Thursday, May 20, 2010

NOTA CINTA - PART 17

...HAPPY READING...
♥♥ **************************************************** ♥♥
http://www.avera.org/imgs/ewebeditor/couple-talking.jpg

Farah sedang leka membaca majalah Harmoni kegemarannya, tiba-tiba bacaannya terganggu apabila telefonnya berbunyi,

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

" siapa lak nih...." hatinya tertanya-tanya

Farah merenung telefonnya, entah kenapa hatinya terdetik untuk menjawab panggilan tersebut. Pada kebiasaanya jika ada nombor yang tidak dikenali, dia tidak akan menjawab panggilan tersebut.

" Hello....."

" Hello Cik Kerempeng....buat apa tu....?"

Farah kini dapat mengagak gerangan siapakah yang berada di hujung talian, hatinya mula panas dengan panggilan itu.

" apa kerempeng..kerempeng....awak dah salah nombor ni..." jawab Farah dengan keras.

" hahahaha.....salah la pulak....bukan...saya nak bercakap dengan Cik Farah Umairah boleh..?"

" hmm....buat apa awak call ni...nak apa....kat mana awak dapat no saya...?" Joe diserang dengan soalan demi soalan dari Farah.

" opsss.....relax..relax...banyaknya soalan....tak cukup nafas saya nak jawab nanti..."

Nafas Farah turun dan naik menahan geram, walaupun geram tetapi dia tetap melayan kerenah Joe.

" jawab jer lah......."

" ok.....saja jer nak dengar suara awak....and saya dapat no awak ni dari langit..lama tau saya dok tenung langit yang kelam...gelap..lagi suram ni untuk dapatkan nombor awak...ibarat bulan jatuh ke riba tau...."

Farah menahan ketawanya, kata-kata Joe telah mencuit hatinya.

" ish...apa-apa jer la.....letih la nak melayan awak..."

" ala...ala..kesiannya dia...takpe la...kalau letih awak rehat la dulu yer....saya taknak ganggu awak dah...actually saya nak wish good night jer pada awak...and thanks coz sudi temankan saya tadi.."

Farah tersenyum sendiri apabila dia membayangkan wajah Joe. Joe bertubuh besar,tinggi dan sedikit berisi, malah Joe memang kelakar orangnya, dia suka menghiburkan orang-orang di sekelilingnya dan tidak dinafikan Johari ada tarikkannya yang tersendiri. Seharian bersama Joe menceriakan harinya walaupun mereka kerap berbalah di antara satu sama lain.

" hello...hello...Cik Farah........."

Farah tersedar dari lamunannya.

" err....ha...ok..."

" eh...kenapa ni...ha.....mesti dok teringatkan saya...kan...?" ucap Joe lalu ketawa

" ek eleh mamat ni....tak sudah-sudah nak perasan.....ish....ok lah wak....esok nak kerja...good night juga..."

" hehehehe...malu nak mengaku la tu......." Joe masih lagi ingin menyakat Farah

" suka hati lah En Panda oii........bye.....Assalammualaikum..." jawab Farah dan terus mematikan talian.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://pantheaunique.files.wordpress.com/2007/12/heart-love.jpg

Joe tersengih-sengih sendirian. Seronok rasa hatinya apabila dapat mengenakan Farah, semakin Farah marah, semakin galak dia mengenakan Farah. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian yang berlaku petang tadi sebaik sahaja mereka pulang dari majlis kawan Sarah.

Farah berjalan membontoti Joe dari belakang, sebaik sahaja mereka sampai di kereta Joe, Farah mula bersuara.

" hmm...cantik juga kereta awak ni yer En Panda..." puji Farah

Farah tertarik dengan kerta Proton Gen-2 Joe bewarna hitam yang telah diubah suai menampakkan kereta itu menjadi lebih sporty.

" iyer Cik Kerempeng...tahu tak pe.....tengok la siapa tuannya....dah jom lah masuk...takkan nak duduk luar jer...." arah Joe

Sebaik sahaja Farah memboloskan diri ke dalam kereta Joe, enjin kereta dihidupkan, Joe hanya duduk sambil memandang Farah.

" eh....apa hal ni dok pandang-pandang saya.....awak jangan buat yang bukan-bukan...." Farah mula gusar dengan pandangan Joe.

Joe tersenyum lalu berkata,

" Cik Kerempeng......kereta ni ada seat belt...sila gunakan kemudahan yang ada...saya bukan apa...taknak lah awak kena saman nanti....RM 300..banyak tu....." sindir Joe

Farah menjeling tajam ke arah Joe, hatinya semakin sakit apabila mendengar sindiran Joe, Joe pula memandang ke arah lain sambil bernyanyi kecil.

" iyer la En Panda....ish..." segera Farah menarik seat belt tersebut.

Semasa dalam perjalanan, Farah hanya mendiamkan diri. Hatinya masih sebal dengan sindiran dari Joe sebentar tadi.

" Alamak.......lupa pulak...." tiba-tiba Joe memecah suasana. Farah masih lagi mendiamkan diri.

" awak........nak minta tolong sikit boleh....?"

" hmmm....nak apa...?"

" erm...temankan saya pergi SACC Mall.....nak ambil Lense Camera saya...nak ambil payment photo shoot hari tu...and nak pergi beli kain..."

"awak kerja apa...photographer eh...?"

" part time jer wak....dapat la income sikit...."

" full time....?"

" jadi storekeeper jer kat Popular Bookstore kat Amcorp Mall..."

Farah hanya mengangguk-anggukan kepalanya. Sebenarnya Joe berbohong, dia bukan seorang Storekeeper tapi dia merupan Penolong Pengurus di cawangan tersebut.

