“
Hello YMN Auto And Services .” Jawabnya.
“
Hello Airul. Kau buat apa? Berkali-kali telefon bunyi baru sekarang di jawab?”
suara lelaki di corong telefon membuatkan kantuknya hilang.
“
Err…saya ke tandas tadi Boss.”
“
Tandas ke tidur? kau on call malam ni, mana boleh tidur. Ni ada kereta break
down di Jalan Semarak depan kedai kek. Kau bawa Tow Truck sekali kasi tarik itu
kereta. Biar Leman jaga bengkel. Aku dengan Zaki tak habis lagi betulkan kereta
di sini. Pergi sekarang aaa, jangan tunggu-tunggu.” Arah lelaki dalam pelat
Cina yang Airul gelarkan sebagai boss.
“
Okey Boss, saya gerak sekarang.” Talian di matikan, kunci lori dan peralatan
segera dicapai. Malam ini memang giliran dia dan dua orang lagi rakannya kerja
sehingga malam. Bengkel kenderaan yang lain paling lewat tutup jam 7 malam,
berbeza dengan bengkel tempatnya bekerja yang pada kebiasaannya akan tutup pada
jam 11 malam dan akan dibuka setiap hari walaupun pada hari ahad. Perbezaan ini
lah yang membuatkan YMN Auto And Services lebih maju berbanding dengan
bengkel-bengkel kereta yang lain.
“
Leman, aku pergi tarik kereta kejap.” Airul masih sempat berpesan dengan rakan
sekerjanya yang kusyuk memberus bahagian enjin kereta yang akan di overhaul.
Airul
memperlahankan lori bila dia ternampak sebuah kereta Proton Satria Neo yang
tersadai ditepi jalan. Puas dia mengamati nombot plat kereta dan akhirnya dia
tersenyum lebar. Hatinya berbaur girang, bagaikan baru menang loteri sahaja
lagaknya. Sambil bersiul riang, dia memberhentikan lori dan terus keluar
menghampiri kereta Satria tersebut.
“
Hmm, karma..karma…karma..” ucap Airul sebaik sahaja melihat wajah Ai'nyra yang
cemberut sebaik sahaja melihat Airul.
“
Tu la…tahu masak..makan…masak makan, bab kereta? Satu benda pun tak tahu.”
Sindir Airul dengan penuh riak.
“
Awak…boleh tak malam ni jangan buat saya naik darah. Tolong lah, entah apa
majal la hari ni terpaksa tengok muka awak. Huh! Cepat lah betulkan mana yang
patut!” bentak Ai'nyra.
“
Kalau kau nak cepat sangat, buat la sendiri. Berlagak je lebih.” Airul sengaja
provoke Ai'nyra dan membuatkan kesabaran Ai'nyra semakin berkurangan.
“
Hei, kalau saya tahu, saya tak panggil la mekanik datang sini.”
“
Nak pun mengaku tak tahu. Ingatkan nak buat-buat tahu je tadi. Tu la asik
masak..makan je, sesekali cuba ambil tahu hal kereta. Tidak la menyusahkan
mekanik macam aku ni yang terpaksa keluar malam-malam semata-mata nak betulkan
kereta yang rosaknya…alahai…very the kacang one!” Ai'nyra mengetap bibirnya
lama cuba mengumpulkan sisa-sisa kesabaran yang ada.
“
Awak ingat memasak ini senang ke? Kalau tak kena cara masakkan awak takkan
sedap tahu!” giliran Ai'nyra membela diri. Tawa Airul meledak keluar.
“
Memasak tu memang senang, campak-campak siap la. Ni bab enjin ni, salah sentuh
kereta kau takkan jalan sampai bila-bila.” Jawab Airul angkuh, dalam pada itu
dia sempat juga membuka bonet kereta Ai'nyra dan mula mengusik-ngusik di
bahagian kotak suis. Dia yang melonggarkan salah satu contact point masa dia
membetulkan Ai'nyra tempoh hari. Sudah tentunya masalah contact point yang membuatkan
enjin kereta Ai’nyra mati secara tiba-tiba.
“Cakap
dengan Si M Square ni sampai bila pun tak habis.” Bentak Ai’nyra.
“
Hei….siapa M Square?” sergah Airul
“
Sibuk je nak tahu.”
“
Jangan sesuka hati nak gelarkan orang ye, ingatkan aku tak faham ke M Square tu
apa?”
“
Ooo….kalau dia tu gelarkan orang tak apa pula? Kalau faham apa maksudnya?”
“
Mentang-mentang lah aku tak masuk tv, tak bercakap dengan orang putih jangan
ingat aku tak faham bahasa Inggeris. M Square tu M Kotak kan? Apa kena mengena
M Kotak dengan aku ?”
Sebaik sahaja
mendengar kata-kata Airul, tawa Ai’nyra meletus keluar tak tertahan-tahan. Hilang
segala rasa geram dan marah pada lelaki itu. Kata-kata Airul sangat lucu
dipendengaran Ai’nyra. Airul memandang Ai’nyra kehairanan.
“ Yang kau
ketawa macam puntianak malam-malam ni apa hal? Ke kau memang puntianak menyamar
jadi manusia?” sergah Airul yang merasa sebal kerana diketawakan. Dia bertanya
pada diri sendiri, adakah salah apa yang dia katakana sebentar tadi. Ai’nyra cuba
menahan tawanya. Gelaran puntianak langsung tidak buatkan hatinya terusik untuk
marah. Apa yang dia nampak ketika ini adalah wajah Airul yang sangat-sangat
lucu!
