit..jht la jess

Mr JePz said...

pergh..bhye jess nie...dendam kesumat mnyelubungi jiwa dan raga..huu

nabilah_2908 said...

hye humayra ;

hrumm..sj nk letak watak antigonis dlm cerita ni.. :)

nabilah_2908 said...

hye Mr Jepz..

si Jess memang jahat dr dulu lagi...huhu..sma la mcm papa dia.. ;)