Saturday, May 22, 2010

NOTA CINTA - PART 18

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:tHU-_aSBMRIeGM::www.lovinghugs.com/images/thumbnailitems/Love-Wallpapers/love-wallpaper14.jpg&t=1&h=194&w=259&usg=__9GFJZpRn6yQWTBubBI2Zpg6gSD8=

Sarah sedang meneliti satu persatu resume yang telah dihantar oleh pemohon, tiba-tiba telefon di atas mejanya berbunyi.

" Yes Min....."

" Cik Sarah.....GM nak jumpa...."

" ada apa eh....?" soal Sarah

" tak pasti pula..tadi Izati yang hantar pesan ni..." balas Yasmin

" ok lah...saya gerak sekarang...thanks Min..."

Sarah segera keluar dari biliknya dan terus menuju ke bilik En Faruq. Sebaik sahaja dia tiba, dia disambut mersa oleh En Faruq. Sarah dapati ada tetamu di dalam bilik tersebut, seorang wanita yang berumur separuh abad di mana Sarah amat mengenali wanita itu. Wanita itu merupakn isteri kepada CEO syarikat iaitu Datin Hasyimah. Namun seorang lelaki yang duduk di sebelah Datin Hasyimah, tidak pula dikenalinya.

" Apa kabar Datin...." Sarah menyapa

Datin Hasyimah mengangkat keningnya, melihat Sarah dari atas ke bawah. Sarah mengenakan kemeja merah berjalur kelabu kehitaman, dipadankan pula dengan seluar slack hitam. Sarah kelihatan cukup elegan.

" cantik juga budak ni..." detik hati Datin Hasyimah

" kabar baik....." jawab Datin Hasyimah.

Pandangan Sarah beralih pula kepada pemuda yang duduk bersebelahan dengan Datin Hasyimah. Sedari tadi pemuda tersebut asyik memerhatikan dirinya. Sarah mula berasa janggal berada di dalam bilik tersebut.

" Sarah..........saya nak kenalkan bakal Pengurus Projek yang baru...Ahmad Uzair Muhaimin Dato Hashim..." En Faruq membuka bicara.

Uzair segera bangun lalu menghulurkan tangannya. Sarah tersenyum lalu berjabat tangan dengan Uzair

" saya Sarah Umairah Tajuddin...." Sarah memperkenalkan diri

" ya....saya tahu...awak ni Eksekutif bahagian Pentadbiran dan Hal Ehwal Sumber Manusia kan..?" soal Uzair.

" ya...saya...."

" Sarah........saya ada tugas untuk awak....saya nak awak ubah suai bilik En Uzair...En Uzair akan memulakan tugasnya minggu hadapan..." En Faruq memberi arahan.

" ha..betul tu...kalau boleh saya nak design yang moden....bukan macam sekarang...macam dalam muzium lama jer..." sampuk Datin Hasyimah.

" saya tak kisah sebenarnya...mama saya ni jer..sibuk suruh tukar...tapi saya yakin dengan awak...saya pasti saya akan suka dengan pilihan awak..its all up to you...." ujar Uzair

" erm....baiklah En Faruq...Datin dan En Uzair...akan saya uruskan secepat mungkin...ada apa-apa lagi...?" soal Sarah

" ok Sarah itu sahaja...awak boleh teruskan kerja awak...maaflah saya dah tambahkan kerja-kerja awak...urusan interview tu pun belum selesai lagi kan..?"

" its ok En Faruq..ini memang bidang saya.....tentang interview...saya sedang semak semua resume...insya'Allah...esok kami akan mula menghubungi para calon..." terang Sarah

" bagus la macam tu..."

" saya minta diri dulu ya...."

Sebaik sahaja En Faruq menganggukan kepalanya, Sarah memandang Uzair dan Datin Hasyimah lalu menghadiakan senyuman dan terus keluar dari bilik En Faruq.

" Min.....call Mr Tan...kita nak pergi jumpa dia sekejap lagi....." arah Sarah kepada pembantunya.

" Kita....?" soal Yasmin

" ya lah...kita pergi berdua ya....cepat lah call...."

" ok....." dengan segera Yasmin menyelak buku panduan telefon, mencari nombor telefon Mr Tan dan terus menalifon Mr Tan.

Mr Tan merupakan pereka hiasan dalaman untuk Syarikat Alam Megah Holdings, hampir tujuh tahun Mr Tan memberikan perkhidmatan hiasan dalaman untuk syarikat.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://i41.photobucket.com/albums/e265/cosmicdavid/000AShowing_Love.jpg

Sebaik sahaja urusan di antara Mr Tan dan Sarah selesai, Sarah mengajak Yasmin menemaninya ke Times Square, dia ingin mencari kasut baru.

Sedang mereka berdua berjalan melewati kedai demi kedai, Sarah terpandang seorang wanita cina, wajahnya mengingatkan Sarah kepada seseorang. Sebaik sahaja Sarah berselisih dengan wanita tersebut, tiba-tiba wanita cina tadi menyapa Sarah.