“ M Square..M
Square……aduh..penat ketawa. Ok lah abaikan, kalau awak nak tahu betul ke tidak,
balik nanti cuba-cuba tanya pada orang, cari dalam kamus ke tak pun tanya sahaja
pada Pakcik Google, dia memang serba tahu.” Airul mengerutkan dahinya.
“ Aneh-aneh
sahaja kau ni. Siapa pula Pakcik Google tu? Pakcik kau?” soal Airul bersahaja.
Sekali lagi tawa Ai’nyra meletus.
“ Buta internet ke apa mamat ni….” Monolog Ai’nyra sendirian.
“
Nanti-nanti je la. Ha…. dah siap ke tu? Menceceh je, kerja tak siap-siap juga!”
Ai’nyra sudah letih untuk ketawa lagi.
“
Dah la Sopiut, bak meh seratus ringgit.” Ai’nyra membeliakkan matanya bila
Airul meminta sejumlah wang yang dirasakan tidak masuk dek akal. Masakan hanya
mengusik-ngusik bahagian enjin boleh dikenakan sampai seratus.
“
Jangan nak cekik darah ye. Takkan lah sampai seratus. Saya call boss awak
sekarang juga. Jangan ingat saya tak tahu apa-apa pasal enjin, awak boleh
kenakan harga sesuka hati. Mental Madness butul mamat ni, ish!”
“
Apa kau cakap? Mental Madness, siapa yang mental kau ke aku? Yang dari tadi dok
mengilai macam orang gila..bukan kau ke?” entah kenapa darah Airul mendidih
panas bila dia digelarkan sebegitu.
“
Awak lah, siapa lagi. Tak tahu lah apa majalnya hari ni terpaksa berdepan
dengan awak. Argh..serabut tahu tak dengan saya-saya sekali boleh jadi gila!
Kalau saya jadi awak, saya tak akan layan customer macam ni. Tunggu lah saya
akan adu pada boss awak!”
Airul sekadar
menyengih sinis seakan mengejek, ugutan daripada Ai’nyra sedikit pun tidak
menggusarkan hatinya.
“ Kalau aku jadi
kau, aku akan cakap baik-baik lagi pula dengan lelaki. Sopan santun, bukan
macam kau ni dan kalau aku jadi kau, walaupun aku perempuan aku akan ambil tahu
tentang enjin tak banyak pun sikit baru lah tak menyusahkan orang!” balas
Airul.
Nafas Ai’nyra
turun naik menahan kemarahan.
“ Hei…saya
seribu kali tak hingin lah nak jadi awak. Belum tua mana dah gila!” Dalam
kepala Ai’nyra terbayangkan yang dia sedang memegang sebiji kek yang busuk lalu
ditonyoh-tonyohkan ke muka Airul dengan penuh perasaan geram!
“ Apa kau ingat
aku heran perempuan macam kau, huh! Biasa lah orang yang kata kita gila
sebenarnya dia tu yang gila..” Airul sengaja menambahkan kemarahan Ai’nyra.
“ Rasakan, tadi
sesedap dia je kenakan aku. Nanti lah aku akan cari maksud M Square tu. Kalau
dia gelarkan aku dengan nama-nama yang tak elok, siap lah kau! Silap-silap
kereta kau ni boleh meletup aku kerja kan…” gumam Airul di dalam hati.
Tiba-tiba
terdengar bunyi dentuman kuat dari dada langit, satu cahaya yang sangat terang
terbit dari langit menghentam ke bumi dengan bunyi yang sangat kuat sehinggakan
mampu menggetarkan hati mereka. Ai’nyra dan Airul tergamam buat seketika.
Fikiran mereka tiba-tiba menjadi kosong, jantung mereka sama-sama berdengup
kencang bila menyaksikan kejadian itu. Setelah cahaya terang itu hilang mereka
berpandangan sesama sendiri.
“ Kau tak payah
bayar lah, pegi balik dah lewat.” Kata Airul. Ai’nyra hanya menurut tampa
sebarang bicara.
“ Ai’nyra…….bangun
dah pukul berapa ni?” suara yang sedari tadi sayup-sayup kedengaran di telinga
dan tiba-tiba menjadi sebuah laungan yang sangat kuat membuatkan mata Ai’nyra
segera terbuka.
“ Bangun pun,
ingatkan dah pengsan tadi.”
“ Dah pukul
berapa ni bu?” soal Ai’nyra terpisat-pisat.
“ Dah pukul 8,
biasanya Nyra tak macam ni. Letih macam mana sekali pun pastinya Nyra akan
bangun awal. Kalau Nyra period pun sama juga kan? Hari ni Nyra kenapa lain je,
tak sihat?” soal Ibunya bertalu-talu sambil menyentuh dahi anaknya yang mamai.
“ Ok je bu. Hah!
Pukul 8??” bagaikan baru tersedar lagaknya.
“ Iya..dah pergi
mandi.” Ai’nyra mengangguk sambil memerhatikan ibunya melangkah keluar daripada
biliknya. Dia termenung sendiri, dia tiba-tiba berkata..
“ Hari ni nak
siapkan kereta Ustaz Rayyan, radiator nak kena ganti baru, lagi………” Ai’nyra
terdiam.
“ Eh…..kenapa
pula aku terfikir pasal kereta Ustaz Rayyan pula ni? Siapa pula Ustaz Rayyan?
Apa kena dengan aku ni?” Ai’nyra kebingungan.
♥♥ **************************************************** ♥♥