" Kain....? untuk siapa....majlis nikah awak ke...? " soal Farah

" ha'ah.....majlis nikah saya dengan awak....boleh...? " balas Joe

Farah terdiam dengan kata-kata Joe.

" tak lah...untuk mak...memang dah niat nak belikan kain bila saya dapat payment ni...nanti boleh la awak tolong pilihkan yer...."

Farah masih lagi membisu, dia hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Cik Kerempeng..........boleh ke tidak ni...?"

" ish....Cik Kerempeng....Cik Kerempeng....penat ayah dan ibu saya cari nama yang elok untuk saya..awak sedap-sedap jer panggil saya Kerempeng..." Farah melepaskan kemarahannya.

" saya tak tau nama awak apa...sebab tu saya panggil awak Cik Kerempeng....ok lah...saya nak panggil awak apa ni...?"

"panggil saya Farah jer la...." balas Farah

" oh..Cik Farahjerlah....nice name...."

Farah memandang tepat ke muka Joe, hatinya yang sedari tadi panas bertambah panas.

" Farah.....Farah Umairah Tajuddin...." jawab Farah dengan keras

Joe ketawa dan terus ketawa apabila melihat gelagat Farah yang sedang menahan kemarahannya. Dia tahu bila-bila masa sahaja Farah akan meletup.

" ok...ok...ampunkan patik Tuan Puteri Farah Umairah anak Raja Tajuddin...patik yang hina ini bersalah...mohon diampunkan kesalahan beta....eh...patik....." Joe masih lagi ingin bergurau dengan Farah.

Sebaik sahaja Farah mendengar ucapan maaf dari Joe, tiba-tiab dia tersenyum. cara Joe meminta maaf telah mencuit hatinya, hatinya yang sedari tadi panas membara kini sejuk kembali dengan ucapan tersebut.

" Yer la..di maafkan...." ucap Farah beserta senyuman.

♥♥ **************************************************** ♥♥
http://www.polyvore.com/cgi/img-thing?.out=jpg&size=l&tid=5069816

" Abang...." Adam menyergah Joe dari belakang

" oh Farah........" tiba-tiba perkataan Farah terkeluar dari mulutnya

" hahahahaha...." Adam ketawa besar sebaik sahaja mendengar nama Farah keluar dari mulut Joe.

" hari tu kan bang...adala orang tu...sindir-sindir kita...kata mamat jiwang la...angau la...macam-macam....tiba-tiba kan bang...orang yang cakap tu pula yang tengah angau sekarang ni...." Adam menyindir Joe.

" cakap la apa pun....aku tak kisah....yang pasti...sekarang ni aku rasa aku berada di awang-awangan...rasa macam tak jejak tanah..."

" abang ni lain macam jer.....dah jatuh cinta dengan Kak Farah ke...?"

" hmmm...iyer kot...dengan dia...aku rasa seronok sangat..kau tau..tadi aku dok nyakat dia..kaw..kaw punya...."

" Kak Farah lak buat apa....tak menangis ke dia ?"

" menangis apanya...dia lawan balik...itu yang best tu..kalau perempuan lain..sure dah mengajuk dah dengan aku...."

" haha...abang ni...kesian Kak Farah..."

" kau nampak jer dia lembut..pendiam...tapi dalaman....keras oo...." cerita Joe bersungguh-sungguh

Adam hanya ketawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

" kenapa la kau tak cerita pasal si Farah ni dari dulu lagi...haih....aku memang dah terpikat dah ni...sekali pandang..macam Norjuma...cun weh....sejuk hati aku memandang...."

" abang tak tanya...macam mana la saya nak cerita....banguslah..seronok tengok abang happy..muka berseri-seri....lama dah abang tak macam ni..."

" kau rasa..aku ada chance tak dengan Farah..?"

" itu...saya tak sure pulak...kak Farah ni keras hati sikit...yerla..dia masih tak dapat lupakan arwah suami dia...abang cuba la...mana tau..hati dia terbuka untuk abang ke..." Adam cuba memberi sokongan pada Joe.

" ok...akan ku sahut cabaran ini....yeah...!!!"

" eh bang....jangan la kuat-kuat sangat...bising jiran-jiran kita tu nanti...."

Joe tersengih memandang Adam.

" dah la bang..jom masuk....tidur lah...esok nak kerja...."

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:G4KiT5PlLwIEKM::www.grumpeh.net/potd/070325.jpg&t=1&h=189&w=267&usg=__uFMbEC2fug1vU__1P5acoGQQt3I=

♥♥ **************************************************** ♥♥

ok dokey.....nanti sambung lagi eh... ;)

any comment...? (^_^)

6 comments:

Anonymous said...

aini ke org pertma bce..best la story akak ni...aini xpenh miss nk bce..mest tertunggu2 episod akn dtg..nk thu gak pe last cite ni...nice story n gud luck...muakh..

Ayu Zan said...

suke2..

Mr JePz said...

double thumbs up to nabilah..huhuhuhu...x lme dh tu..tggu cik farah n abg joe la plak..hhihiihi..

nabilah_2908 said...

hye aini...

thnks ya...erm...apa link blog aini yer...?

selalu la singgah lagi...komen la kalau ada part2 yg salah..tk menarik...akan akk perbetulkan.. :)

nabilah_2908 said...

hye ayu..

hehe.. :)

nabilah_2908 said...

hye Mr Jepz..

mcm ngm jer kan farah dgn Joe tu..hehe...nantikan episode seterusnya.. ;)

thnks sngt.. :)