" eh....macam kenal....you ni....Sarah kan...?"

Sarah memandang wanita tersebut, otaknya ligat berfikir siapakan wanita cina yang berada di hadapannya sekarang.

" Jess....." detik hatinya, serta merta perasaan meluat dan benci menguasai diri.

" sorry...tak ingat la...puas berfikir...." Sarah cuba berdalih

" ni Jess...Jessica Ng...your classmate...5 Science 2...SMK Seri Tanjong.....ingat dah...?" Jess beria-ia cuba mengingatkan Sarah.

" oh..........Jess....baru ingat...how are you...and how's life....?" soal Sarah walaupun hatinya tidak ikhlas, dia tetap cuba memaniskan muka.

" I'm fine...baru je sampai ke KL...sebelum ni I busy di Melbourne..." jawab Jess dengan angkuh sekali

" hmm...bagus la tu...I kat sini je...takde peluang pula nak keluar negara..."

" ha....you dah kahwin ke...?" soal Jess

" belum.....what about you...?"

" ya...I pun macam you juga...belum lagi...but I'm in a serious relationship..."

" owh...really.....I'm happy for you....." Sarah masih lagi meneruskan lakonan

" ya...and guess what.....I masih lagi bersama dengan Alex....lama tak....? dari dulu sampai sekarang...kami masih lagi bersama...."

Sarah terkejut sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jess.

" Alex.......ish...tak mungkin....ada yang tak kena ni..." hatinya berkata-kata

" la....is it true....? erm....Alex mana ni...Alex Lim ke...?" soal Sarah

" ya lah..siapa lagi....ingat pun you dengan Alex..ingatkan dah lupa..." Jess tersenyum sinis.

" hmm...bagus la tu...I doa kan semoga you and Alex akan berbahagia hingga ke akhirnya..."

" thanks Sarah...." Jess menyentuh bahu Sarah.

Tiba-tiba telefon Sarah berbunyi.

" Hye sayang.......dah sampai ya...tunggu sekejap ye..bye...." Sarah terus mematikan telefon.

" ok lah Jess...my fiance call...kami dah janji nak jumpa.....I minta diri dulu ya...."

" oh.....dah ada fiance...ok..ok...nak kahwin nanti jangan lupa jemput..boleh I bawa Alex sekali...." ucap Jess sambil tersenyum.

" dah tentu Jess....I will.....bye Jess" Sarah melambai-lambaikan tangannya.

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:A-nFo5TxMrlhAM

Sebaik sahaja Jessica berlalu pergi, tiba-tiba sahaja Sarah ketawa, ketawa dan ketawa. Yasmin yang berada di sebelahnya kebingungan.

" kenapa ni Cik Sarah...?"

" hahahaha....sorry Min...nanti saya bagi tau ye....eh....jom lah...my bf ajak lunch sekali....dia tengah tunggu kat Chicken Rice Shop...."

" err....takpe ke...saya segan lah....."

" la...nak segan apa pula....dia nak belanja....bukan senang dia nak keluar macam ni tau....jom la eh...jangan segan-segan....lagi pun sure awak nak tahu kenapa saya ketawa besar tadi kan...?"

" err...ha'ah....risau juga saya....tiba-tiba jer Cik Sarah ketawa...."

" ha...saya pun nak cerita dengan my bf juga....jom lah...." Sarah menarik tangan Yasmin.

Telefonnya sekali lagi berbunyi, dengan segera Sarah menjawab telefon tersebut.

" Hye Adam...." ucap Sarah

" Hye sayang....erm....are you ok....marah pada Adam ke...?"

Adam kebingungan, baru sebentar tadi dia menalifon Sarah dan menyatakan bahawa dia sudah sampai di tempat yang dijanjikan, tetapi Sarah menjawab panggilannya dengan cara yang pelik.

" hehehehe..........." Sarah ketawa lagi

" Sarah ada cerita best nak cerita dengan Adam.....Adam tunggu la sekejap...Sarah dengan Min dah on the way...tak pun....Adam order la siap-siap....."

" ok sayang....Sarah sure nak Roasted Chicken kan...? kawan Sarah....?"

" Min....Min nak makan apa...?" soal Sarah

" erm...ikut Cik Sarah jer lah...Min tak kisah....."

" sama macam Sarah gak...." ujar Sarah

" ok lah....jumpa nanti.....bye sayang...."

" bye...bye..." Sarah mematikan telefonnya. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:uIJnfIT3eW0jZM::www.brooklynparrots.com/uploaded_images/i_love_you_mug_image-713593.jpg&t=1&h=194&w=259&usg=__Gd0_PX8lN64N8m_Uxvan68_pltM=

♥♥ **************************************************** ♥♥

boleh agak tak apa yang Sarah akan bercerita pada Adam...? huhuhu...

nantikan sambungannya yupp... :)


2 comments:

Mr JePz said...

im the first kew??huhuhuhuhu....agak2nye..cter td lah yg sarah akan citer blik pada adam..huuh

humayra said...

gempaq...hehe